SARA KATRINA melihat dua buah bagasi di hadapannya yang sudah dikemas. Tak rela pun dia nak mengemas baju. Tapi buat apa lama-lama merajuk. Kang makan diri sendiri.
"Kat.. Dah ke? Flight pukul 9 ni." suara Puan Alya mengejutkan dirinya. Bahunya terjungkit sedikit kerana terkejut.
" Hurmm.. Sekejap ma.." Katrina bangun dan terus mengambil beg tangan di atas meja dan bersedia untuk turun kebawah. Nasib rumahnya ada lift. Tak adalah dia perlu mengangkat beg itu turun kebawah mengunakan tangga
"Dah siap? Breakfast dulu" kata Tuan Hamid apabila kedengaran bunyi roda bagasi bergerak.
Katrina mengambil tempat duduk di sebelah abangnya.
"Kat, ingat tak perjanjian kita."
"Yes I remember. Papa bagi masa Kat kenal dengan dia. Tapi pa.. You know what. I will never fall in love with him."
"Belum cuba belum tahu"
Katrina mencebik mendengar kata-kata lama ayahnya itu. Baru sahaja dia ingin membuka mulut Irsyad membuka mulutnya terlebih dahulu
"Dah.. Cepat makan sikit. Abang ada meeting tengah hari ini. Kang lambat pulak. Nak hantar kau bukan lama. Merengek dah satu jam dekat Airport tu" Irsyad membuka suara merasakan Katrina mahu memulakan debat mulut.
"Eii Abang ni. Ambil tahu hal kerja je. Adik sendiri tak nak ambil tahu." Katrina memuncungkan mulutnya tanda di merajuk dengan abangnya yang satu itu.
Irsyad hanya mengeleng melihat karenah adiknya itu. Macam budak-budak! Bila nak besar pun tak tahulah.
Kereta Vellfire meluncur keatas jalan raya menuju ke KLIA. Muncung Katrina tidak lepas dari rumah hingga sampai ke lapangan terbang.
"Jaga diri baik-baik. Dengar cakap tunang nanti. Mungkin dia busy sikit. So Katrina kena jaga diri kalau dia ada hal ke"
Katrina mengangkat kening. Aku harap dia busy 24 jam. Maksud aku 120jam! 5 hari aku dekat situ. 5 hari tu jugak kalau boleh aku tak nak tengok muka dia!
"Kat gerak dululah. Papa and mama jaga diri." Katrina bersalam dengan kedua-dua orang tuanya.
"Bye.. Assalamualaikum" aku melambai ke arah mereka sebelum menarik bagasi aku menuju ke imigresen.
"Ouch! What are you doing? How dare you push me?" pekik Katrina apabila badannya dilanggar oleh seseorang.
"Sorry.. Saya tak sengaja." Sarah Qalisha menunduk memohon maaf kepada gadis tinggi lampai itu. Serupa model!
" Bukankah ini anak kepada Tuan Hamid. Buat apa gadis ini disini? Travel mungkin." desis Qalisha di dalam hati.
"Tengok guna mata lain kali!" marah Katrina. Tolakan iti tidak lah terlalu kuat. Tapi entah mood dia tidak baik hari ni. Rasa macam nak mencarut dengan semua orang.
Katrina berlalu dari situ. Dia berlalu ke lounge businesses class. Why papa tak amik First Class. Ish! Tak de class betul!
Sarah Qalisha membetulkan tudungnya yang sengit. Teirngat kembali insiden tidak sengaja terlanggar gadis itu. Ish ganas betul anak Tuan Hamid ni. Betullah orang kata anak Tuan Hamid ni panas baran and sombong. Tapi tak boleh just jugak.
Sebaik-baik manusia ada keburukan. Seburuk-buruk baik ada kebaikan. Kita pun bukan perfect. Tapi berusahalah menjadi terbaik di sisi Allah. Tak gitu?
Sarah Qalisha menunggu di gate 5. Tak ramai orang mungkin solat zohor. Harini dia cuti so dia hanya tunggu sambil mengunyah roti gardenia di tangannya.
Tanpa sedar dia terlelap. Nasib ada satu keluarga ini mengejutkan aku. Kalau tak. Habis terlepas. Haish! Qalisha.. Qalisha..
***
YOU ARE READING
Cinta Yang Tertukar
RomanceSARA KATRINA , Seorang anak jutawan yang pastinya tidak reti hidup berdikari. Hidupnya hanya memperhabiskan duit ibu bapanya. "Papa dah penat.. Papa akan carikan jodoh untuk kamu!" AZMI HARRIS, seorang pemandu pelancong. Tugasnya membawa para pela...