Sudah beberapa minggu Jisung bekerja. Emak tirinya tidak bertanya apa apa tentang mengapa dia balik lambat. Bangchan juga ada memberitahunya tentang alasan yang diberi kepadaemak tirinya itu. Jisung hanya tersenyum.
Harini Jisung berada di kedai runcit itu. Dia sedang duduk. Memandangkan sekarang tidak ramai yang datang jadi dia membuka topi dan cermin mata. Dia mengambil buku rujukan di dalam begnya dan mengulangkaji pelajaran yang dia belajar di sekolah tadi.
~kling~
Pintu kedai runcit dibuka seseorang. Dia segera mengambil topi dan memakainya. Cermin mata terus dipakai sambil itu dia melihat gerangan yang masuk ke dalam kedai runcit itu tadi. Air liur ditelan perit. Emak tirinya sedang membeli barang di kedai runcit ini? Dia berharap emak tirinya tidak dapat mengenal pasti dirinya.
Emak tirinya mendekati tempat Jisung berada memandangkan dia sudah selesai memilih barang yang hendak dibeli. Setelah selesai membuat pembayaran emak tirinya hendak pergi. Baru sahaja Jisung ingin mengeluh nafas lega emak tirinya sudah memandangnya semula.
"Sekejap...aku macam kenal kau ni" Kata emak tirinya. Jisung sudah terkaku. Apa yang dia nak buat sekarang ni? Baru sahaja Jisung ingin beredar emak tirinya sudah memegang tangannya. Jisung terkaku. Topi Jisung dibuka oleh emak tirinya.
"Kau!!" Emak tirinya menunding jari ke arah Jisung.
"Err...omma...Jj...Jisung ada kerja nak buat" Kata Jisung dan terus berlari ke belakang. Dia memerhati emak tirinya yang sudah keluar dari kedai runcit.
"Apa aku nak buat ni?" Soal Jisung sendirian. Mukanya diraup kasar.
"Habislah kau kalini Jisung" Kata Jisung sendirian dan terus terduduk sambil kepala mendongak memandang siling kedai runcit tersebut.
🙂🙂🙂🙂
Jisung balik ke rumah menaiki teksi kerana Bangchan berada di sekolah untuk kelas tambahan. Jisung memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah. Sunyi. Jisung menghembus nafas lega. Jisung segera masuk ke dalam bilik. Belum sempat dia ingin menutup pintu bilik seseorang sedang menahan pintu biliknya itu. Pintu bilik Jisung ditolak kasar. Badan Jisung juga terkebelakang akibat terkejut. Terus pintu bilik dihempas kuat. Emak tirinya berada di dalam biliknya dengan muka marah.
"Kau dah pandai menipu kan sekarang" Kata Emak tirinya itu. Tali pinggang di belakang pintu bilik Jisung di ambil.
"Om...omma..Jj...Jisung boleh terangkan" Kata Jisung ketakutan. Badannya sudah menggigil teruk. Emak tirinya terus menolak Jisung sehingga terduduk di lantai.
"Kau nak terangkan apa?!!!!" Jerkah emak tiri Jisung. Badan Jisung dilibas menggunakan tali pinggang. Terjerit Jisung akibat kesakitan.
"Kenapa? Dah tak cukup duit belanja yang aku bagi sampai kau cari kerja? Hah??!!!" Sekali lagi emak tiri Jisung menjerkah dirinya. Badan Jisung dilibas tanpa henti. Habis berbekas badannya akibat libasan yang diterima. Air matanya metitis kerana kesakitan yang teramat.
"Omma berhenti...sakit" Kata Jisung. Kata kata Jisung dihiraukan oleh emak tirinya itu. Dia memukul Jisung tanpa henti. Bangchan yang baru balik dari sekolah terus berlari ke arah bilik Jisung. Pintu bilik Jisung dibuka kasar.
"Omma!!" Jerit Bangchan. Dua segera memeluk adik tirinya itu. Jisung sudah menangis kerana rasa pedih akibat libasan itu. Emak tiri Jisung terus menolak Bangchan.
"Kau jangan masuk campur. Aku nak ajar budak ni rasa bersyukur. Kalau kau masuk campur dengan kau kau sekali aku pukul!!" Kata emak tiri Jisung. Bangchan tidak mampu buat apa apa. Dia hanya mampu melihat Jisung dipukul oleh ommanya itu.
"Omma sakit" Rintih Jisung tetapi emak tirinya hanya menghiraukan Jisung. Yang dia tahu hanyalah dia ingin memukul Jisung sehingga dia rasa puas. Bangchan di tepi sudah menitiskan air mata.
"Mianhae Jisung" Kata Bangchan perlahan. Tidak lama kemudian emak tirinya berhenti memukul Jisung. Tali pinggang dihempas. Dia keluar dari bilik Jisung dan menghempas pintu bilik itu. Bangchan segera menghampiri adik tirinya itu. Dia memapah Jisung dan dibaringkan di atas katil. Air mata Jisung yang masih bersisa itu dikesat.
"Mian" Kat Bangchan. Dia menundukkan kepala memandang lantai. Jisung hanya tersenyum.
"Kenapa?" Soal Jisung. Bangchan melihat ke arah Jisung.
"Jisung tolonglah jangan senyum" Kata Bangchan. Jisung tertawa kecil mendengar rungutan Bangchan.
"Kenapa hyung minta maaf?" Soal Jisung. Dia sudah tahu kenapa Bangchan ingin meminta maaf.
"Mian sebab lambat. Mian sebab tak dapat tolong Jisung. Hyung tahu yang hyung ni adalah hyung yang paling teruk. Hyung-" Jisung terus meletakkan jarinya di bibir Bangchan. Dia tidak mahu Bangchan menyalahkan diri sendiri.
"Tak. Hyung tak salah. Takde siapa yang salah. And hyung bukanlah hyung yang paling teruk tapi hyung ialah hyung yang paling terbaik sekali" Kata Jisung. Bangchan tersenyum lemah. Dia segera merawat Jisung.
⚜tbc
Ok guys a/n update cerita ni banyak kali sebab a/n rasa sendu and a/n rasa nak nangis. Dasar. Apa bangang sangat a/n ni? Setiap kali waktu macam ni mesti rasa nak nangis. Boleh tak someone terangkan kenapa?
YOU ARE READING
[C] Fake Smile || H.J.S ✓
RandomHan Jisung. Seorang remaja yang tinggal bersama ibu tiri dan abang tirinya. Dia telah kehilangan ibunya sejak berusia 9 tahun. Hanya bapa dia sahaja. Tapi kini dia tidak lagi tinggal bersama bapanya kerana bapanya sentiasa tiada di rumah. Hari hari...