[ FS ]

908 109 4
                                    

"Han Jisung keluarkan tangan tu" Arah Lino apabila melihat Jisung menyorokkan tangannya dibelakang. Mereka yang menjadi pemerhati juga menyuruh Jisung untuk menghulur tangan yang disorokkan itu. Jisung menelan air liur perit. Dia kalau boleh taknak kawan kawannya itu risau tentang dirinya. Tangan masih lagi disorokkan di belakang badan. Lino mendekati Jisung dan terus menarik tangan Jisung. Jisung hanya menundukkan kepalanya.

"Kau kena pukul lagi ke Han?" Soal Lino. Siapa Han? Han Jisung. Mereka hanya memanggil Han. Hanya Bangchan sahaja yang memanggilnya Jisung.

Jisung yang mendengar soalan Lino segera menggeleng. Dia tidak mahu membuka aib emak tirinya itu.

"Tt...taklah hyung" Kata Jisung gagap.

"Habis tu kenapa tangan kau berbalut?" Soal Felix. Dari tadi dia menjadi pemerhati baru sekarang dia membuka mulut.
"Aa...in..ini sebab tangan aku terkena pisau" Kata Jisung gagap. Lino membuka balutan di tangan Jisung. Jisung cuba menghalang tapi tidak boleh kerana sebelah lagi tangannya dipegang oleh Hyunjin. Apabila balutan itu sudah dibuka masing masing tergamam.

"Terangkan" Arah Changbin. Jisung menunduk. Kemudian dia mengangkat kepala sambil tersenyum.

"Sikit je ni hyung. Takde pape ponlah" Kata Jisung sambil tersenyum. Mereka memandang Jisung  dengan muka penuh harapan. Berharap yang Jisung akan cerita.

"Han tolong jangan pendam sorang sorang. Kitorang sudi dengar kau punya cerita" Kata Seungmin. Mereka mengangguk mendengar kata kata Seungmin.

"Takde papelah...aku ok jer. Sikit je ni nanti seminggu dua ok lah" Kata Jisung lembut. Dia tidak mahu mengguris hati sahabat sahabatnya itu.

"Ok apanya. Sampai dah nak terbelah aku tengok tangan kau ni" Kata Lino risau. Dia membalut kembali tangan Jisung.

"Hyung betul betul ok ke?" Soal I.N . Jisung hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Han kalau kau ada masalah datang je rumah aku. Rumah aku sentiasa terbuka untuk kau" Kata Lino. Mereka mengangguk.

"Rumah kitorang pon mengalu alukan kedatangan kau" Kata mereka semua. Jisung segera memeluk rakan rakannya itu. Dia terharu kerana mempunyai sahabat yang sedia membantu dirinya itu. Tapi belum tiba masanya lagi untuk dia menceritakan semuanya. Cukuplah mereka tahu yang dia ada emak tiri. Dia tidak mahu membuka aib keluarganya itu. Dari jauh Bangchan melihat semua itu. Dia tersenyum melihat kawan kawan Jisung yang sudah menganggap Jisung sebagai keluarga mereka sendiri.

Setelah selesai sesi berpelukan mereka terus bergerak memasuki kelas. Lino berjalan di sebelah Jisung.

"Betul kau ok ni Han?" Soal Lino. Jisung hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Aku ok je lah hyung. Dia tetap omma aku walaupon cuma omma tiri" Kata Jisung sambil tersenyum. Lino memandang Jisung lama.

"Dia dah buat macam macam dekat kau pon,kau still panggil dia omma" Kata Lino. Jisung hanya tersenyum.

"Tapi dia tetap bagi aku makan minum hyung. Walaupon dia layan aku teruk dia takpernah tak bagi aku makan. Aku bersyukur hyung" Kata Jisung. Lino hanya mengeluh melihat perangai Jisung itu. Dia paling tidak suka dengan perangai Jisung yang satu ini. Kalau tak ok dia cakap ok. Kalau ok pon dia cakap ok.

🙂🙂🙂🙂

Akhirnya Bangchan dan Jisung telah selamat sampai dirumah. Jisung kelihatan takut untuk masuk ke dalam rumah.

"Omma takde harini. Dia keluar dengan kawan dia" Kata Bangchan sambil memyimpan kasut sekolahnya di almari. Dia tahu apa yang dirisaukan oleh adik tirinya itu.

"Betul ke ni hyung?" Soal Jisung ingin kepastian. Bangchan hanya mengangguk sambil tersenyum. Jisung terus tersenyum melihat balasan daripada Bangchan. Mungkin harini dia akan bebas seperti burung yang dilihat pagi tadi.

⚜tbc

[C] Fake Smile || H.J.S ✓Where stories live. Discover now