Seungmin pov∆
Aku membuka mata namun semuanya putih. Aku dah boleh melihat ke? Aku terus memandang sekeliling tapi kenapa tiada sesiapa?
"Ayen!!" Jerit aku tetapi tiada sahutan. Aku menjerit nama semua orang termasuk kawan kawan aku tapi tetap tiada yang menyahut panggilanku. Aku berlari tanpa henti. Berlari untuk mencari jalan keluar.
Sedang aku berlari tiba tiba kakiku seperti tidak boleh bergerak. Aku berhenti di sebuah kawasan yang penuh dengan memori aku. Tempat ini dipenuhi dengan bayangan kisah silam aku. Bayangan ketika aku bermain dengan rakan rakan aku.
"Ayen" Panggilku apabila terlihat wajah Jeongin. Aku rindukan wajah ni. Aku rindukan senyuman ni. Aku rindukan rakan rakanku yang lain juga.
Tiba tiba muncul bayangan ketika aku bersama dengan keluargaku. Semuanya bahagia. Dan akhir sekali muncul bayangan ketika aku kemalangan. Ianya bukan salah diri aku. Semuanya kerana brek kereta rosak ketika perjalanan sudah jauh. Aku terus menangis apabila melihat wajah omma dan appa. Aku rindukan mereka. Tiba tiba bayangan itu hilang. Kaki aku sudah boleh bergerak seperti tadi.
Aku hanya berjalan. Sedang aku berjalan aku terjumpa sebuah pintu. Aku ternampak bayangan omma dan appa masuk ke dalam pintu itu.
"Omma!! Appa!!" Jerit aku. Mereka berpaling memandang wajahku sambil tersenyum. Aku terus mendekati mereka.
"Seungmin buat apa dekat sini?" Soal appa.
"Min tak tahu apa Min buat dekat sini. Min tak tahu macam mana boleh sampai sini" Kata aku sambil menggelengkan kepala. Omma tersenyum dan mengusap kepalaku lembut.
"Bangun lah sayang. Ini bukan tempat untuk Min" Kata omma. Aku tidak faham apa maksud omma. Tapi aku diamkan sahaja.
"Tapi Min nak ikut omma dengan appa" Kata aku perlahan. Mereka hanya tersenyum.
"Belum tiba masanya lagi Min. Perjalanan kamu masih panjang" Kata appa. Mereka terus meninggalkan aku.
"Omma appa!!!!"
End pov∆
"Omma appa!!!!" Jerit Seungmin dan terus terbangun. Namun pandangannya masih lagi gelap.
"Hh...hyung dah sedar?" Soal Jeongin terkejut. Dia terus tersenyum.
"Biar aku panggil doktor" Kata Hyunjin. Jeongin hanya mengangguk. Dia terus memeluk Seungmin. Seungmin membalas pelukan Jeongin.
"Syukurlah hyung dah sedar" Kata Jeongin. Dia melepaskan pelukan tersebut.
"Hyung ada sakit dekat mana mana tak?" Soal Jeongin. Seungmin hanya diam. Dia memegang kepalanya yang berbalut.
"Kenapa kepala hyung berbalut?" Soal Seungmin. Jeongin memandang Seungmun lama.
"Hyung tak ingat ke?" Soal Jeongin. Seungmin menggelengkan kepala. Dia cuba mengingat apa yang terjadi. Berkerut dahinya apabila tidak dapat mengingat apa yang terjadi.
"Ok hyung. Tak perlu ingat. Nanti lagi sakit" Kata Jeongin. Doktor yang dipanggil Hyunjin terus masuk. Jeongin menunggu di luar bersama Hyunjin sementara menunggu doktor check keadaan Seungmin.
💫💫💫💫
"
Seungmin kau ok?" Soal Hyunjin lembut. Seungmin hanya mengangguk. Hyunjin memandang Seungmin sayu. Hyunjin menyuruh Jeongin meninggalkan mereka berdua. Jeongin hanya mengangguk.
"Seungmin. Sampai bila kau nak layan kitorang macam ni?" Soal Hyunjin. Seungmin hanya diam. Hyunjin mengeluh perlahan.
"Kejap lagi diorang datang" Kata Hyunjin dan terus duduk di sofa wad Seungmin. Biasalah wad sendirian.
"Apa maksud kau?" Soal Seungmin sambil mengerutkan dahi.
"Siapa datang?" Soal Seungmin. Hyunjin hanya tersenyum.
"Kawan kawan kita yang lain" Kata Hyunjin. Seungmin hanya diam.
"Tak perlu. Baliklah Hyunjin" Kata Seungmin. Hyunjin mendekati Seungmin.
"Tak. Kalau semalam mungkin kau boleh halang aku. Mungkin semalam kau boleh suruh aku pergi tapi harini aku takkan pergi. Biarlah aku jaga kau harini. Tak bukan aku tapi kitorang. Yang lain pon akan jaga kau" Kata Hyunjin. Seungmin menggelengkan kepala.
"Tak Hyujin. Baliklah. Aku taknak omma kau-"
"Takkan Seungmin. Aku takkan balik. Tolonglah bagi kitorang tebus balik. Bagi kitorang jaga kau. Kitorang nak tebus balik masa kau kemalangan dulu. Tolong Seungmin" Kata Hyunjin seperti merayu. Dia memegang tangan Seungmin lembut. Seungmin hanya menunduk. Dia terus memeluk Hyunjin.
"Gomawo" Kata Seungmin sambil menangis. Hyunjin hanya tersenyum sambil mengusap belakang badan Seungmin.
~bbamm!!~
Pintu wad Seungmin dihempas. Mereka terus menyerbu wad Seungmin. Badan Seungmin dipeluk secara beramai ramai sehingga Seungmin terbaring. Jeongin dari belakang hanya tersenyum.
Hyunjin yang melihat Jeongin segera menarik Jeongin untuk menyertai mereka. Akhirnya Seungmin ketawa semula. Mereka ketawa bersama sama. Sudah lama tidak bersama seperti ini.
TBC
YOU ARE READING
[C]Blind Star || (SEUNGMIN X JEONGIN) ✓
Random"Hyung harap hyung boleh melihat semula" "Kalau Ayen dah takde hyung boleh jaga diri kan?" Kim Seungmin. Seorang remaja yang buta sejak berumur 15 tahun kerana kemalangan. Ibu bapanya sudah meninggal akibat kemalangan tersebut. Jeongin atau dipang...