Tiba tiba....
~pin pin~
Sebuah lori menuju ke arah kereta mereka. Lori itu tidak sempat untuk brek dan terus merempuh kereta mereka di bahagian pemandu. Kepala Jisung terhantuk di bahagian dashboard. Jisung masih lagi dalam keadaan sedar. Dia melihat ibunya yang sedang tersepit itu. Kereta mereka sudah mula mengeluarkan asap.
"Jisung...keluar. Duduk jauh...dari kereta" Arah ibunya. Jisung menggeleng.
"Omma macam mana?" Soal Jisung. Ibunya memaksa Jisung untuk keluar. Akhirnya Jisung menuruti perintah ibunya itu. Apabila dia sudah jauh dari kereta terus kereta itu meletup.
"Omma!!!" Jerit Jisung. Kemudian dia tidak ingat apa yang jadi. Sedar sedar je dia sudah ada di atas katil hospital dengan kepala yang berbalut.
"Haih. Semua salah kau Jisung. Kalau kau tak degil mungkin omma masih hidup dan appa tak perlu kerja terlalu kuat" Kata Jisung pada dirinya sendiri.
"Kau dah banyak menyusahkan orang" Jisung menghantuk kepalanya di kepala katil.
"Aku patut mati je" Kata Jisung perlahan. Dia ternampak gunting yang tajam di meja belajarnya itu. Jisung terdengar seperti gunting itu memanggil namanya. Perlahan lahan dia menghampiri gunting itu. Baru sahaja dia ingin mengambil gunting itu dia terdengar seperti seseorang menyebut namanya.
"Jisung jangan" Suara itu seperti di belakangnya. Segera dia menoleh ke belakang. Terus terlepas gunting dari genggamannya.
"Om...omma" Kata Jisung perlahan. Ibunya itu hanya tersenyum.
"Omma kenapa tinggalkan Jisung?" Soal Jisung kepada ibunya itu. Ibunya itu menghampiri dirinya. Kepala Jisung diusap perlahan.
"Omma kena pergi" Kata ibunya itu. Jisung menunduk dan menggeleng.
"Jisung nak ikut omma. Bawa Jisung omma" Kata Jisung. Ibunya tersenyum dan memggelengkan kepala.
"Belum tiba masanya lagi Jisung" Kata ibunya itu. Perlahan lahan bayangan ibunya hilang.
"Tak omma. Jangan tinggalkan Jisung omma. Omma!!" Jerit Jisung. Emak tirinya segera masuk ke dalam bilik Jisung kerana bising.
"Kau dah kenapa? Gila?" Soal emak tirinya itu. Jisung hanya menangis.
"Haish kau boleh berhenti menangis tak? Bingitlah!!" Jerkah emak tirinya itu. Bahu Jisung terhincut akibat terkejut dengan jerkahan itu. Dia masih lagi menangis apabila teringat wajah ibunya itu. Sudah bertahun dia tidak melihat wajah itu. Emak tirinya yang mula berasa rimas terus menarik rambut Jisung dan memaksanya keluar dari bilik. Jisung sudah menjerit kesakitan. Dia merayu supaya dilepaskan namun rayuannya itu diabaikan. Emak tirinya membawa dia ke bilik stor. Sudahlah bilik itu berada di bawah tanah. Terus emak tirinya menolaknya masuk ke dalam bilik itu.
"Kau nak menangis sangat kan. Kau menangislah puas puas dekat dalam ni" Kata emak tirinya dan terus mengunci pintu dari luar. Jisung mengetuk pintu itu sambil menjerit supaya emak tirinya buka pintu itu.
"Omma bukak pintu ni omma. Omma bukak!!!" Jerit Jisung sambil menegetuk pintu bilik itu sekuat hati. Terdapat beberapa kesan luka di tangannya akibat terlalu kuat mengetuk pintu. Jisung terus terduduk di depan pintu dengan matanya yang memerah. Kepala disandarkan di pintu. Telapak tangan dilekatkan di pintu. Perlahan lahan matany a terpejam. Dia sudah penat. Satu harini dia asyik menangis tanpa henti.
🙂🙂🙂🙂
~tokk tokk tokk~
"Jisung!! Jisung dekat dalam ke?" Soal seseorang dari luar. Jisung sudah tahu siapa diluar. Tak lain tak bukan pasti abang tirunya. Jisung terus bangun dari pembaringannya.
"Hyung buka pintu ni hyung. Jj...Jisung takut hyung" Kata Jisung lemah. Ya dia takut. Sudahlah bilik stor itu di bawah tanah. Gelap pula tu. Bilik stor itu sememangnya mempunyai lampu tetapi malap. Bangchan segera membuka pintu bilik tersebut. Dia memeluk adik tirinya itu.
"Jisung ok?" Soal Bangchan. Jisung memgangguk lemah. Dia memejamkan mata sambil membalas pelukan Bangchan.
"Jisung betul betul ok?" Soal Bnagchan ingin kepastian. Jisung menggenggam baju Bangchan. Dia menggelemgkan kepala.
"Jisung tak ok hyung. Jisung takut hyung. Jisung dah penat. Penat nak hadap semua benda ni" Kata Jisung perlahan. Dia mengeratkan lagi pelukannya dengan Bangchan.
"Jisung bagitahu hyung. Apa yang buat Jisung takut" Arah Bangchan. Jisung mengajak Bangchan untuk ke biliknya. Dia tidak mahu duduk di bilik itu lagi.
Ketika di bilik Jisung Bangchan merawat tangan Jisung yang luka itu.
"Masa dalam bilik tu tadi....mula mula Jisung nampak-"
⚜tbc
Saja tergantung haha....hah tunggu next chapter.
YOU ARE READING
[C] Fake Smile || H.J.S ✓
AcakHan Jisung. Seorang remaja yang tinggal bersama ibu tiri dan abang tirinya. Dia telah kehilangan ibunya sejak berusia 9 tahun. Hanya bapa dia sahaja. Tapi kini dia tidak lagi tinggal bersama bapanya kerana bapanya sentiasa tiada di rumah. Hari hari...