Suamiku paling sweet💯Part 3

370 8 0
                                    

Setelah sampai dirumah, qaiyra terus terbaring di sofa ruang tamu. Dia mengambil remote dan membuka tv. Sedang dia asyik menonton tv, tiba-tiba amy datang lalu duduk disebelah qaiyra. " asal kau taknak bagi peluang kat si haikal tu.? Aku tengok dia macam ikhlas je sukakan kau." Cadang amy sambil membawa dua gelas yang berisi air oren Dan menghulur kepada qaiyra. Qaiyra memandang amy dengan sebelah mata. " sebelum tu aku nak tanya kau." Qaiyra berpaling wajah menghadap muka amy. " apa tanya lah." Jawap amy sambil menghirup air oren. " asal kau tak ambil je haikal tu.? Beria-ria sangat nak aku terima jantan tu kenapa.? " Hampir tersedak amy dibuatnya dengan soalan qaiyra. " haishh kau ni.. asal moody sangat.? Aku cuma tanya je. Bukan aku paksa kau pon. " jawap amy. " dah la aku nak naik tidur. Esok aku ada kelas pagi. " ujar qaiyra. " Emm amy, boleh tak aku nak pinjam baju kau.? " tanya qaiyra. " boleh. Aku beli baju memang untuk kau pinjam pon. Ambik lah yang mana kau suka." Sindir amy sebelum ketawa. " kau ni kan kalau sehari tak sindir aku, memang tak tenang kan hidup kau." Marah qaiyra terus membuat muka. " alaa kau ni tadi kau sindir aku boleh pulak. Yelah- yelah aku minta maaf. " pujuk amy sambil pegang tangan qaiyra. Qaiyra terus tersenyum. " esok teman aku beli baju baru. "
" boleh. Tapi Dengan satu syarat." Amy menunjuk kan jari penunjuknya " kau ni, aku teman kau pergi kelab, takde pulak aku letak syarat-syarat. Bila turn aku je, ada jee syarat dia." Berkata qaiyra dengan tidak puas hati.
" kalau macam tu, esok kau pergi sorang. Tapi bukan dengan kereta aku tau. Kau naik bas ataupon kau jalan kaki." Balas amy.
" yelah-yelah. Apa syarat dia.? " akhirnya qaiyra mengalah. " kau kena belanja aku makan " jawap amy sambil senyum. " haishh kau ni kan mengada tau. Emm Yelah-yelah Puas hati.? " soal qaiyra dengan perasaan yang amat geram.
" thanks qaiy. Kau lah kawan aku dunia akhirat." Amy terus peluk qaiyra. Dan Qaiyra membalas pelukkan sahabatnya.
Keesokan harinya, pada jam 8:30 pagi, qaiyra masih lagi dibuai mimpi. Amy mengetuk pintu kamar qaiyra sambil memanggil namanya.
Tukk.!! Tukk.!! Tukk.!! " Qaiy bangun! Kau cakap ada kelas pagi ni." Laung amy diluar kamar qaiyra.  Qaiyra membuka matanya dan dia mencapai jam loceng yang tidak jauh darinya. Dia melihat di jam loceng itu dan dia mengosok matanya kerana kurang jelas penglihatannya. lalu dia terus bangun seperti mayat hidup semula. " alamak dah lewat.!! " Dengan pantas Dia turun dari katil, dan mencapai tualanya dan masuk ke bilik air.
Hampir 20 minit, qaiyra sudah pun siap. Dia  keluar dari bilik dia turun kebawah.
" qaiy jom sara...." belum sempat dia menghabiskan ayat, qaiyra terus memotong.
" aku dah tak sempat nak sarapan. Aku pergi dulu. Nanti kita makan kat luar okey. Bye." Qaiyra terus menutup pintu utama. " itu lah lain kali kunci jam. Kan dah tak sempat nak sarapan. Takpe Biar aku habiskan roti sandwich ni." Tanpa buang masa, amy terus menikmati roti sandwich milik qaiyra.
" bosan jugak qaiy takda kat rumah. Haishh nak buat apa ni.?" Amy berkata sendiri sambil berjalan mudar-mudir di ruang tamu. " pagi-pagi ada drama ape eh.? " amy mencapai remote tv yang berada di atas meja. " bosan laa takda cerita yang menarik ke.?" Amy menukar siaran tv. " cartun pon cartun lahh ".
Tiba-tiba ada satu mesej masuk dari whatsapp
Yang tertera nama QAIY ' assalamualaikum, amy, aku habis kelas pukul 11:00 nanti aku ambil kau kat rumah. Kau siap-siap taw. Okey bye Prof dah masuk kelas aku. See u again.✔️' setelah amy membaca mesej qaiyra, amy melihat jam di dinding. " baru pukul 9:15 pagi. Lambat lagi ni nak keluar. Apa aku nak buat ni bosan nya. " ujar amy sambil meletakkan kepalanya di sofa.  Tanpa tidak sedar, amy tertidur di sofa. Sehingga jam menunjukkan pukul 10:00 pagi. Amy terjaga dari tidur kerana dia mendapat satu mesej whatsapp dari qaiyra. ' amy, kau dah siap belum.? Lagi 20 minit aku sampai rumah." Amy Terus bangun dari sofa. Dia pantas berlari naik ke biliknya.

Suamiku paling sweet💯💘Where stories live. Discover now