SARA KATRINA melihat cincin dijari. Tidak tipu kalau dia kata dia tidak kecewa dan terasa apabila ayahnya membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangannya dengan seorang jejaka yang hingga kini dia tidak tahu siapa gelarannya. Dirinya sendiri tidak ingin mengetahui siapa bakal suami yang merupakan tunangnya.
Tak hingin dia mengambil tahu!
Tetapi apakan daya. Ayah merupakan seorang wali hakim. Oleh itu, dia perlulah menuruti kehendak ayahnya itu. Datuknya juga turut bersetuju untuk mengikat pertunangan cucu tersayangnya itu dengan jejaka pilihan Tuan Hamid.
Sudah berkali-kali pintunya diketuk oleh Puan Alya.
"Baby.. Janganlah macam ni.. Keluar sayang. Kita bincang.
" Tak ada benda nak bincang! Baby dah jadi tunang orang dah pun! " Katrina tidak henti menangis mengenangkan nasibnya. Entah siapa tunangnya. Entah-entah mafia ke gangster ke.
Huwaaa takut!
" Baby Sayang dengar cakap Mummy. Bukak pintu.. Meh cakap dengan Mummy.. " Puan Alya cuba memujuk anak perempuan kesayangannya itu.
"Kenapa ni mummy?" Suara Abang Irsyad membuatkan dia terus terbangun , membuka pintu dan terus memeluk abangnya.
"Bila abang balik?
"Abang balik semalam, abang ingat nak terus ke sini tapi semalam Dato Johan tiba-tiba call nak discuss something dekat Berjaya Time Square Hotel "
"Uncle Johan call Irsyad?" Puan Alya bertanya apabila mendapat tahu abang kepada suaminya berjumpa dengan anaknya.
"Semalam dia minta tolong selesaikan masalah kewangan syarikat JH holding. So Irsyad tolonglah dengan pembantu dia and tak perasan pukul 11 malam Irsyad buat keputusan tidur kat hotel je. Tapi Irsyad baru ingat pagi ni pertunangan adik. Adik ingat malam sebab ibu kata pukul 8.30 . Hehe"
"Eii! Sepatutnya jumpalah adik dulu semalam! Sampai hati abang lupa!" Katrina mencebik
Irsyad tersengih melihat muka cemberut adiknya. Muka cemberut itu mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku siang tadi semasa dia membeli coffee.
Irsyad tersenyum tersendiri tanpa sedar.
Kalau abangnya datang semalam mungkin dia boleh minta tolong abangnya untuk lari dari rumah.
"By the way abang bawak tak coklet yang adik nak tak? Mesti tak bawa!""Mestilah abang bawakkan. Khas untuk adik. Abang bawak Cadbury, kitkat, Ferrero Rocher, Toblerone, Godiva"
Air liur Katrina sudah terkeluar mengingati kesemua coklat yang dibawa pulang dari UK
Katrina terus mengambil beg Irsyad masuk ke bilik berserta Tuan punyai bag sekali. Pintu biliknya dikunci.
Puan Alya tergamam. Bertuah punya budak! Puan Alya mengeleng
YOU ARE READING
Cinta Yang Tertukar
RomanceSARA KATRINA , Seorang anak jutawan yang pastinya tidak reti hidup berdikari. Hidupnya hanya memperhabiskan duit ibu bapanya. "Papa dah penat.. Papa akan carikan jodoh untuk kamu!" AZMI HARRIS, seorang pemandu pelancong. Tugasnya membawa para pela...