SARAH QALISHA mengenakan cardigan dan seluar jeans. Beg tangan lusuhnya digalas. Bukan dia tidak mahu menukar beg tangan baru, cuma dia mempunyai cita-cita dan impian yang belum dipenuhi.
"Sarah mahu pergi ke mana. Mari makan dahulu. Mak masak bihun goreng ni"
"Nak pergi beli makanan. Sarah dengar kat sana tak banyak makanan halal."
"Meh. Makan dulu."
Sarah Qalisha hanya menurut perintah ibunya. Pinggan diambil lalu di senduk bihun goreng, telur mata kegemarannya diambil lalu diletakkan kedalaman pinggan.
"Pergi keluar dengan siapa ni? Seorang je ke?" Puan Izzati bertanya ambil menemani anak gadisnya itu makan. Risau juga kalau keluar berseorangan walapaun dia tahu anak gadisnya itu akan pergi ke Korea seorang diri lambat laun juga.
"Dengan Amira.. Dia ambik cuti hari ni juga. Katanya mahu membeli belah juga. " Terang Sara Qalisha kepada ibunya.
"Hurm.. Baguslah ada teman. Lepas ini cari teman hidup pula" sempat Puan Izzati berseloroh.
"Apa ibu ni.. Ibu tahukan cita-cita adik. Banyak lagi tempat adik nak travel." Qalisha masih mempertahankan matlamat dan cita-citanya itu.
"Yelah Sarah. Tapi lepas kahwin pun boleh capai cita-cita adik.. Lagi bagus kalau berjalan dengan suami. Ibu tak risau sangat"
"Tak sama lah ibu.. Ibu ni.. Macam tak faham adik je. Adik pun baru 24 tahun" Qalisha mempertahankan dirinya. Dia mempunyai banyak perkara yang mahu dia terokai. Dia tidak mahu menjadi seorang isteri lagi.
" Yelah ibu faham. Jangan lama sangat. Nanti jadi anak sara tua. Umur 30 tak kahwin lagi" pesan Puan Izzati kepada satu-satunya anak perempuannya.
Pin pin
Bunyi hon kedengaran dari luar.
"Ibu.. Sarah pergi dulu.. Amira dah tunggu tu."
"Eh reti ke Amira bawak kereta? Dia dah dapat lesen?" Puan Izzati bertanya pelik kerana tidak pula dia dengan khabar bahawa anak gadis jirannya itu sudah mempunyai lesen kereta.
"Dia mana boleh bawa kereta mak. Mak tahulah peristiwa itu, tak akanlah dia berani bawa kereta. Kitaorang naik grab je bu.. " terang Sarah Qalisha kepada ibunya yang runsing.
"Jalan baik-baik.. Ingat jangan beli barang pelik-pelik bawa pergi sana"
"Baik boss!"
"Qalisha ! Cepatlah! Lambat lah mu ni!" bebel Amira seraya dia membuka tingkap kereta itu.
"Sabar! Sekejap! Bye ibu. Assalamualaikum" seraya memberi salam dan bersalam dia terus berlari ke kereta mengambil tempat duduk penumpang. Sempat Amira membebel kecil.
"Bye Makcik! " Amira dengan ceria melambai bakal ibu mentuanya itu.
Puan Izzati hanya tersenyum dan membalas lambaian gadis itu.
Puan Izzati amat kagum dengan gadis jiran sebelahnya itu. Sentiasa ceria dan tersenyum walaupun dia tahu gadis itu menutupi pelbagai luka.
***
Kami berdua membuka pintu kereta toyota selepas membayar wang kepada pemandu kereta itu.
"Jomlah masuk! AKU dah lama tak datang Berjaya Time Square ni! Aku dengar hari ni ada sale" Amira berkata dengan nada terujanya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Tertukar
RomanceSARA KATRINA , Seorang anak jutawan yang pastinya tidak reti hidup berdikari. Hidupnya hanya memperhabiskan duit ibu bapanya. "Papa dah penat.. Papa akan carikan jodoh untuk kamu!" AZMI HARRIS, seorang pemandu pelancong. Tugasnya membawa para pela...