Keadaan di situ pada waktu malam lebih sunyi berbeza dengan waktu siang. Jika siang lebih bising dengan bunyi ketawa kanak kanak yang bermain lari lari. Ada juga yang bermain bola dan beriadah. Namun pada waktu malam hanya ditemani dengan angin yang bertiup lembut. Dan mungkin bunyi pasangan yang berjalan jalan di sekitar kawasan itu.
"Hyung" Panggil Jeongin. Seungmin hanya menggumam. Dia melentokkan kepalanya di atas bahu Jeongin. Jeongin tersenyum melihat perangai Seungmin yang seperti kebudak budakkan.
"Bintang malam ni banyak. Lebih cantik kalau tengok dekat sini berbanding dekat rumah" Kata Jeongin. Seungmin hanya tersenyum.
"Apa kata hyung buat hajat lagi" Cadang Jeongin. Seungmin hanya menggeleng.
"Kenapa?" Soal Jeongin apabila melihat balasan Seungmin.
"Hyung tak rasa yang hajat hyung akan tercapai. Biar je lah. Yang penting Ayen ada dengan hyung itu dah memadai" Kata Seungmin dan terus terduduk tegak. Jeongin memegang lembut bahu Seungmin.
"Hyung. Selagi hati hyung suci pasti hajat hyung akan tercapai. Selagi hyung ikhlas semua hajat hyung akan dimakbulkan. Yakin tu penting hyung" Kata Jeongin sambil tersenyum. Walaupon dia tahu Seungmin tidak nampak senyuman itu tapi dia tetap memberi senyuman. Seungmin menunduk.
"Betul ke Ayen?" Soal Seungmin ragu. Hajat dia hanya satu iaitu dapat melihat semula. Namun dalam fikirannya hajatnya itu sukar untuk ditunaikan. Sangat mustahil. Siapa sahaja yang sanggup mendermakan mata kepadanya?
"Ya hyung. Hyung kena yakin yang hajat hyung itu akan ditunaikan" Kata Jeongin lembut. Seungmin hanya mengangguk. Dia mula membuat hajat. Jeongin juga membuat gaya seperti Seungmin iaitu merapatkan tapak tangan dan menggenggam antara satu sama lain.
"Dah" Kata Seungmin. Jeongin hanya tersenyum.
"Hyung. Walau apapon yang terjadi hyung kena jaga diri tau" Kata Jeongin. Seungmin mengerutkan dahinya.
"Kenapa?" Soal Seungmin. Jeongin tersenyum lemah.
"Ayen cakap je. Mana tahu kalau ada sesuatu berlaku pada Ayen. Sama ada baik atau buruk hyung kena jaga diri" Kata Jeongin. Seungmin memeluk Jeongin erat.
"Hyung akan jaga diri tapi Ayen janji dengan hyung yang Ayen takkan pergi mana mana" Kata Seungmin sambil memeluk Jeongin dengan lebih erat. Jeongin membalas pelukan tersebut sambil mengusap lembut bahagian belakang kepala Seungmin.
"Ayen tak janji hyung. Tapi Ayen akan cuba tunaikan" Kata Jeongin. Seungmin meletakkan kepalanya di bahu Jeongin sambil memeluk Jeongin erat. Jeongin hanya tersenyum lemah.
"Mian hyung"
💫💫💫💫
"Ayen bangun ayen" Seungmin mengejut Jeongin apabila dia merasakan yang Jeongin masih lagi terbaring di sebelahnya. Badan Jeongin bergerak sedikit.
"Ermm kenapa hyung?" Soal Jeongin mamai. Jeongin melihat ke arah jam. Baru jam 5 pagi.
"Hyung haus" Kata Seungmin. Jeongin menguap sedikit sambil menggosok mata.
"Ermm hyung tunggu sekejap. Ayen pergi ambilkan" Kata Jeongin. Seungmin hanya mengangguk.
"Jangan lama lama tau" Kata Seungmin.
"Ok"
Jeongin pon bergerak menuju ke dapur untuk mengambil air. Hampir terlelap dia ketika menuruni tangga. Cepat cepat dia menggeleng. Dia terus ke dapur untuk mengambil air.
A/n : Seungmim cuma tidur dekat atas kalau ada Jeongin je. K bye
💫💫💫💫
Ketika Jeongin sedang membawa air untuk keluar dari dapur tiba tiba dia terdengar bunyi yang kuat dari atas. Terhempas cawan yang ingin dibawa tadi. Jeongin terus berlari ke bilik Seungmin.
"Hyung!!" Jerit Jeongin apabila melihat Seungmin terbaring dengan kepala berdarah. Serpihan kaca pasu bersepah di kawasan tersebut. Jeongin terus mendapatkan Seungmin yang tidak bergerak itu. Mungkin pengsan. Jeongin segera menelefon Hyunjin. Lagipon dia tahu Hyunjin selalu tidur lambat.
"Hello"
"Hello hyung...tolong"
"Kenapa ni Ayen"
"Seungmin hyung"
"Kk...kenapa dengan Seungmin"
"Dd...dia jatuh. Hyung datang je lah. Bawak kereta sekali. Cepat hyung"
END CALL
Jeongin menghantar alamat rumah dan kata laluan rumah Seungmin.
"Hyung" Panggil Jeongin sambil menangis. Dia cuba sedaya upaya untuk mendukung Seungmin.
Sampai sahaja di bawah Hyunjin sudah masuk ke dalam. Terkejut dia melihat keadaan Seungmin.
"Kenapa dengan Seungmin?" Soal Hyunjin. Jeongin sudah menangis.
"Takde masa nak cerita. Cepat bawa hyung pergi hospital" Kata Jeongin sambil menangis. Hyunjin mengangguk dan membantu Jeongin mengangkat Seungmin untuk dibawa ke keretanya
TBC
YOU ARE READING
[C]Blind Star || (SEUNGMIN X JEONGIN) ✓
Sonstiges"Hyung harap hyung boleh melihat semula" "Kalau Ayen dah takde hyung boleh jaga diri kan?" Kim Seungmin. Seorang remaja yang buta sejak berumur 15 tahun kerana kemalangan. Ibu bapanya sudah meninggal akibat kemalangan tersebut. Jeongin atau dipang...