BS#2

405 57 2
                                    

Seungmin dan Jeongin sedang duduk di halaman rumah. Hari sudahpon lewat malam tetapi Jeongin masih di rumah Seungmin. Katanya dia akan bermalam di rumah Seungmin. Jeongin duduk di sebelah Seungmin. Seungmin pula meletakkan kepalanya di atas bahu Jeongin.

"Hyung" Panggil Jeongin. Seungmin hanya menggumam.

"Apa impian hyung?" Soal Jeongin. Seungmin mengangkat kepala dan cuba untuk memandang ke arah Jeongin.

"Impian hyung?" Soal Seungmin ingin kepastian. Jeongin mengangguk mengiyakan soalan Seungmin.

"Hyung harap hyung boleh melihat semula" Kata Seungmin perlahan. Jeongin hanya tersenyum nipis.

"Apa yang hyung nak buat kalau hyung dah boleh melihat semula?" Soal Jeongin. Seungmin tersenyum.

"Hyung nak tengok Ayen" Kata Seungmin dan meletakkan kepalanya di atas bahu Jeongin semula.

"Ayen pula?" Soal Seungmin.

"Ha?"

"Apa impian Ayen? Hyung nak tahu jugak" Kata Seungmin. Jeongin tersenyum. Dia memandang langit melihat bintang bintang yang berkelipan di malam itu.

"Ayen nak jadi bintang yang paling besar dan bersinar" Kata Jeongin. Seungmin mengerutkan dahinya. Kepalanya terus diangkat untuk memandang Jeongin.

"Kenapa pula?" Soal Seungmin. Jeongin hanya tersenyum walaupon dia tahu Seungmin tidak akan nampak senyuman itu. Dia membiarkan soalan Seungmin tidak terjawab.

"Kalau satu hari nanti Ayen dah takde hyung tengoklah bintang dekat atas tu. Cari bintang yang paling besar dan bersinar" Kata Jeongin lembut. Jeongin menarik semula kepala Seungmin untuk diletakkan di atas bahunya. Seungmin terus memeluk Jeongin dengan erat.

"Ayen nak tinggalkan hyung ke?" Soal Seungmin. Jeongin hanya diam. Dia tidak pasti sama ada keputusannya itu betul atau tidak. Dia berharap sangat Seungmin dapat melihat semula. Tapi dia tidak pasti bagaimana caranya. Akhirnya malam itu sunyi disebabkan jawapan Jeongin. Seungmin hanya termenung memikirkan kata kata Jeongin.

💫💫💫💫

"Hyung" Jeongin terus menterjah bilik Seungmin. Seungmin yang baru sahaja selesai memakai baju terkejut.

"Ehe mian" Kata Jeongin sambil tersengih. Seungmin hanya tersenyum. Jika dia boleh melihat pasti dia akan kata Jeongin kelihatan comel.

"Kenapa?" Soal Seungmin. Jeongin membantu Seungmin untuk duduk di ruang tamu. Jeongin terus dudukkan Seungmin di sofa yang terdapat di ruang tamu itu.

"Ayen ada belajar something" Kata Jeongin. Seungmin mengerutkan dahinya dan kemudian terus tersenyum.

"Ayen ni dari semalam something je...hah cepat apa yang something tu" Kata Seungmin. Jeongin hanya tergelak mendengar bebelan Seungmin.

"Ayen belajar tulisan untuk orang yang tak boleh melihat" Kata Jeongin.

"Ok so?" Soal Seungmin. Dia tidak faham kenapa Jeongin belajar tulisan tu semua.

"Ayen ada tulis sesuatu. Hyung baca lah" Kata Jeongin. Seungmin tersenyum.

"Ada ada je lah Ayen ni" Kata Seungmin. Jeongin hanya tersengih. Seungmin terus membaca setiap huruf yang menggunakan simbol buta di atas kertas itu. Dia tersenyum. Tulisan itu membentuk perkatan "i love you".

" Macam mana? Ok tak?" Soal Jeongin. Seungmin tersenyum dan menganggukkan kepala.

"Tapi kenapa Ayen belajar tulisan ni?" Soal Seungmin. Jeongin tersenyum. Kertas ditangan Seungmin di ambil.

"Supaya senang kalau Ayen nak tulis surat untuk hyung boleh pakai tulisan ni" Kata Jeongin. Seungmin tergelak.

"Ayen sekarang ni zaman dah moden lah. Phone untuk orang buta pon ada" Kata Seungmin. Jeongin tersenyum. Akhirnya dia berjaya buat Seungmin ketawa walaupon sekejap.

"Tak pelah...mana tahu kalau hyung nak bagitahu sesuatu yang rahsia dekat Ayen...tak pon Ayen nak bagitahu sesuatu dekat hyung boleh lah Ayen guna tulisan ni. Nanti kita berdua je yang tahu" Kata Jeongin sambil menyambung belajar tentang tulisan tulisan itu. Seungmin hanya tersenyum sambil menggeleng.

"Hyung lapar tak? Kalau lapar Ayen boleh masak. Ayen pon tak makan lagi" Kata Jeongin smabil memandang Seungmin.

"Hyung tak lapar lagi. Tapi kalau Ayen nak makan hyung teman" Kata Seungmin sambil tersenyum.

"Tapi Ayen nak makan dengan hyung. Jomlah hyung" Pujuk Jeongin. Seungmin hanya pasrah.

"Ok ok jom kita makan" Kata Seungmin sambil ketawa. Jeongin tersenyum dan membawa Seungmin ke dapur untuk masak. Seungmin terus didudukkan di kerusi yang terdapat di meja makan. Jeongin terus mencari bahan yang boleh digunakan untuk memasak di dalam peti sejuk dan mula memasak.

TBC

[C]Blind Star || (SEUNGMIN X JEONGIN) ✓Where stories live. Discover now