Setiap kali pagi pasti Jisung yang perlu buat sarapan. Cuma kalini terasa susah sedikit kerana tangannya yang sakit. Dia cuma membuat nasi goreng kimchi memandangkan semalam terdapat nasi lebihan dan kimchi pula yang memang ada di dalam peti sejuk.
"Dah siap masak?" Terhinjut bahu Jisung akibat terkejut dengan sapaan tegas itu.
"Dd...dah. Cuma tinggal nak hidang je" Kata Jisung. Emak tirinya itu terus mengambil tempat duduk di meja makan. Segera Jisung menghidangkan makanan yang telah dimasak itu. Dia membawa makanan itu dengan berhati hati. Kalau pecah lagi habis lah dia. Dah trauma dah. Kalau pecah lagi pasti dia akan dirotan pada tangan lagi sebelah. Macam mana dia nak menulis nanti? Baru sahaja emak tirinya ingin membuka mulut Bangchan terus berlari dari tingkat atas. Gayanya seperti hendak cepat.
"Omma Chan pergi dululah" Kata Bangchan. Dia mencium pipi ibunya itu. Air teh yang masih panas itu dihirup sedikit.
"Makan lah dulu" Kata wanita itu. Bangchan hanya tersenyum.
"Takpe lah omma. Chan makan dekat sekolah je. Chan nak cepat ni. Jom Jisung" Bangchan terus menarik tangan Jisung. Jisung hanya mengikut tanpa membantah. Kenapa dengan abang tirinya ini? Nak katakan sudah terlambat masih awal lagi.
"So kita nak sarapan dekat mana?" Soal Bangchan. Jisung memandang ke arah Bangchan.
"Takpelah hyung. Kita sarapan je lah dekat dalam. Kesian omma" Baru sahaja Jisung ingin membuka pintu kereta terus Bangchan mengunci pintu.
"No. Jisung sepatutnya cakap terima kasih dekat hyung sebab dah selamatkan Jisung dari dengar bebelan omma" Kata Bangchan selamba. Kereta dipandu keluar dari perkarangan rumah. Jisung hanya tergelak.
"Terima kasih hyung" Kata Jisung sambil tersenyum. Bangchan tersenyum melihat adik tirinya itu. Walaupon dia tahu dalam hati Jisung terdapat perasaan serba salah kerana meninggalkan omma mereka begitu sahaja.
"Dah lah tu Jisung. Kita pergi sarapan ok. Lepastu kita pergi sekolah" Kata Bangchan sambil menggosok kepala Jisung. Jisung hanya mengangguk. Kepala dipalingkan ke arah tingkap. Pemandangan luar lebih menarik perhatiannya. Dapat dia lihat burung burung yang terbang bebas di langit. Terbang ke mana sahaja mereka ingin pergi tanpa ada halangan. Sesekali Jisung mengeluh tanpa disedari oleh Bangchan. Alangkah indahnya kalau hidupnya seperti burung itu.
"Ok dah sampai" Kata Bangchan. Lama sangat ke dia mengelamun tadi sehingga tidak sedar yang mereka sudah sampai di kedai makan? Takpelah yang penting dapat juga dia merasa makan di luar. Sudah lama rasanya dia tidak keluar dari rumah itu. Dia lebih kerap mengurung diri di dalam bilik. Jisung dan Bangchan terus memesan makanan yang hendak di makan.
🙂🙂🙂🙂
Kereta yang dipandu oleh Bangchan telah selamat sampai di sekolah. Mereka berdua turun dari kereta.
"Hyung masuk kelas dululah. Jisung ada nak pergi mana mana ke?" Soal Bangchan sambil menatap wajah Jisung. Jisung mengangguk.
"Jisung nak pergi cafe sekolah sebab diorang tengah tunggu dekat sana" Kata Jisung. Bangchan mengangguk.
"Duit ada tak? Kalau takde hyung tambah"
"Sokay hyung. Duit Jisung ada lagi" Kata Jisung. Dia terus meminta diri daru Bangchan. Dia tidak mahu Bangchan memberi wang saku kepada dirinya. Lagipon dia masih lagi mempunyai wang yang cukup.
Sampai sahaja di cafe sekolah Jisung sudah nampak rakan rakannya yang duduk di meja di cafe itu.
Jisung terus berlari ke arah mereka. Dia terus memeluk leher dua orang rakannya yang berdekatan dengannya. Dua orang itu ialah Hyunjin dan Minho atau nama gelarannya Lino.
"Yow Jisung!!" Sapa Felix.
"Yow!!" Balas Jisung. Mereka semua ceria sahaja tetapi salah seorang dari mereka hanya senyap dan memerhatikan Jisung.
"Han Jisung" Panggil si dia. Jisung memandang ke arah si pemanggil.
"Yes hyung. Wae?" Soal Jisung. Dia memandang Lino dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Ya Lino lah yang memanggil Jisung tadi. Sekarang ni pandangan mereka semua tertumpu pada Lino.
"Kenapa dengan tangan kau tu?" Soa Lino. Jisung yang terkejut dengan pertanyaan Lino terus menyorokkan tangannya itu. Kini mereka semua memandang ke arah Jisung menunggu jawapan tuan punya badan. Jisung hanya diam.
⚜tbc
A/n nak bagitahu ni...dalam ni x de woojin tau sebab a/n nak move on...and a/n nak biar woojin jadi partner a/n...ok bye
YOU ARE READING
[C] Fake Smile || H.J.S ✓
RandomHan Jisung. Seorang remaja yang tinggal bersama ibu tiri dan abang tirinya. Dia telah kehilangan ibunya sejak berusia 9 tahun. Hanya bapa dia sahaja. Tapi kini dia tidak lagi tinggal bersama bapanya kerana bapanya sentiasa tiada di rumah. Hari hari...