BS#3

342 53 0
                                    

"Hyung bintang malam ni cerah lah...cantik" Kata Jeongin teruja. Seungmin hanya tersenyum. Lagipon bukannya dia nampak. Jeongin bermalam di sini kerana petang tadi dia sudah balik ke rumah dan meminta izin ommanya untuk tidur di rumah Seungmin.

"Hyung ada tahi bintanglah" Kata Jeongin sambil melompat. Seungmin hanya tersenyum.

"Hyung buatlah hajat" Kata Jeongin.

"Boleh ke?" Soal Seungmin. Jeongin mengangguk.

"Mestilah boleh. Semua orang boleh buat hajat" Kata Jeongin. Seungmin mengangguk. Dia merapatkan kedua belah tangannya sambil membuat hajat. Jeongin hanya tersenyum melihat perbuatan Seungmin. Jeongin juga membuat hajat sambil tersenyum pahit.

"Dah. Hyung dah buat hajat" Kata Seungmin. Jeongin tersenyum.

"Apa hajat hyung?" Soal Jeongin. Seungmin tersenyum.

"Hajat hyung ialah hyung nak melihat dunia ni kembali. Hyung nak tengok Ayen" Kata Seungmin sambil tersenyum. Hajatnya sama seperti Jeongin cuma bezanya Seungmin berhajat untuk diri sendiri tapi Jeongin berhahat untuk Seungmin.

"Hyung" Panggil Jeongin. Seungmin hanya menggumam.

"Kalau Ayen dah takde nanti hyung boleh jaga diri kan?" Soal Jeongin perlahan. Seungmin mengerutkan dahinya.

"Apa Ayen mengarut ni? Hyung tak faham lah" Kata Seungmin. Jeongin tersenyum.

"Tak pe lah hyung. Nanti hyung akan tahu. Jomlah hyung kita masuk tidur" Ajak Jeongin. Dia rasa Seungmin pasti tidak boleh terima jika dia pergi. Dia risau adakah Seungmin akan baik baik sahaja? Dan mungkin jika sesuatu berlaku padanya dia akan mendermakan matanya kepada Seungmin.

💫💫💫💫

Jeongin mengusap belakang Seungmin sehinggalah Seungmin tertidur. Perlahan lahan Jeongin bangun. Pintu sliding balkoni itu dibuka. Dia memandang bintang yang masih lagi bersinar terang di langit bersama bulan.

"Mian hyung. Ayen tak janji yang hyung boleh lihat Ayen atau tak. Tapi Ayen janji yang hyung boleh melihat dunia lepas ni" Kata Jeongin sendirian sambil tersenyum. Dia memeluk tubuh melihat bintang di langit.

💫💫💫💫

"Hyung harini Ayen boleh teman hyung sarapan je. Petang Ayen hantar makanan. Malam Ayen datang lagi" Kata Jeongin sambil menghidangkan sarapan.

"Tak pelah... Ayen tak perlu datang. Hantar makanan je dah ok" Kata Seungmin.

"Mana boleh. Nanti hyung bosan macam mana?" Soal Jeongin. Seungmin hanya tersenyum. Kalau Jeongin cakap macam tu jadi dia kena ikut atau mungkin Jeongin akan merajuk. Seungmin terus makan sarapan yang telah dihidangkan oleh Jeongin.

Setelah selesai makan Jeongin membasuh pinggan mangkuk yang digunakan. Setelah selesai dia meminta diri untuk pulang. Seungmin bergerak ke ruang tamu. Lama dia termenung. Tiba tiba dia teringat kata kata Jeongin.

"Kalau Ayen dah takde nanti hyung boleh jaga diri kan?" Tiba tiba air mata Seungmin menitis.

"Ayen nak tinggalkan hyung ke?" Soal Seungmin sendirian. Dia tidak sanggup kehilangan orang yang dia sayang. Jeongin sudah banyak bantu dia. Hanya dia sahaja yang Seungmin ada.

"Jangan tinggalkan hyung Ayen. Hyung dah takde sesiapa dekat dunia ni" Kata Seungmin sendirian. Lutut di peluk dengan erat. Kepalanya dibenamkan. Sudah lama dia tidak menangis sejak kehadiran Jeongin. Hanya Jeongin sahaja yang selalu bagi kata semangat untuk dia teruskan hidup.

"Ayen janji akan jaga hyung. Ayen takkan tinggalkan hyung. Ayen sayang hyung sampai bila bila. Ayen janji yang kita takkan berpisah melainkan maut"

Seungmin masih ingat kata kata Jeongin ketika Jeongin melawatnya dihospital. Janji itu buatkan dia berharap. Berharap yang janji itu akan ditunaikan.

"Hyung takut Ayen. Hyung takut Ayen tinggalkan hyung macam omma appa tinggalkan hyung" Kata Seungmin dan menangis tanpa henti. Dia betul betul takut. Dia sudah tiada sesiapa lagi di dunia ini. Makcik dan pakcik dia semua tidak mahu jaga dia. Ada yang memberi alasan tidak mampu kerana anak ramai dan ada jugak yang memberi alasan bahawa Seungmin adalah pembawa nasib malang. Kawan? Sejak kemalangan itu kawan kawannya tidak dibenarkan untuk berkawan dengannya. Ibu bapa mereka semua menghalang mereka dari berkawan dengan Seungmin. Katanya tidak mahu mereka terkena malang sekali. Hanya Jeongin sahaja yang sanggup menjaganya.

"Hyung sayang Ayen" Kata Seungmin sambil menangis. Hanya itu sahaja cara dia meluahkan segala yang terpendam.

TBC

[C]Blind Star || (SEUNGMIN X JEONGIN) ✓Where stories live. Discover now