BAB 51: SAVE ME

84 4 0
                                    

NAJIMI:

Selepas mendapat panggilan itu, aku meminta izin untuk segera beredar dari ruangan ini. Sampai sahaja di ruangan bilik bellroom, Aku memanggil Syah dengan keadaan yang tergesa. "Dimana dia berada?" tanpa membuang masa aku terus menegurnya

"Lokasi sudah dijumpai tetapi, 50% mereka ada disana dan 30% juga kemungkinan kawasan itu tidak ada tanda Farisyah disana. 20% laginya adalah kemungkinan mereka hanya membuang kenderaan yang telah mereka pakai. Ini hanya pemikiran aku sahaja. Jika Farisyah sudah ada di sana itu bermakna markas mereka yang sebenar. Tetapi aku memikirkan jika lokasi ini adalah markas mereka yang lain. Singkat kata... 70% itu adalah kemungkinan yang tepat.. dan 30% Farisyah tiada disana. Apa pendapat kau?"

"Bagus, itu dah cukup Bagus untuk aku cari maklumat mereka melalui mulut mereka sendiri. Hantarkan lokasi itu terus pada aku" tanpa membuang masa aku terus berlalu pergi tetapi tangan aku ditarik oleh syah.

"Apa kau bodoh? Atau hilang akal? Kau tidak seharusnya melakukannya sendiri, berikan arahan dan kami akan ikut semua rancangan kau." Aku mula merasa begang dengan sikap Syah tetapi aku menahanya.

"Dengar, aku bukan tidak mempercayai korang tetapi kali ini adalah urusan aku. Sudah cukup bagi kalian yang telah banyak masuk campur dalam hal ini. Sudah tentu... Tiada lagi yang boleh mati depan aku ataupun tersebunyi." aku menarik kasar tangan aku dan berlalu pergi meninggalkan ruangan tersebut.

Dalam 2-3 langkah aku berhenti. Aku memandang dinding besi yang memantul wajah aku. Aku mula berfikir 'Begini ya... wajah aku yang sekarang. Entah bila aku mula menunjukkan wajah yang menyedihkan ini... Menyebalkan.' Aku memutar dan berbalik semula ke ruangan Syah.

Tanpa memberi salam aku terus berhadapan dengan Syah. "Panggil semuanya di bilik Bellroom tepat 5 minit lagi." Syah senyum kegembiraan dan terus tabik kemudian berlalu pergi. Keychain yang disangkut pada cover telefon ini aku melihatnya dengan banyak kenangan yang tersisa.

"Apa pun halangan yang berada di hadapan aku, aku pasti akan menyelamatkan kau.... Farisyah"

Keychain itu aku genggam dengan erat dan memulakan langkah pertama menuju ke Bellroom.

Pintu bilik Bellroom aku memandangnya dengan lama kemudian tangan aku mencapai butang di sebelah pintu dan pintu itu membukanya dengan automatik. Setelah aku memasuki ruangan bilik bellroom, semua mata mengarahkan padaku dan aku senyum menyeringai dan mengatakan "terima kasih kalian kerana datang pada tepat waktu yang telah dijanjikan. Jadi.... Mari kita mulakan perbincangan awal kita untuk menyelamat Farisyah"

********************

Sebuah bilik yang tiada cahaya itu, kelihatan kelibat seseorang yang badannya telah diikat dan kelihatan lemah. Walaupun kelihatan lemah badannya itu masih boleh digerakkan dengan bebas. Badannya digesel kan di atas lantai sehingga badan kecilnya itu bergerak di hujung dinding kemudian dia bersandar di dinding itu.

Dia menghembuskan nafas mengeluh kemudian dia memandang ke atas langit, tetapi tiada cahaya di situ kecuali satu lubang udara yang kecil. "Bila kau akan datang Najmi? tolong selamatkan aku dengan secepatnya, aku terlalu penat di sini." Keluh wanita itu sambil duduk.

Kringgg!!!
Bunyi pintu pagar terbuka oleh seseorang membuatkan farisyah terkejut dan hanya memandang sinis kepada orang yang membuka pintu pagar tersebut.

"Bagaimana hari-hari mu di sini? Apakah sungguh menyenangkan? Oh Farisya, bukan masanya untuk kau mati hari ini, masih ada sesuatu yang kau perlu lihat sebelum engkau mati." Suara lelaki itu telah menghasilkan dengungan di dalam ruang sangkar itu.

"Apa lagi yang kau mahu dari aku? bukankah sudah cukup untuk kau buat aku menderita? hentikan semua sebelum kau terlambat!!" bentak Farisyah.

Pipi Farisyah dicengkam oleh lelaki itu. Dia merapatkan bibirnya di sebelah telinga Farisyah dan membisikkan sesuatu. Bisikannya itu membuatkan Farisyah merasa terkejut. Puas dengan riak wajah Farisyah itu, dia kelihatan tersenyum kemudian melepaskan cengkamannya dengan kasar. Lelaki itu berlalu pergi sambil tersenyum sinis pada Farisyah

ORGANISASI RAHSIA : PERMULAAN (Book 1)Where stories live. Discover now