BS#11

384 49 4
                                    

Seungmin terus membuka surat yang berada di luar kotak tersebut.

Hye hyung!!

Kalau surat ni dah sampai dekat tangan hyung maksudnya Ayen dah takde and hyung dah boleh melihat...yeahhh...happy lah hyung. Hehe Ayen harap hyung jaga mata hyung tu. Sebab mata tu daripada mata Ayen heee. Ayen harap hyung tak sedih. Jangan sedih sedih nanti Ayen tak tenang. Ok lah dalam kotak tu ada gambar kita berdua dan kawan kawan kita yang lain. Barang lain pon ada. Simpan semua tu buat kenangan tau hyung.

Di akhir surat tersebut terdapat tulisan untuk orang buta yang tertulis 'i love you'

Seungmin tersenyum sambil menitiskan air mata. Tersebut dibuka dan terdapat gambar mereka berdua.

Dan banyak lagi gambar yang terdapat dalam kotak tersebut. Pelbagai barang dalam kotak itu seperti hoodie yang dah lama Jeongin ingin berikan kepada Seungmin. Seungmin menitiskan air mata sambil tersenyum. Ibu bapa Jeongin hanya mampu melihat Seungmin dan menitiskan air mata. Seungmin mengelap air matanya.

"Om..omma ap..appa...Seungmin nak keluar sekejap" Beritahu Seungmin. Dia risau Omma dan Appa Jeongin akan risau jika dia terus keluar.

"Nak pergi mana?" Soal Appa Jeongin.

"Ye lah Seungmin. Dah nak malam ni" Omma Jeongin kelihatan seperti risau.

"Omma dengan appa jangan risau. Seungmin nak pergi ke suatu tempat yang Ayen pernah bawa. Mungkin Seungmin akan balik lambat" Beritahu Seungmin. Ibu bapa Jeongin hanya mengangguk. Seungmin mengangguk dan terus berlari keluar. Dia mengingat balik langkahnya itu. Bermula dari rumahnya dan akhirnya dia sampai di sebuah tasik. Seungmin tersenyum.

"Ayen" Kata Seungmin sambil menangis. Dia duduk di sebuah bangku yang kosong. Seungmin duduk memeluk lutut dan terus menangis.

"Maaf Ayen. Hyung tak boleh berhenti menangis. Hyung terpaksa tahan depan omma dengan appa Ayen" Kata Seungmin dan menangis semahu mahunya. Terlalu perit apabila kehilangan orang yang kita sayang. Kehilangannya amat terasa bagi Seungmin kerana selamani Jeongin lah yang telah menjaga Seungmin.

SKIP :-

Malam sudah tiba. Seungmin melihat ke arah langit dan dapat dia melihat bintang.

"Ayen pernah cakap dekat hyung kan yang Ayen nak jadi bintang" Kata Seungmin sambil tersenyum. Dia mencari cari bintang di langit. Seungmin terus tersenyum.

"Hyung dah jumpa Ayen" Kata Seungmin gembira.

"Tapi hyung rindu senyuman Ayen. Kenapa Ayen buat hyung macam ni?" Soal Seungmin. Seungmin kelihatan seperti berbual bersama bintang yang paling terang dan besar di langit tersebut.

"Hyung lebih rela tak dapat melihat dari rasa macam ni Ayen" Kata Seungmin sambil memegang dadanya. Air matanya menitis tanpa henti. Setiap kenangannya bersama Jeongin kembali bermain di fikiran. Walaupon dia tidak dapat melihat tapi dia ingat semuanya satu per satu.

"Hyung akan rindukan Ayen" Kata Seungmin. Air mata dilap dan terus melihat ke arah bintang itu kembali. Senyuman diukir oleh Seungmin.

"Semoga Ayen tenang dekat sana" Seungmin bangun untuk berlalu pergi. Perlahan lahan dia meninggalkan kawasan tersebut.

THE END
Blind Star
By : SquirrelD

Gambar a/n akan bagi untuk next chapter petang ni...hehe sebab line a/n slow kembali








[C]Blind Star || (SEUNGMIN X JEONGIN) ✓Where stories live. Discover now