"Arghhh!!!" Jerit Seungmin akibat termimpi tentang rakan baiknya iaitu Jeongin . Dia terus terduduk dan meracau. Kawan kawannya yang baru sahaja balik dari cafe hospital terus berlari ke arah Seungmin. Felix dan Han memegang Seungmin.
"Seungmin kenapa ni?" Soal Lino dengan cemas.
"Ayen!!!!" Jerit Seungmin sambil meracau. Masing masing menjadi cemas.
"Hyunjin call Jeongin cepat. Biar hyung panggil doktor" Kata Bangchan dan berlalu pergi tanpa menunggu balasan Hyunjin. Hyunjin mengangguk. Dia keluar dari wad Seungmin untuk menelfon Jeongin.
"Sabar Seungmin. Jangan macam ni" Kata Changbin. Doktor telah sampai di wad Seungmin. Ubat tidur diberikan kepada Seungmin.
"AKU Nak ayen" Seungmin yang tadinya agresif terus terasa lemah akibat ubat tersebut. Han dan Felix membaringkan Seungmin semula secara perlahan lahan. Hyunjin masuk ke dalam wad Seungmin.
"Kenapa dengan kawan kami doktor?" Soal Bangchan selaku ketua. Doktor tersebut hanya tersenyum.
"Jangan risau. Dia cuma terlampau banyak berfikir. Dan mungkin perkara tu terbawa bawa dalam mimpi dia. Takpe sekarang ni biarlah dia berehat. Ubat yang saya bagi ni akan memberi dia tidur lebih lama sedikit. Dan mungkin Seungmin akan ditahan di hospital dalam beberapa hari untuk rawatan lebih lanjut" Terang doktor tersebut. Yang lain mengeluh tidak pasti sama ada lega atau sebaliknya.
"Baiklah. Terima kasih doktor" Kata mereka semua sambil membongkok tanda hormat. Doktor tersebut mengangguk sambil tersenyum dan terus berlalu pergi. Hyunjin mengusap kepala Seungmin perlahan.
"Ayen cakap apa?" Soal Bangchan. Hyunjin tersenyum.
"Dia cakap yang dia akan sampai tak lama lagi" Kata Hyunjin lalu duduk di tepi Seungmin. Tangan Seungmin digenggam. Yang lain memandang simpati terhadap Seungmin.
"Cepat sikit sembuh Seungmin. Kitorang tak sanggup nak tengok kau terus macam ni" Hyunjin berbisik di tepi telinga Seungmin. Dia kembali menegakkan badan. Dia menunduk lalu mendekatkan tangan Seungmin dengan pipinya.
"Apa yang buat kau jadi macam ni Seungmin?" Soal Hyunjin perlahan. Suasana di wad tersebut sunyi. Dapatlah mereka dengar suara esakkan(?)dari Hyunjin. Yang lain juga hampir menitiskan air mata tetapi mereka berpura pura kuat. Bangchan mendekati Hyunjin. Bahu Hyunjin ditepuk perlahan.
"Sudah lah tu Hyunjin. Biarkan Seungmin berehat. Jomlah kita keluar" Ajak Bangchan. Hyunjin mengangguk lalu bangun sambil mengelap air matanya. Yang lain tersenyum dan keluar bersama.
"Doktor!!! Ada kemalangan berlaku!!" Jerit seorang jururawat. Semua ahli hospital bergegas ke arah tempat kejadian lalu mengusung katil yang membawa mangsa tersebut. Kawan kawan Seungmin memandang satu sama lain.
💫💫💫💫
Seungmin terjaga dari lena. Mata dikelipkan berkali kali. Dia memggosok matanya berkali kali. Tapak tangannya dilihat.
"Ak...aku dah boleh melihat?" Soal Seungmin pada dirinya sendiri. Pintu wad Seungmin dibuka.
"Seungmin kau dah sedar?" Soal Felix sambil tersenyum. Seungmin membalas senyuman tersebut. Hyunjin berlari ke arah Seungmin lalu dipeluk badan Seungmin.
"Syukur kau dah ok Seungmin" Hyunijin menteratkan lagi pelukan tersebut. Mereka semua memeluk Seungmin. Penglihatan Seungmin masih lagi samar samar kerana dia belum dapat menyesuaikan diri dengan mata baharunya itu.
"Mana Ayen?" Soal Seungmin teruja selepas mereka melepaskan pelukan. Namun soalan Seungmin dibiarkan tergantung. Seungmin berasa hairan.
"Korang aku tanya ni. Mana Ayen?" Soal Seungmin sekali lagi namun tetap tiada balasan. Seungmin memandang mereka lama.
"Kenapa korang pakai pakaian hitam?" Soal Seungmin. Yang lain hanya menunduk.
"Aku tanya ni korang" Kata Seungmin. Hyunjin memberanikan diri untuk mendekati Seungmin.
"Seungmin aku harap kau bersabar" Kata Hyunjin dengan lembut. Seungmin berasa tidak berpuas hati dan terus menjerit.
"AKU TANYA MA-" tidak sempat Seungmin ingin menghabiskan ayatnya Hyunjin terus memintas.
"DIA DAH TAKDE!!!" Jerit Hyunjin. Seungmin terkedu. Perlahan lahan air matanya jatuh.
"Tt...tak kk...kau tipu kan?" Seungmin tidak mempercayai kata kata Hyunjin. Hyunjin terus memeluk Seungmin dengan erat. Meronta ronta Seungmin minta dilepaskan.
"Aku harap kau bersabar Seungmin. Kitorang pon sedih juga" Kata Hyunjin.
"Arghh!!!!" Jerit Seungmin dan terus menolak Hyunjin.
"Korang tak faham apa yang aku rasa" Kata Seungmin sambil mencabut jarum air yang berada di tangannya. Dia terus berlari keluar sambil memaut pada dinding. Semua kawan kawannya ditolak ketepi.
"Seungmin sabar!!" Jerit mereka. Mereka semua terus mengejar Seungmin yang ingin masuk ke dalam lift tetapi tidak sempat. Akhirnya mereka membiarkan Seungmin pergi. Pasti perit kehilangan orang yang disayangi. Mereka juga terasa dengan kehilangan insan yang mereka sayangi namun mereka terpaksa lepaskan.
TBC
YOU ARE READING
[C]Blind Star || (SEUNGMIN X JEONGIN) ✓
Acak"Hyung harap hyung boleh melihat semula" "Kalau Ayen dah takde hyung boleh jaga diri kan?" Kim Seungmin. Seorang remaja yang buta sejak berumur 15 tahun kerana kemalangan. Ibu bapanya sudah meninggal akibat kemalangan tersebut. Jeongin atau dipang...