Seungmin sedang duduk di ruang tamu menunggu kehadiran Jeongin. Lagipon biliknya berada di bawah jadi mudah untuk dia bergerak. Dia juga sudah menghafal langkah dengan bantuan Jeongin. Walaupon begitu dia masih lagi tidak selesa. Dia ingin melihat dunia kembali. Wajah Jeongin juga dia ingat ingat lupa. Semuanya samar ii. Sedang dia termenung tiba tiba loceng rumahnya berbunyi. Seungmin hanya tersenyum. Dia tahu itu pasti Jeongin. Lagipon Jeongin tahu kod rumahnya jadi dia tidak kisah.
"Hyung!!" Panggil Jeongin teruja. Seungmin hanya tersenyum. Itu sahaja yang dia mampu. Kedudukan Jeongin pon dia tidak tahu di mana.
"Ayen bawak something untuk hyung" Kata Jeongin. Seungmin cuba mencari keberadaan Jeongin.
"Bawak apa?" Soal Seungmin. Jeongin hanya tersenyum melihat Seungmin yang sedang mencari keberadaan dirinya. Dia mendekati Seungmin dan duduk di sebelah Seungmin.
"Cuba hyung teka" Arah Jeongin. Seungmin mengerutkan dahi. Dia memgang barang yang dibawa oleh Jeongin.
"Makanan?" Soal Seungmin sambil mengerutkan dahi. Dia dapat rasakan barang yang dipegangnya itu panas. Sudah pasti makanan yang baru sahaja di masak.
"Iyelah...kan Ayen selalu bawak makanan datang sini. Tapi cuba hyung teka Ayen bawak apa harini?" Soal Jeongin. Seungmin mengerutkan dahinya. Dia mengangkat bahu.
"Tak tahu" Kata Seungmin perlahan. Jeongin hanya tersenyum.
"Makanan kegemaran hyung" Kata Jeongin sambil tersenyum. Seungmin mengerutkan dahi.
"Telur goreng?" Soal Seungmin. Jeongin mengangguk.
"Ayen ada bawa nasi sekali" Kata Jeongin. Seungmin memuncungkan bibirnya.
"Kata something. Tapi ni dah biasa" Kata Seungmin pura pura merajuk. Jeongin hanya tergelak.
"Ayen ada bawak something special untuk hyung tapi tu nanti sebab omma suruh hyung makan nasi dulu" Kata Jeongin lembut. Seungmin hanya mengangguk. Jeongin segera meminta diri untuk ke dapur. Dia ingin menghidangkan makanan yang di bawa tadi supaya Seungmin boleh makan.
💫💫💫💫
Akhirnya mereka selesai makan. Jeongin membasuh pinggan yang sudah dipakai. Seungmin hanya termenung. Dia berasa serba salah dengan Jeongin. Sudahlah dia tuan rumah. Sepatutnya tuan rumah yang patut lakukan semua itu. Tetapi setiap kali dia ingin buat kerja rumah pasti akan dihalang oleh Jeongin walaupon dia hanya ingin membuang sampah. Jadi di dalam rumah itu dia hanya mampu makan,minum,mandi dan tidur. Kadang kadang Seungmin mengeluh. Walaupon orang selalu kata jangan mengeluh ketika di uji tuhan tapi adakah waktu seperti ini dia masih lagi boleh ketawa seperti tiada apa apa berlaku?
"Hyung" Panggilan Jeongin menyentakkan lamunan Seungmin.
"Ya Ayen. Kenapa?" Soal Seungmin. Jeongin tersenyum. Dia mendekati peti sejuk yang berada di belakang Seungmin. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam peti sejuk.
"Tadi Ayen ada cakap yang Ayen ada bawak something special kan?" Soal Jeongin. Seungmin hanya mengangguk. Jeongin meletakkan barang yang dikeluarkan dari dalam peti sejuk itu dihadapan Seungmin.
"Hyung cuba teka apa tu" Arah Jeongin.
"Hyung malaslah nak teka...Ayen bagitahu je lah" Rungut Seungmin. Daripada tadi dia perlu meneka apa yang Jeongin bawa. Jeongin yang mendengar rungutan itu hanya ketawa.
"Hyung cubalah teka" Jeongin cuba memujuk Seungmin. Akhirnya Seungmin pasrah. Dia hanya mengikut kehendak Jeongin. Barang yang berada di depannya itu dipegang.
"Kotak?" Soal Seungmin sambil mengerutkan dahinya. Adakah ini yang special yang dikatakan oleh Jeongin? Jeongin yang mendengar soalan Seungmin menepuk dahi.
"Bukanlah Hyung. Ok Ayen bagi clue. Buah kegemaran hyung" Kata Jeongin.
"Orange?" Soal Seungmin. Jeongin menggeleng.
"Tak"
"Habistu...strawberry?" Soal Seungmin lagi. Jeongin tersenyum.
"Sikit lagi" Kata Jeongin.
"Kek...strawberry?" Soal Seungmin ingin kepastian. Jeongin sudah menepuk tangan.
"Yeay betul!!! Pandailah hyung" Kata Jeongin sambil menepuk tangan. Seungmin hanya tersenyum. Tapi tak lama sebab lepastu senyumannya mati.
"Ayen beli ke?" Soal Seungmin. Jeongin yang tadinya sedang bergembira terus berhenti.
"Haah...Ayen beli masa nak datang sini" Kata Jeongin sambil memandang wajah Seungmin.
"Berapa harga kek tu? Biar hyung ganti balik duit Ayen"
"Ani kwencanha...hyung simpan je duit tu. Lagipon kek ni omma yang suruh beli" Kata Jeongin. Dia melihat wajah Seungmin yang penuh dengan rasa bersalah.
"Cakap dekat omma Ayen yang hyung cakap mian sebab susahkan dia" Kata Seungmin. Jeongin hanya tersenyum.
"Ok lah hyung jom kita makan kek ni nanti tak sedap. Hyung mesti dah tak sabar nak makan kan?" Soal Jeongin girang. Seungmin hanya tersenyum.
TBC
Sad story again...hmm hidup a/n sendu sangat😪
Ngada nak tag😂
leefelixyongbok
YOU ARE READING
[C]Blind Star || (SEUNGMIN X JEONGIN) ✓
De Todo"Hyung harap hyung boleh melihat semula" "Kalau Ayen dah takde hyung boleh jaga diri kan?" Kim Seungmin. Seorang remaja yang buta sejak berumur 15 tahun kerana kemalangan. Ibu bapanya sudah meninggal akibat kemalangan tersebut. Jeongin atau dipang...