SARAH QALISHA mengambil tempat duduk bahagian penumpang apabila pintu kereta dibuka oleh lelaki yang dikenali sebagai Khal.
Kereta BMW itu laju meluncur ke jalan raya.
Qalisha terpegun melihat pemandangan di sekitar Pulau Jeju.
Sangat Cantik!Qalisha tidak berhenti menangkap gambar walaupun dari dalam kereta.
Klik Klik Klik Klik
Cameranya tidak berhenti berbunyi dari tadi.
Khalid Mikail memandang gadis itu dari belakang. Dahinya berkerut sedikit. Adakah ini orang yang sama? Tunangnya yang dikatakan sombong, berlagak?
Perjalanan berjalan lancar tiada lagi bunyi kamera berbunyi menangkap gambar. Pandangan mata Mikail melihat ke cermin sisi keretanya. Wajah pucat gadis itu mengejutkan ya sedikit.
"Are you okay, Miss Sara?"
"Yes.. Yes.. Just feel dizzy a bit"
Mikail menangguk perlahan. Kelihatan lama kelamaan mata gadis itu tertutup.
Senyum sinis Mikail akhirnya terukir. Mabuk laut? As I expected.
Mikail melajukan sedikit kereta agak cepat sampai ke destinasi. Risau juga dia melihat gadis itu seperti mahu mengeluarkan isi perutnya. Bukan risau Cik Tunangnya sakit tapi risau kereta aku kotor!
Setelah sampai ke destinasi. Qalisha laju mencari tandas mahu mengeluarkan isi perutnya. Sudah lama dia tahan. Entah kenapa dia rasa badannya tidak sihat tiba-tiba.
Idham terkejut apabila bahunya dilanggar seorang wanita berlari.
"Perghh! Tak minat maaf pun!" Idham memandang gadis berambut hitam itu pergi tanpa memohon maaf.Rude!
Idham memandang ke hadapan kembali. Matanya terpandang Mikail yang baru keluar dari kereta nya. Kakinya bergerak ke kereta milik Mikail.
"Haha.. Baju apa kau pakai ni? Mana Cik tunang kau? Tak nampak pun?"
"Engkaulah! Aku patutnya tak ikut idea stupid kau ni!" Mikail membetulkan baju pekerja driver. "Dia pergi tandas kot. Orang bandar. Baru bau laut sikit, dah muntah-muntah"
"Ei kau ni tak baiklah. Mana tahu di jet lag je. 6 jam dalam kapal terbang tu, lepas bau laut. Biasalah tu. Think positivelah bro" sempat Idham menasihati Mikail yang seperti tidak mahu mendengar ceramahnya.
" Takda masa aku nak think positive dengan perempuan sombong berlagak macam tu yang tahu habiskan duit parent. Not my ideal type okay?!"
" Not my ideal type konon. Tiba-tiba 2 minggu lepas ni. You are my darling baby sayang muah ciket"
Mikail membalingkan kunci kereta kepada Idham. Merepek!
"Amik beg dia bawak naik hotel bilik dia" arah Mikail.
"Tak register ke dulu?" tanya Idham pelik.
"No need. She looks tired. Just let she sleep"
"Wahh Oppa Mikail. Gentlemen nya Oppa! " Idham mengecilkan suaranya seperti suara gadis remaja yang berjumpa dengan Oppa mereka.
Mikail tidak memperdulikan usikan sahabatnya itu. Hanya berjalan untuk ke office nya menukar baju yang lebih selesa.
Idham hanya mengukir senyumannya sambil mengeleng kepalanya sedikit. Mikail.. Mikail..
Idham mengeluarkan beg dari bonet. Beg tangan gadis itu juga diambil dari tempat duduk belakang. Wah nampaknya tunang Mikail seperti dikatakan. Beg tangan mahal itu dilihat. Nampak seperti baharu lagi dibeli.
YOU ARE READING
Cinta Yang Tertukar
RomanceSARA KATRINA , Seorang anak jutawan yang pastinya tidak reti hidup berdikari. Hidupnya hanya memperhabiskan duit ibu bapanya. "Papa dah penat.. Papa akan carikan jodoh untuk kamu!" AZMI HARRIS, seorang pemandu pelancong. Tugasnya membawa para pela...