"Hyung bangun!!!" Jerit Jeongin nyaring. Seungmin yang terdengar jeritan itu terus menutup telinga.
"Ayen jangan jeritlah. Hyung penat ni" Kata Seungmin dan terus menarik selimut menutup seluruh tubuhnya. Jeongin menarik selimut itu. Dia menarik badan Seungmin memaksa Seungmin bangun. Seungmin hanya pasrah. Jeongin terus menolak Seungmin ke bilik mandi.
"Ayen sabar hyung tak ingat langkah" Kata Seungmin.
"Ala takpe hyung dah sampai depan bilik mandi. Tinggal masuk je" Kata Jeongin. Dia terus menuju ke katil Seungmin untuk dikemaskan. Seungmin hanya mengeluh. Pelik dengan perangai Jeongin pagi ni. Tanpa menunggu masa Seungmin terus masuk ke dalam bilik mandi sambil meraba raba dinding. Jeongin hanya tersenyum lemah melihat cara Seungmin berjalan. Terpaksa berpaut pada sesuatu atau mungkin dia akan jatuh. Terdetik rasa kesian di hati Jeongin namun dia tidak mampu melakukan apa apa. Hanya berdoa sahaja yang semuanya akan kembali seperti sedia kala.
💫💫💫💫
"Kita nak pergi mana ni Ayen?" Soal Seungmin takut. Daripada tadi Jeongin menarik dirinya ke sana dan ke mari tanpa dia mengetahui arahnya.
"Ayen nak bawa hyung ke suatu tempat" Kata Jeongin. Seungmin hanya diam dan terus mengikuti langkah Jeongin. Nasib baik dia dapat hafal selok belok jalan yang dilaluinya tadi. Mungkin lepasni jika dia sudah dapat melihat bolehlah dia datang ke tempat itu.
"Ok kita dah sampai. Hyung duduk dulu" Kata Jeongin. Seungmin hanya menurut perintah tanpa sebarang arahan. Sudahlah dia tidak tahu keberadaannya di mana. Jika sesat habislah dia.
"Hyung tunggu sini. Ayen nak pergi beli sesuatu" Kata Jeongin. Seungmin hanya mengangguk. Jeongin terus melangkah menjauhi Seungmin. Sedang Seungmin duduk tiba tiba seseorang menegurnya.
"Seungmin" Tegur seseorang. Seungmin mengerutkan dahinya apabila suara itu seakan pernah di dengari. Makin berkerut dahinya apabila tidak dapat mengenal pasti pemilik suara tersebut.
"Eh Seungmin. Jangan banyak fikir sangat. Nanti kau sakit" Kata si dia. Seungmin masih lagi mengerutkan dahinya.
"Kau siapa?" Soal Seungmin. Si dia hanya tersenyum.
"Ni aku lah. Hyunjin" Kata si dia yang bernama Hyunjin.
"Hyunjin?" Soal Seungmin. Hyunjin hanya mengangguk dan terus memeluk Seungmin.
"Seungmin aku rindu kau" Kata Hyunjin. Seungmin ingin membalas tetapi pergerakannya terhenti. Dia terus menolak Hyunjin.
"Seungmin kenapa ni? Kau tak rindu aku ke?" Soal Hyunjin. Seungmin hanya menunduk.
"Pergi Hyunjin. Kka" Kata Seungmin perlahan. Sebak rasanya apabila menghalau rakannya sendiri. Tapi dia terpaksa.
"Wae?? Apa salah aku? Aku rindukan kau Seungmin. Yang lain pon rindukan kau" Kata Hyunjin. Seungmin menggeleng.
"Kka Hyunjin. Omma kau akan marah kalau dia tahu kau jumpa aku. Kka!!" Jerit Seungmin. Dia tidak mahu Hyunjin dimarah oleh ommanya hanya kerana dirinya. Hyunjin menggeleng.
"Tak aku taknak pergi. Aku taknak kehilangan kau lagi" Kata Hyunjin dan terus memeluk Seungmin dengan erat. Seungmin meronta minta ingin dilepaskan namun Hyunjin mengetatkan lagi pelukan tersebut.
"Aku rindu kau Seungmin" Kata Hyunjin. Seungmin hanya menangis. Tipulah kalau dia tidak merindukan rakannya itu. Rindu. Terlampau rindu. Sudah bertahun mereka tidak bersua muka. Sudah bertahun juga Seungmin tidak mendengar suara mereka. Jeongin dari jauh hanya tersenyum melihat perkara yang berlaku. Semua ini adalah cadangannya. Sebagai langkah berjaga jaga. Dia tidak mahu Seungmin keseorangan dan kesunyian lagi. Mungkin lepas ini dia tidak perlu risau tentang Seungmin jika dia tiada. Tidak lama kemudian Jeongin mendekati mereka. Jeongin hanya tersenyum. Hyunjin membalas senyuman Jeongin.
"Hyung" Panggil Jeongin. Seungmin cuba mencari suara tersebut. Jeongin mengambil tempat di sebelah Seungmin. Dia memegang lembut tangan Seungmin.
"Jeongin hyung nak balik" Kata Seungmin. Hyunjin yang mendengar ayat itu terus menunduk. Adakah Seungmin tidak mahu berjumpa dengan dirinya? Persoalan itu hanya bermain di fikirannya. Tidak terfikir untuk bertanya.
"Hyung. Kan hyung boleh jumpa Hyunjin hyung. Hyung tak rindu dia ke?" Soal Jeongin. Seungmin hanya menunduk.
"Ani hyung- hyung nak balik. Kalau Jeongin taknak hyung balik suruh Hyunjin balik" Kata Seungmin. Hyunjin memandang ke arah Seungmin lemah.
"Hyung-"
"Takpelah Ayen. Biar hyung balik" Kata Hyunjin dan terus berdiri. Dia memeluk Seungmin sebelum pulang.
"Aku akan jumpa kau lagi" Kata Hyunjin. Seungmin hanya diam. Dia langsung tidak membalas pelukan Hyunjin itu. Hyunjin terus berlalu menjauhi Seungmin dan Jeongin.
"Hyung. Kenapa hyung cakap macam tu?" Soal Jeongin. Seungmin diam. Perlahan lahan air matanys menitis.
"Hyung terpaksa Ayen. Hyung taknak Hyunjin kena marah. Hyung-" Jeongin terus meletakkan jarinya di mulut Seungmin.
"Takpelah hyung. Benda dah jadi kita tak boleh buat apa" Kata Jeongin. Seungmin hanya diam dan masih menunduk.
"Hyung kita duduk sini boleh?" Soal Jeongin.
"Untuk apa" Soal Seungmin kembali.
"Ayen nak tengok bintang dekat sini malam nanti" Kata Jeongin. Seungmin hanya mengangguk. Dia tidak kisah apa yang Jeongin mahu lakukan yang penting Jeongin sentiasa berada di sisinya.
TBC
YOU ARE READING
[C]Blind Star || (SEUNGMIN X JEONGIN) ✓
Casuale"Hyung harap hyung boleh melihat semula" "Kalau Ayen dah takde hyung boleh jaga diri kan?" Kim Seungmin. Seorang remaja yang buta sejak berumur 15 tahun kerana kemalangan. Ibu bapanya sudah meninggal akibat kemalangan tersebut. Jeongin atau dipang...