[ FS ]

776 94 3
                                    

" So Jisung nak kerja mana?" Soal Bangchan. Mereka berdua sedang berada di dalam kereta. Jisung memandang ke arah Bangchan yang sedang memandang hadapan.

"Jisung tak pasti. Kita cari je lah mana mana tempat yang perlukan pekerja" Kata Jisung sambil memandang hadapan juga. Kepala disandarkan sambil mengeluh. Bangchan hanya mengangguk.

Pelbagai tempat yang dituju mereka. Tetapi semua tidak memerlukan pekerja. Mereka masih lagi mencari. Akhirnya Jisung ternampak sebuah kedai runcit yang memerlukan pekerja pada waktu petang. Kebetulan waktu itu pula ialah waktu mereka pulang dari sekolah. Jadi Bangchan boleh menghantar Jisung ke kedai ini. Jisung akan memulakan kerja pada hari esok.

Akhirnya dia mendapat kerja. Tapi dia risau jika emak tirinya akan tanya mengapa dia balik lambat.

"Hyung" Panggil Jisung. Bangchan yang sedang memandu memandang Jisung sekilas.

"Kenapa?" Soal Bangchan. Matanya masih lagi memandang hadapan.

"Kita pergi beli barang dapur boleh?" Soal Jisung sambil memandang Bangchan. Dia tidak mahu kelihatan biadab.

"Boleh je. Kenapa? Barang dapur dah nak habis ke?" Soal Bangchan. Jisung mengangguk. Bangchan memandu kereta menuju ke pasar raya.

🙂🙂🙂🙂

Mereka telah selamat sampai. Jisung segera menuju ke arah bonet kereta untuk mengambil barang. Bangchan menuju ke arah Jisung.

"Sini hyung tolong" Kata Bangchan. Jisung memggeleng.

"Takpe hyung. Hyung masuk je nanti omma marah" Kata Jisung. Dia segera mengambil semua barang yang sudah di beli tadi. Bangchan hanya mengeluh. Baru sahaja Jisung ingin membuka pintu tetapi pintu sudah dibuka dari dalam. Terpampanglah muka emak tirinya itu.

"Hah dari mana?" Soal emak tirinya itu. Jisung sudah meminta diri untuk ke dapur.

"Beli barang sikit" Kata Bangchan. Ommanya hanya mengangguk. Terus kakinya melangkah ke ruang tamu. Tv dibuka. Jisung yang sudah meletakkan barang di dapur ingin masuk ke dalam bilik.

"Kau nak pergi mana?" Soal emak tirinya itu.

"Nn...nak masuk bilik. Mandi" Jisung hanya menunduk.

"Kau dah kenapa pandang bawah? Aku dekat bawah ke? Kan aku dah bagitahu kalau aku tengah cakap pandang muka aku!!" Kata emak tirinya dengan tegas. Jisung segera memandang ke arah emak tirinya itu. Emak tirinya mendengus geram.

" Kau pergi masuk bilik mandi. Lepastu turun masak makan malam" Arah emak tirinya itu. Jisung mengangguk dan meminta diri untuk ke bilik.

🙂🙂🙂🙂

Makan malam telah siap dimasak. Jisung menghidangkan makan malam di atas meja. Dia memanggil emak tirinya dan Bangchan untuk makan. Jisung hanya berdiri melihat mereka makan. Bangchan sengaja makan lambat lambat. Selepas emak tirinya selesai makan barulah Jisung duduk untuk makan. Bangchan tersenyum melihat adik tirinya yang kelihatan comel ketika makan. Mereka berdua makan dengan senyap kerana ommanya ada di ruang tamu menonton tv. Biasanya mereka boleh berbual kerana omma mereka akan terus masuk ke dalam bilik selepas makan.

🙂🙂🙂🙂

Keesokan harinya Jisung memulakan kerja selepas pulang dari sekolah. Bangchan memberikan Jisung topi dan cermin mata supaya emak tirinya tidak dapat cam muka dia. Dan Bangchan juga memberitahu Jisung supaya sebelum balik pakai semula baju sekolah. Jisung hanya mengikuti arahan Bangchan. Lagipon ini demi kebaikannya juga.

Sepanjang dia bekerja adalah juga salah seorang dari rakan rakannya datang ke kedai runcit itu untuk berjumpa dengan Jisung. Sempat lah juga mereka bergurau senda.

Manakala di rumah Bangchan memikirkan idea unyuk menipu ommanya itu.

"Lambat balik. Pergi mana?" Soal ommanya.

"Chan tunggu kawan siapkan kerja sekolah tadi" Jawab Bangchan. Nampak macam tak logik tapi ayat itulah yang bermain dalam fikirannya.

"Mana budak tak guna tu?" Soal ommanya lagi. Bangchan sudah tahu siapa yang dimaksudkan oleh ommanya itu.

"Dia dekat sekolah. Ada kelas tambahan" Kata Bangchan dengan lancar. Risau ommanya dapat tahu yang dia menipu. Nasib baik ommanya percaya.  Dan kalini dia meminta kebenaran ommanya untuk masak makan malam. Lepas ni setiap kali Jisung pergi kerja biar dia pula buat kerja rumah. Nak juga dia merasa buat kerja rumah.

⚜tbc

[C] Fake Smile || H.J.S ✓Where stories live. Discover now