Setelah sampai Qaiyra berjalan dengan membawa beg bagasi yang besar sambil matanya mencari kelibat orang tuanya. Sedang dia asyik melihat kelibat orang tuanya, qaiyra terpandang seorang yang amat dia kenali. Lelaki itu sedang memeluk dua orang tuanya.
" ciss acah-acah jer mamat ni." Omel qaiyra dalam hati. Tiba- tiba dia terdengar satu suara yang amat dia kenal menyapa dari belakang.
" qaiyra tengok siapa tu.?" Tanya Datin rissa yang baru sahaja sampai. " ehh mama bila sampai.?" Qaiyra menyalam tangan mamanya.
Papa mana.? Kenapa tak dapat sekali jemput qaiyra.? " soal qaiyra sambil matanya mencari kelibat papanya. " papa tak datang. Dia pergi brunai jumpa dengan klien kat sana bincang pasal projek. Esok dia balik lah." Jelas datin rissa " dah jom balik driver dah tunggu dah kat luar." Qaiyra dan datin rissa terus berjalan menuju ke kereta.
Di dalam kereta qaiyra sedang asyik memandang di luar tinggap tiba-tiba datin rissa bersuara. " qaiyra belajar dekat UK okey.? " soal datin rissa . " okey alhamdulillah. " hanya itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut qaiyra.
Dia bukan tidak mahu melayan mamanya, tetapi dia penat dengan perjalan. Datin rissa hanya menganguk tanda faham. Dia faham yang anaknya itu penat. Esok pon masih ada masa lagi untuk dia bertanya kepada qaiyra. Datin rissa terus mengalih pandangan diluar tingkap.
Setengah jam kemudian, mereka pon sampai di rumah. " bik, nanti tolong hantarkan beg cik qaiyra kedalam biliknya ya. " arah datin rissa kepada orang gajinya. " baik puan. " bibik terus mengambil beg bagasi Didalam bonet kereta BMW yang berwarna putih berkilat. Manakala qaiyra dan datin rissa terus melangkah masuk kedalam rumah besar mereka.
Qaiyra baru sahaja selangkah naik tangga, terhenti bila mama nya memanggil namanya.
" qaiyra, taknak makan dulu ke.? Mama ada masak lauk kegemaran kamu." Ujar datin rissa " takpelah mama, qaiyra nak naik atas dulu nak mandi badan dah melekit ni" Jawap qaiyra " nanti lepas qaiyra mandi, qaiyra turun makan yee." " tengok la dulu mama kalau
qaiyra lapar qaiyra turun. " qaiyra terus meninggalkan mamanya di ruang tamu.Pada jam 7:00 pagi, deringan handphone qaiyra memecah kesunyian.
" Roxanne.. 🎶Roxanne🎶
All she wanna do is party all night
Goddamn, Roxanne🎵
Never gonna love me but it's alright🎶
She think I'm an asshole
She think I'm a player🎵
She keep running back though
Only 'cause I pay up🎶 "Qaiyra tersedar. laju Tangannya bergerak seperti mencari sesuatu. Dia mencari handphonenya. Dalam keadaan separuh sedar, Qaiyra meletak phone di telinganya " hello, haa nak apa ?" Jawap qaiyra dalam keadaan mata masih terpejam.
Senyap.
" aikk bisu ke apa makhluk ni.?" Qaiyra melihat di screen handphonenya " laa bunyi jam rupanya aku ingat siapa lah yang call pagi-pagi ni. " dia letak handphone diatas meja. Qaiyra menarik selimut kembali. baru sahaja dia nak pejam mata, tiba-tiba dia tersedar yang pintu biliknya diketuk.
Tukk!!Tukk.!!Tukk.!! " eeeiii siapa pulak nii.." qaiyra mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Siapa.?" Tanya qaiyra seperti marah. Dia cukup pantang orang ganggu tidurnya. Lagi-lagi sekarang dia penat dengan perjalanan jauh. " cik qaiyra, puan rissa mintak cik qaiyra turun kebawah untuk sarapan." Jawap bibik dengan takut. " cakap kat datin, sarapan dulu jangan tunggu aku. Aku penat." Arah qaiyra. " ish mama nii, tak faham ke yang aku ni penat baru balik. " omel qaiyra. Qaiyra terus sambung tidur.
" puan, cik qaiyra suruh puan sarapan dulu jangan tunggu dia." " hmm yelah. Bik jom lah teman saya makan sekali. Dato' pon tak balik lagi." Pelawa datin rissa" saya mahu kemas dapur dulu puan. Puan makan lah dulu."
" jom laa teman saya makan. Lepas makan kamu kemas la." Tanpa buang masa, bibik terus menarik kerusi untuk duduk.
" puan, saya nak cakap sikit boleh." " macam serius je bunyinya " Jawap datin rissa yang sedang menyuap mee goreng kedalam mulutnya.
" saya nak mintak cuti seminggu boleh tak puan.? Sebab anak saya sakit tenat." Jawap bibik yang sedang menahan air matanya. Datin rissa terus meletak sudu di pinggan
" yaa allah.. kenapa kamu tak bagi tahu awal-awal yang anak kamu sekarang sakit tenat.? Dia sekarang dekat mana.? Hospital.? " tanya datin rissa dengan wajahnya yang nampak risau. " sekarang anak saya di hospital sultanah aminah dekat johor." Jawap bibik sambik mengesat air matanya. " siapa jaga anak kamu.?" " mak saya yang jaga dia. Suami saya dah lari dengan perempuan lain." Jelasnya lagi. " ya allah.. sabar yee setiap ujian pasti ada hikmahnya. Lepasni kamu naik atas kemas baju, nanti saya mintak tolong pakcik mat hantarkan kamu. Pasal kos hospital, kamu jangan risau, nanti saya tanggung semuanya. "
Jelas datin jassmin. " yaa allah syukur alhamdulillah.. terima kasih banyak-banyak ye datin, semoga allah murahkan rezeki datin dan keluarga datin." Sambil menyapu sisa air matanya di pipi. " saya naik atas dulu ye datin."
" yelah pergilah. Kirim salam ke mak kamu yaa" " insha allah datin." Bibik terus meninggalkan datin di ruang makan.
YOU ARE READING
Suamiku paling sweet💯💘
ActionQaiyra adriana seorang anak kepada pemilik syarikat yang terkenal di KL. Dia merupakan anak perempuan tunggal dan dimanjakan oleh orang tuanya. Dato'kamal dan datin rissa selalu memberi apa yang puteri mereka mahukan. Sehingga qaiyra menjadi remaja...