Jisung membuka mata dari tidur. Dia terasa yang dia sudah tidur terlalu lama. Buka sahaja mata dia lihat Lino sudah tiada di depannya. Baru sahaja dia ingin bangun pintu bilik dibuka.
"Eh kau jangan bangun" Lino segera mendapatkan Jisung. Semangkuk bubur diketakkan di tepi katil. Dia menyandarkan Jisung di kepala katil.
"Hyung pergi mana?" Soal Jisung mamai. Lino tersenyum. Mangkuk bubur tadi diambil.
"Masak bubur ni. Aku tahu perut kau tengah kosongkan" Kata Lino. Kalini Jisung betul betul rasa bersalah. Dia dah menyusahkan orang lain sebab sakit dia.
"Tak menyusahkan ke?" Soal Jisung. Lino menyuapkan sesudu bubur ke mulut Jisung.
"Takde pape lah Han. Kau tak pernag menyusahkan aku. Kan aku dah cakap yang aku anggap kau sebagai adik aku sendiri" Kata Lino lembut. Dia meniup sedikit bubur itu agar mudah untuk Jisung makan.
"Mian hyung" Kata Jisung setelah bubur yang disua ke dalam mulutnya itu ditelan.
"Kenapa?" Soal Lino. Dia menyuakan bubur itu sekali lagi. Tetapi Jisung menggeleng tidak mahu. Lino meletakkan mangkuk bubur itu di tepi katil.
"Aku dah banyak menyusahkan korang semua" Kata Jisung perlahan. Lino memandang Jisung lama.
"Aku dah cakapkan yang kau tak pernah menyusahkan kitorang. Kitorang tolong kau ikhlas Han. Tak pernah sekali pon kitorang merungut sebav kau" Kata Lino dengan tegas.
"H..hyung jangan lah marah"
"Aku tak marah. Cuma aku geram tahu tak. Aku tahu kau ada anxiety tapi sesekali kau kena jadi berani juga" Kata Lino sambil mengeluh perlahan.
"Mm...macam mana hyyng tahu aku ada-"
"Apa je yang aku tak tahu pasal kau Han? Aku kenal kau lama dah. Dari sekolah rendah lagi" Kata Lino. Jisung hanya diam. Dia tidak tahu hendak kata apa.
"Sebab tu aku suruh kau luahkan apa yang kau rasa. Tapi aku taknak paksa kau" Kata Lino. Mangkuk bubur tadi diambil semula.
"Mian. Tapi aku belum ready nak cerita kat korang" Kata Jisung sambil menunduk. Lino tersenyum. Dia mengusap tangan Jisung lembut.
"Takpe aku tak paksa. Dah makan sampai habis. Penat aku masak" Kata Lino sambil menyuap bubur ke dalam mulut Jisung. Jisung hanya tersenyum.
🙂🙂🙂🙂
Akhirnya Bangchan sudah pulang ke rumah. Lino meminta diri untuk pulang ke rumahnya sendiri. Jisung bangun secara perlahan lahan. Mata dipejamkan menahan perit di badan. Dia berdiri dan berjalan ke arah meja belajar. Kerusi di tarik dan terus duduk. Kepala diletakkan di atas meja.
"Kau dah banyak menyusahkan orang Han Jisung. Kau tak patut hidup dekat dunia ni" Kata Jisung perlahan. Laci meja ditarik. Dia mengambil 7 helai kertas yang ada di meja itu. Dia menulis sesuaru di atas kertas itu. Sedang Jisung menulis seusatu di kertas itu pintu biliknya diketuk. Segera Jisung menyimpan kertas kertas itu. Pintu bilik dibuka dari luar dan terpampanglah wajah Bangchan di hadapan pintu.
"Hah buat apa tu?" Soal Bangchan. Dia ternampak kertas yang disorokkan oleh Jisung.
"Hehe takde pape" Kata Jisung smabil tersengih. Bangchan hanya tersenyum. Mungkin itu barang peribadi Jisung jadi dia tidak mahu tanya apa apa.
"Kenapa hyung datang?" Soal Jisung. Bangchan mendekati Jisung yang duduk di meja belajar itu.
"Saja je. Kenapa? Tak boleh ke?" Soal Bangchan. Jisung cepat cepat menggelengkan kepala.
"Jisung tanya je" Kata Jisung. Bangchan tersenyum melihat gelagat adik tirinya yang gelabah semacam.
"Hyung gurau je lah. Janganlah takut sangat" Kata Bangchan sambil ketawa. Kadang dia rasa adik tirinya comel bila gelabah. Jisung menghembus nafas lega. Dia ingatkan yang abang tirinya terasa dengan soalan dia.
"Hyung omma mana?" Soal Jisung.
"Omma dekat bawah tengah tengok tv" Kata Bangchan selamba. Jisung sudah takut. Sudahlah dia tak masak apa apa lagi.
"Jangan risau lah. Omma dah makan and omma tak tahu hyung masuk bilik Jisung" Kata Bangchan sambil tersenyum. Dia mengusap lembut kepala Jisung. Jisung menghembus nafas lega. Nasib baiklah dia ada abang tiri yang baik. Jika tidak pasti sekarang ni dia tidak dapat berehat.
⚜tbc
Kenapa setiap kali a/n type story ni mesti rasa nak nangis tanpa sebab. Sendu gila hidup a/n ni😌
YOU ARE READING
[C] Fake Smile || H.J.S ✓
CasualeHan Jisung. Seorang remaja yang tinggal bersama ibu tiri dan abang tirinya. Dia telah kehilangan ibunya sejak berusia 9 tahun. Hanya bapa dia sahaja. Tapi kini dia tidak lagi tinggal bersama bapanya kerana bapanya sentiasa tiada di rumah. Hari hari...