"Oppa, buat apa kat luar malam malam ni tak sejuk ke ?" Tzuyu menyoal prihatin. dirinya kasihan melihat Jungkook termenung jauh.
"Papa dah gila ke apa ? "
"Tzuyu sayang kamu cintakan Jungkook kan. Inilah masanya untuk kamu dapatkan Jungkook kembali takkan kamu nak tengok Jungkook bahagia dengan perempuan tu. Perempuan yang dah rampas kebahagiaan kamu. Bukan perempuan tu yang mengandungkan anak Jungkook sepatutnya kamu!!"
Lelaki separuh abad itu mengusap lembut wajah cantik anak perempuaannya yang saling tidak tumpah dengan wajah isteri kesayanggannya yang telah lama pergi meninggalkan mereka dua beranak.
Tzuyu terdiam. Memang dia cintakan Jungkook separuh mati. Memang dia ingin sangat menggantikan tempat Hara selaku isteri Jungkook dan wanita yang paling disayanginya. Memang dia ingin sangat mendapat tempat di hati Jungkook. Memang dia ingin membina sebuah keluarga bersama Jungkook. Namun untuk musnahkan semua itu demi kepentingan dirinya dan papanya dia tidak sanggup. Dia tidak sanggup melakukannya kerana baginya mencintai bukan bermaksud untuk memiliki tetapi melihat orang yang dicintai bahagia walaupun hakikatnya ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilakukan.
"Saya rindukan Hara." Jungkook menggumam lemah.
Tzuyu memandang Jungkook sayu. Dia juga sedih dan dihurung rasa bersalah apabila melihatkan keadaan Jungkook yang lemah dan tidak bermaya itu. Namun dia tidak dapat berbuat apa apa dia diugut oleh papanya sendiri.
💧💧💧
"Ara okey sayang, mama tengok dari tadi kamu duk pegang perut kamu. Sakit nak bersalin dah ke?"
"Tak taulah ma, dari siang tadi lagi sakit tapi tak teruk sangat macam sekarang ni" Ujar Hara dengan dahi yang berkerut sambil tangannya memegang perutnya.
Pn. Park terus membantu Hara untuk bangun namun tiba tiba dia merasakan cecair. Pantas Pn. Park melihat ke arah lantai.
"Hara sayang kamu nak bersalin ni, kamu tunggu sini mama call oppa kamu balik, tunggu sini tau sayang" Dengan pantas Pn.Park mendapatkan telefon bimbitnya di biliknya. Hara menunggu mamanya dengan sakit yang tidak tertahan.
Oppa mana awak, saya nak melahirkan anak kita dah ni. Awak cakap awak nak ada dengan saya nak teman saya sambut kelahiran anak pertama kita. Mana Awak
💧💧💧
"Araaaaaaaa" Jungkook meraup wajahnya. Dia mimpikan isterinya, Hara yang sedang bertarung nyawa melahirkan anaknya tetapi dia di sini bersama perempuan lain.
Setitis air mata lelakinya jatuh dan terus Jungkook teresak esak sendirian di dalam kegelapan malam.
Dia pernah berjanji akan bersama sama isterinya melahirkan anak pertama mereka kerana ini merupakan momen baharu dalam hidup mereka tetapi saat ini impian itu seakan akan mati sahaja.
Maafkan Oppa, sayang. Oppa mungkir janji.
Jungkook kembali terbaring dengan pipi yang penuh dengan air mata.
Klak!
Bunyi tombol pintu dipulas oleh seseorang. Lantas Jungkook mencelikkan kembali matanya dan memandang ke arah pintu yang terbuka.
"Tzuyu"
"Pergilah Jungkook mesti saat ini Hara lebih memerlukan awak!" Tzuyu memberikan segugus kunci kereta kepada jungkook.
"Tzuyu, tapi awak nanti macam mana dengan ayah awak saya tak nak awak kena pukul lagi!!" Jungkook memikirkan sekiranya tindakannya akan menyebabkan Tzuyu dipukul lagi oleh ayahnya.
"Awak jangan risau, pandailah saya nak uruskan ayah saya baik awak pergi cepat dekat Hara, Dia perlukan awak sekarang ini lebih dari saya perlulan awak. Now go, i will be fine!!!" Tzuyu menarik tangan Jungkook supaya bangun dari katil dan bergegas keluar dari banglo dua tingkat ini.
"Jungkook, janji dengan saya jaga Hara dan bakal anak awak baik baik jangan biarkan ayah saya dan orang orangnya dapat menyaingi langkah awak. Awak perlu 1000 kali lebih pantas dari ayah saya dan orangnya. Please promise me that you will take a good care of your family!!" Tzuyu menyuakan pinky promise dan disambut oleh Jungkook.
"I will !! " Jungkook tersenyum dan terus bergegas keluar dari banglo dua tingkat itu.
Matlamatnya sekarang ini adalah Hara dan anaknya.
Oppa datang, Sayang.
YOU ARE READING
Naughty Husband & Innocent Wife (COMPLETED)
Fanfictionmacam mana apabila seorang namja yang byuntae tahap gaban + international playboy dan seorang yeoja yang innocent tapi x terlalu innocent + lembap dipaksa kahwin Hiatus( ) On Going( ) Completed(✅)