[ FS ]

865 100 8
                                    

~tokk tokk tokk~

Bangchan yang sedang membuat kerja sekolah terus berhenti. Dia bergerak ke arah pintu. Buka sahaja pintu sudah terpampang wajah Jisung dia hadapan pintu biliknya itu.

"Oh Jisung. Masuklah" Jemput Bnagchan. Jisung terus masuk ke dalam. Risau emak tirinya akan nampak diri dia yang berdiri di hadapan pintu bilik abang tirinya itu.

"Hyung sibuk ke?" Soal Jisung. Dia ternampak banyak buku sekolah di atas meja belajar Bangchan. Adakah dia sedang mengganggu Bangchan?

"Tak sibuk pon. Hyung tengah buat kerja sekolah je tadi" Kata Bangchan. Sebenarnya dia sengaja membuat kerja sekolah waktu malam kerana dia tahu hanya waktu malam dia dapat meluangkan masa bersama adik tirinya itu. Lagipon ommanya tidur awal jadi ommanya tidak akan syak apa apa.

"Jisung mengganggu ke?" Soal Jisung lembut. Bangchan tersenyum dan menggeleng.

"Tak ganggu pon. Lagipon kerja hyung dah nak siap" Kata Bangchan. Jisung mengangguk. Bangchan melihat ke arah adik tirinya itu yang hanya senyap sahaja. Biasanya pasti dia sudah ajak Bangchan berbual.

"Jisung ada nak cakap apa apa ke?" Soal Bangchan. Dia pasti ada sesuatu yang ingin Jisung beritahu. Itulah tabiat Jisung apabila dia ingin memberitahu sesuatu.

"Ermmm Jisung rasa Jisung nak kerja" Kata Jisung. Bangchan memandang Jisung sambil tersenyum.

"Ok lah tu. Nanti Jisung ada duit sendiri" Kata Bangchan. Jisung mengangguk dan terus senyap. Bangchan pasti ada sesuatu yang dirisaukan oleh Jisung.

"Kenapa diam?" Soal Bangchan.

"Omma macam mana hyung?" Soal Jisung. Bangchan hanya tersenyum. Sudah dia agak pasti hal ini bermain di fikirannya.

"Don't worry lah. Nanti hyung cover Jisung" Kata Bangchan.

"Serious lah hyung?" Soal Jisung teruja. Bangchan hanya mengangguk.

"Wah...gomawo hyung" Kata Jisung dan terus memeluk Bangchan. Bangchan membalas pelukan adik tirinya itu. Suka dia lihat Jisung tersenyum gembira. Dia berharap sangat senyuman ini kekal selama lamanya.

"Ok lah hyung. Jisung nak masuk bilik tidur" Kata Jisung bersemangat. Bangchan memegang tangan Jisung. Jisung yang baru sahaja ingin bangun terus memandang ke arah Bangchan.

"Jisung dah tahu nak kerja apa?" Soal Bangchan. Jisung menggelengkan kepala.

"Belum lagi. Kenapa hyung?" Soal Jisung selepas menjawab pertanyaan Bangchan.

"Takde lah. Hyung tanya je. Esok hyung bawa Jisung cari kerja" Kata Bangchan. Jisung mengangguk teruja. Sekali lagi badan Bangchan dipeluk dengan erat.

🙂🙂🙂🙂

"Korang" Panggil Jisung memecahkan kesunyian. Mereka yang sedang duduk di meja cafe sekolah terus memandang ke arah Jisung.

"Kenapa?" Soal mereka serentak. Jisung tersenyum.

"Aku nak cari kerja" Kata Jisung.

"Kerja apa?" Soal Lino. Yang lain hanya mengangguk dan terus memandang Jisung.

"Entah tak pasti lagi" Kata Jisung.

"Kau nak kitorang tolong tak?" Soal Hyunjin. Yang lain mrngangguk dengan pertanyaan Hyunjin. Mereka semua sudi menghulurkan bantuan jika Jisung memerlukan. Jisung hanya mengggelengkan kepala.

"Takpe. Lagipon Chan hyung kata nanti dia tolong" Kata Jisung sambil tersenyum. Tak sabar rasanya ingin bekerja di luar. Tapi dalam masa yang sama perasaan takut tetap ada.

"Habis tu omma kau?" Soal Felix. Mereka yang lain memandang Felix dengan pandangan tak puas hati. Spoil mood betullah dia ni. Tapi Jisung tak kisah pon.

"Takpe. Takyah risau. Chan hyung kata nanti dia cover aku" Kata Jisung. Yang lain tersenyum melihat Jisung. Mereka berharap semuanya berjalan lancar. Mereka tidak mahu Jisung sakit lagi.

"Kajja masuk kelas" Ajak Changbin. Yang lain hanya mengangguk. Mereka terus bergerak menuju ke kelas.

Bangchan yang memerhatikan mereka dari jauh hanya tersenyum. Seseorang menepuk bahu Bangchan. Bangchan memandang ke arah si dia. Kawan baik dia di sekolah ini.

"Kau ok?" Soal si dia. Bangchan mengangguk sambil tersenyum.

"Aku ok. Just tengok adik tiri aku je" Kata Bangchan. Si dia tersenyum.

"Kau buat apa dekat sini Woojin?" Soal Bangchan. Ya dia ialah Woojin.

A/n : ok a/n tak boleh move on. Takpelah woojin kau sebagai extra je.

"Aku? Beli makanan ah. Aku tak sarapan tadi" Kata Woojin. Dia mengambil tempat di sebelah Bangchan. Bangchan hanya tersenyum.

"Kadang kadangkan..." Sengaja Woojin tergantungkan ayat untuk mengambil perhatian Bangchan. Dan ya rancangannya berjaya kerana sekarang Bangchan sedang memerhatikan dia.

"Kenapa?" Soal Bangchan. Woojin tersenyum.

"Kadang kadang aku rasa kesian dekat adik tiri kau tu" Kata Woojin. Ya dia tahu segala galanya tentang Bangchan sekeluarga kerana Bangchan yang menceritakan semuanya. Bangchan terpaksa luahkan kerana Woojin selalu mendesaknya untuk cerita.

"Kau tak kesian ke dekat dia? Dia tu muda lagi tapi dah kena hadap macam macam" Kata Woojin. Bangchan tersenyum lemah.

"Kesian tu memang ada. Tapi nak buat macam mana. Tu takdir dia. Nak taknak dia kena hadap jugak" Kata Bangchan. Woojin di sebelah hanya mengangguk.

"Betul juga cakap kau tu" Kata Woojin. Dia setuju dengan kata kata Bangchan. Setiap orang ada takdir sendiri. Sama ada baik ataupon buruk.

"Lagipon dia kuat. Dia tak pernah tunjuk sakit dia dekat orang lain. Aku selalu nampak dia senyum. Tapi aku tak pasti senyuman yang dia bagi tu ikhlas ataupon fake" Kata Bangchan. Woojin menepuk nepuk bahu Bangchan.

"Aku tahu perangai dia. Dia taknak orang lain sakit walaupon dia sakit. Dia taknak orang lain risau pasal dia tapi cara dia ni buatkan orang lebih risau pasal dia" Kata Bangchan sekali lagi. Woojin hanya menjadi pendengar. Dia tak boleh nak cakap apa sebab bukan dia yang hadap semua benda ni. Dia cuma mampu tenangkan kawan baiknya itu.

⚜tbc

[C] Fake Smile || H.J.S ✓Where stories live. Discover now