CYT CHAPTER 5

85 6 1
                                    

SARAH QALISHA berjalan masuk ke hotel itu seawal 5 pagi. Dia menegur beberapa staff yang dia kenali dengan senyuman manis.

Qalisha melangkah masuk ke restoran kelihatan beberapa orang staff sudah hadir. Bau aroma masakan dari chef menyapa rongga hidungnya.

Dia datang sedikit awal pada harini. Banyak kertas perlu ditandatangani dan diselesaikan sebelum dia bercuti untuk kurang 2 minggu.

"Awalnya Cik Qalisha. Head chef pun tak datang lagi" Naim , pembantu chef menegur gadis yang amat dia kenali malahan nama gadis itu sering menjadi buah mulut staff di hotel kerana karisma dan kerajinan gadis itu.

"Hahaha.. Saya ada kertas dalam bilik saya nak kena tanda tangan and saya kena selesaikan beberapa benda. Takut tak sempat pula" Langkah Qalisha terhenti apabila dirinya di sapa oleh lelaki yang bernama Rasif

"Ohh lupa Cik Qalisha nak bercuti lepasni.. Baiklah saya sambung kerja dululah tak nak kacau orang busy" seloroh lelaki itu.

"Hahaha.. Saya masuk bilik dulu" Qalisha menyambung langkah ke biliknya.

Dia terus merengangkan badannya melihat beberapa kertas yang perlu dibaca dan diselesaikan. Dia juga perlu menghantar report.

Qalisha mula menyemak satu persatu kertas di atas mejanya .

Selepas beberapa jam dia mula berhenti apabila terdengar bunyi seperti ramai staff sudah hadir. Dia melihat jam di tangan.

7:00 a.m

Lagi 30 minit restoran akan dibuka. Dia mengemas lalu keluar untuk menukar baju dan menegur rakan sekerjanya.

Langkah menuju ke bilik persalinan.

"Lambat awak datang Qalisha" tegur Kak Mariam.

"Dia ni datang dari pukul 5 pagi tadi kak. Dia telefon saya pagi-pagi buta sebab suruh saya gerak dengan abang dia"

"Wow naik kereta dengan Encik Kai kau an! Bukan main!" Kak Mariam melihat anak dara di hadapannya. Bukan dia tak kenal Amira pantang melihat lelaki hensem ada sahaja perangai yang keluar.

"Best apa kak.. Dia diam je sepanjang perjalanan. Penat saya cakap sorang-sorang. Bila saya tanya sepatah je dia jawab. Habis mood saya terbang!"

Kairul memakai stokin dan kasut sempat di membebel kepada adiknya kerana membiarkan mereka naik berdua.

"Hai Oppa Kai" Amira menyergah lelaki itu dari tepi.

Lelaki itu mengucap kerana terkejut disergah sebegitu.

Kai menggeleng kepala melihat telatah anak jirannya itu. Penat dia melayan gadis itu. Dia tahu gadis itu sudah mencuba untuk mengambil hatinya selama lebih kurang 8 tahun. Dia pernah juga membuka hati kepada gadis itu tetapi hatinya tidak boleh menerima gadis itu. Mungkin hatinya masih keras. Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya itu keras terhadap gadis dihadapannya itu.

"Kenapa Oppa pandang Amira macam tu.. Malu Amira..." Amira menutup pipinya yang mungkin kemerahan.

Kairul gelabah.. Aduh sekah bilik aku terenung gadis ini.

"Dah jom.. Dah lambat ni" Kairul terus mengambil tempat di bahagian pemandu. Malunya ditutup sebegitu

Amira tersenyum melihat wajah lelaki itu yang sedikit kemerahan. Amira dengan gembira mengambil tempat duduk.

"Oppa dah breakfast ke?"

"Hmm.." Kai hanya membalas dengan bunyi.

"Oppa harini balik pukul berapa? Amira nak tumpang oppa"

Cinta Yang TertukarWhere stories live. Discover now