BAB 48: KETENTUAN

102 7 1
                                    

       Satu tumbukan mengenai wajah Lionknight di atas kerusi yang berada di dalam bilik soal siasat. Najimi mengenggam tanganya dengan erat setelah menumbuknya. Mereka semua yang menahan Najimi tidak dapat ditahan dengan kuat. Badan Najimi yang sudah disuntik pil larangan itu masih belum dibuang kerana tiada produser untuk membuang pil larangan tersebut.

     "Beritahu aku!!! Siapa Hunstman? Cakap!!!" Lionknight kelihatan tidak bermaya setelah dipukul oleh Najimi.

     "Najimi!!  Sabar.. Kau nak dia mampus dulu ke? Kang kau yang tak dapat apa-apa informasi!! " Syah cuba menenangkan Najimi secara tahap.

    Farisyah memasuki bilik itu dan mengahampiri Najimi. Satu tamparan mengenai wajah Najimi. Najimi tercengang. Mereka semua sudah longlai setelah bergelut untuk menahan Najimi. Farisyah menarik telinga Najimi dan membawanya keluar.

    "Hufff huff...  Tak sangka. Satu tamparan je Najimi dah kalah" Ehsan mengumpul Nafasnya.

     Najimi:

     Farisyah membawa aku hingga ke balkoni di ruang tamu Organisasi ini. "Tunggu sini!" dengan arahan Farisyah, aku mendengarkan. Aku duduk di kerusi rehat di sebelah kanan. Sebelum Farisyah datang aku menutup mata dan mengimbas kembali sesuatu yang diberikan pada Taufik. 'Sebuah ingatan'.

     Ingatan itu tentang kehidupan taufik dari kecil hinggalah dia dewasa. Keluarganya tiada. Dia dilahirkan dan di buang ketika kecil di sebuah bangunan. Siapa sangka seorang lelaki menjumpainya dan membesarkannya sehingga meningkat dewasa. Tetapi, lelaki yang dianggap bapa itu adalah seorang gay. Dia dijadikan bahan keseronokan oleh bapa angkatnya itu sehingga kelaminya sengaja dijadikan perempuan.

     Taufik pasrah dengan kehidupanya. Pada suatu hari bapanya dikejar oleh along yang dihutang olehnya. Taufik dijadikan bayaran oleh hutangnya itu pada along tersebut. Pada awalnya mereka tidak mengetahui kelamin Taufik dan menerimanya sebagai bayaran hutang bapanya.

      Selepas mengetahui kelamin Taufik mereka menjual pula taufik di tempat hiburan gigolo. Kehidupan Taufik berterusan menjadi gigolo sehingga umurnya 14 tahun. Pada usianya yang muda, dia telah melayani seorang lelaki yang berkaitan dengan Hunstman dan dia dibeli pula oleh lelaki itu.

    Kehidupan Taufik berubah dan dia dilatih menjadi pembunuh professional dan menjadi bawahan lelaki itu. Tetapi lelaki itu pula dibunuh dan Taufik berakhir pula di tangan Lionknight.

     Dahi aku berkerut apabila mengingati masa lalu Taufik. Semua emosi aku dapat rasakan. Sedih, sakit, marah. Semua aku dapat rasa dari masa lalu Taufik. Ingatanya ada pertunjuk mengenai Organisasi Hunstman tersebut.

    Ketika aku dalam mengingati semua itu aku merasakan sejuk di bahagian pipi.  Dengan refleks aku terkejut dan bangun dari baring di kerusi malas tersebut. Farisyah menahan tawa. Air tin yang dia beli itu diberikan pada aku. Aku mengambil hulurannya itu dan berterima kasih padanya.

    "Apa yang membuatkan kau marah?" Farisyah memulakan persoalan.

    "Semuanya." jawap aku.

     "Apa kau tak rasa perasaan disekeliling kau?" aku terkejut dengan ayatnya itu.

     Yeee...  Aku sedar dengan perasaan masing-masing di sekitar aku tetapi aku mengendahkannya dan hanya memikirkan perasaan aku seorang. Aku memandang ke bawah.

    "Mengapa memandang kebawah? Lihat, Matahari sedikit demi sedikit akan terbenam. Burung-burung tak berhenti bising. Macam tu juga kita. Perkara menyakitkan akan terbenam di hati dan fikiran tak akan berhenti bising untuk memikirkan masalah sendiri."

     Aku memandang permandangan yang berada di hadapan aku. Benar apa yang dikatakan Farisyah. Aku tak tenang selepas kematian Taufik. Aku menarik Farisyah dan meminjam perutnya untuk dipeluk. Badanya itu aku peluk dengan erat. "Apa aku perlu lakukan? Bagaimana aku perlu selesaikan semua ini?"

ORGANISASI RAHSIA : PERMULAAN (Book 1)Where stories live. Discover now