[ FS ]

889 90 16
                                    

~bbamm!!!~

Badan Jisung tercampak di jalan raya. Pemandu kereta yang melanggar Jisung terus melarikan diri kerana ketakutan. Emak tirinya dan Bangchan sudah tergamam. Kawan kawan Jisung yang datang ingin melawat Jisung terus berlari ke arah Jisung apabila melihat Jisung sedang terbaring dengan badan yang dipenuhi dengan darah. Banyaknya Jisung🌚.

"Han!!"
"Jisung!!"

Mereka semua terus meluru ke arah Jisung. Lino memangku kepala Jisung di atas ribanya. Mereka semua hanya memerhati.

"Korang tunggu apa lagi??!! Call lah ambulan bodoh!!!" Jerkah Lino. Bangchan segera menelefon ambulan.

~never ending story by stray kids. Play~

"H...hyung" Panggil Jisung. Dia rasa mungkin inilah sebabnya kenapa dia nampak Lucas. Cara kematiannya dengan Lucas sama. Tarikh kematiannya juga mungkin sama. Tangan Jisung cuba memegang muka Lino. Lino membantu Jisung meletakkan tangan Jisung ke atas mukanya.

"Han sabar ok. Kejap lagi ambulan sampai" Kata Lino sambil menitiskan air mata.

"Mi...an hyung...a...aku tak dapat....tu...naikan janji tu" Kata Jisung dengan nafas yang tersekat. Dia terasa nyawanya sedang di tarik. Lino menggelengkan kepala.

"Tak Han. Jangan cakap macam tu" Kata Lino sambil menggelengkan kepala. Dia tidak mahu kehilangan Jisung. Bangchan sudah melutut di tepi Jisung.

"H...hyung" Jisung memanggil abang tirinya itu sambil tersenyum. Dia terbatuk sedikit sehingga mengeluarkan darah.

"Jisung" Bangchan memegang tangan Jisung sambil menangis.

"Jaga...omma" Kata Jisung lemah. Nafasnya sudah tersekat sekat. Dadanya terasa sesak.

"Omma" Panggil Jisung sambil terbatuk. Emak tirinya itu segera mendekati Jisung sambil menangis. Dia sebenarnya masih sayangkan anak tirinya itu cuma selamni dia ego. Dia terlalu mengikutkan perasaan.

"Jisung tahan ye sayang. Kejap lagi ambulan sampai" Kata emak tirinya itu sambil menangis. Jisung tersenyum sambil menggeleng perlahan.

"Jisung nn...nak min...ta maaf" Kata Jisung. Suaranya semakin lama semakin perlahan. Kawan kawannya yang lain sudah menitiskan air mata. Mata Jisung tertutup.

"Han bukak mata Han. Han!!" Jerit Lino. Kawan kawannya yang lain memanggil nama Han dan memaksa Han untuk bangun.

"Jisung bangun sayang. Jangan buat omma macam ni. Omma minta maaf sayang. Omma salah" Kata emak tiri Jisung. Bangchan sudah menangis di tepi.

"Jisung jangan tinggalkan Hyung!!" Jerit Bangchan sambil menangis. Badan Jisung digoncang memaksa Jisung untuk bangun namun semuanya sia sia. Semuanya sudah terlambat.

"Han!!!!" Jerit Lino apabila melihat Jisung sudah tidak bernafas.

"Argh!!!! Kenapa ambulan tak sampai lagi?!!!" Jerit Lino sekuat hati. Yang lain hanya menangis melihat wajah Jisung yang sudah tidak bernyawa itu dengan wajahnya dipenuhi darah.

🙂🙂🙂🙂

Mereka semua memberi penghormatan kepada mendiang Jisung. Mereka bergilir gilir untuk bersujud di hadapan abu Jisung tanda penghormatan.

"Semoga kau tenang dekat sana Han" Kata kawan kawan Jisung. Air mata mereka menitis apabila teringat setiap kenangan mereka bersama. Gurauan mereka bersama. Teringat di mana Jisung yang sangat peramah dan banyak cakap serta senyuman manis dan ceria yang selalu Jissung berikan.

"Jangan lupakan aku tahu Han" Kata Felix sambil melihat gambar Jisung.

"Carilah ketenangan kau dekat sana" Kata Hyunjin.

"Kitorang mungkin akan rindu kau" Kata Changbin dan sujud sekali lagi.

"Aku harap kau dah jumpa omma appa kau" Kata Seungmin sambil tersenyum.

"Ayen sayang hyung"

"Kau mungkir janji aku Han" Bisik hati Lino. Dia terus meninggalkan upacara tersebut. Dia berjalan di sekitar bandar raya itu. Sekali lagi dia kehilangan orang yang dia sayang. Lino duduk berhadapan tasik untuk mencari ketenangan.

🙂🙂🙂🙂

Setelah pulang dari upacara Bsngchan terus masuk ke dalam bilik adik tirinya. Ommanya sudah masuk ke dalam bilik. Bangchan duduk di meja belajar Jisung. Keoala diletakkan di atas meja. Meja itu diusap perlahan seperti dia memgusap kepala Jisung.

"Lepasni hyung dah tak perlu risau pasal Jisung lagi kan? Mesti Jisung dah bahagiakan dapat jumpa appa dan omma Jisung? " Soal Bangchan seperti dia sedang bercakap dengan Jisung.

"Hyung minta maaf sebab tak dapat lindungi Jisung. Hyung sayang Jisung" Kata Bangchan sambil menitislan air mata. Dia terlampau sayangkan Jisung. Tiba tiba Bangchan ternampak empat helai surat yang ditindih dengan buku. Bangchan mengambil surat surat tersebut. Setiap satu surat mempunyai nama.

Chan hyung
Lino hyung
Omma
Stray kids member

Bangchan membuka surat yang terdapat namanya

[C] Fake Smile || H.J.S ✓Where stories live. Discover now