CYT CHAPTER 6

123 6 0
                                    

"Weh! Sakit gila kaki aku berdiri tadi. Aku rasa esok aku memang amik MC. Aku dah tak kesah. " Amira mengadu kepada Qalisha yang sedang mengemas barangnya di locker.

"Macam mana kaki kamu tu sakit? Siapa suruh kamu kerja harini kalau tahu kaki sakit? Dahlah kerja kamu tu berdiri 10jam dekat kaunter tu" Kak Mariam yang mendengar gadis terus memberikan nasihat percuma

"Saya terseliuh semalam waktu jogging.. Saya ingat okay je kaki saya. Tapi tiba-tiba harini baru 2 jam berdiri.. Kkai saya ni rasa macam nak lempar masuk laut. Haishh.. Saya baru nak usya CEO baharu tu tapi malu pulak yang dapat! Hah! Qalisha! Macam mana kau tahu CEO tu orang Melayu? Aku tak nampak langsung muka melayu dia. "

" Kau tak ingat ke haritu dekat Starbucks yang kau gaduh dengan lelaki yang kau ingat Mat Salleh tu-..

"Weyh!!! Aku baru ingat! Ya Allah malunya aku! Habislah aku.. Aku harap dia tak ingat aku" Amira mula berfikir semua kemungkinan yang akan berlaku.

"Akak ada dengar story pasal kau panggil CEO baru tu Mat Salleh.. Macam Mat Salleh sangat ke mukanya? Akak tak nampak pulak sebab akak masak tadi"

"Hensem tu hensem. Tapi saya dah tak nampak chance saya dengan dia dah. Pudar habis!"

"Dahlah. Aku nak sambung kerja ni.. Ada banyak kertas atas meja tak siap lagi ni."

"Aduhhh.. Aku balik sorang lah ni! Kak Mar..." Amira membuat mata comel. Muka dimimikkan agar kelihatan comel.

"Akak ada date dengan Abang Saiful harini.. Dia nak bawak akak pergi restoran mewah..."

"Wahhh Kak Mar.. Pandai dah sekarang! Amira dan Qalisha doakan akak cepat kahwin! Amin" Amira dan Qalisha mula menadah tangan mengamikan doa Amira

"Amin!"

Mariam geli hati mendengar usikkan rakan sekerjanya itu. Dia melambai ke arah anak muda itu sebelum berlari anak keluar dari situ. Takut pula dia dimarahi oleh pujaan hati walaupun dia tahu Saiful seorang yang sangat penyabar. Sikap penyabar itu yang menawan hatinya.

Amira dan Qalisha melambai wanita itu sehingga hilang bayangan. Amira mula memandang Qalisha di sebelah yang sibuk mengemas barangnya. Yelah lusa nak pergi jalan-jalan. Amira tersenyum tangannya menepuk bahu gadis itu sedikit kuat selesai sahaja dia mengemas barang.

Qalisha memandang rakannya itu. Kening diangkat.

Amira tersengih seperti kerang busuk. Beg tangan dipeluk kuat. Wajah comel sengaja dipamerkan.

"Kau naik apa? Kau nak aku call abang Kairul? Tapi aku tak tahu lah dia dah balik ke belum .. Sebab dah pukul 9.."

"Tak apalah.. Susahkan abang kau je.. Aku boleh naik teksi ke bas ke lrt ke grab ke.. Takpa kau jangan risaukan aku.." Amira mula membuat mimik muka sedih.

Qalisha mengeleng melihat si drama queen, Amira. Qalisha hanya mengambil beg tangannya dan pergi dari situ.

Amira yang melihat pemergian Qalisha itu menahan rasa sakit hati melihat rakannya yang tidak mengendahkannya.

Amira menutup locker dengan kuat. Sengaja menunjuk protes.

Bunyi yang kuat menyebabkan Qalisha berpusing ke belakang.

Amira tersenyum dalam diam. Adakah Qalisha akan balik bersamanya?

"Amik lah grab murah sikit" sempat Qalisha bergurau sebelum menyambung langkah ke officenya.

Amira memandang tajam pemergian rakan baiknya itu. Dia menghentak kaki sedikit.

Amira terus mengambil baju cardigannya yang di sangkut lalu di sarungkan ke badan. Malam ni agak sejuk mungkin kerana petang tadi hujan agak lebat.

Cinta Yang TertukarWhere stories live. Discover now