BAB 3

222 5 0
                                        


Ginza, Jepun

Dia sudah bersedia. Kali ini, dia dah tak kira! Jika Kiryu nak marah pun, biarkan dia! Dia sudah bosan hidup terpenjara begini!

Berjingkit, Reina bersembunyi di sebalik dinding. Dia taip satu pesanan.

"Aku keluar membeli-belah."

Pesanan di dalam bahasa Jepun itu dihantar kepada Kiryu. Reina senyum, dia berjalan tanpa berpaling lagi. Cuma, arah tujuannya bukan ke tempat yang memuatkan gedung membeli-belah besar yang mewah dan ekslusif yang selalu dikunjunginya. Dia menaiki sebuah teksi dan menuju ke stesen kereta api. Ini adalah pertama kali dia memberanikan diri keluar tanpa pengetahuan Kiryu, tanpa diikuti oleh pengawal-pengawal peribadinya.

Peta yang telah diambil seminggu sebelum itu dikeluarkan daripada shoulder bag Gucci berwarna hitam yang sangat mudah dibawa ke mana-mana. Dia tidak mahu memberi perhatian terlalu banyak kepadanya.

Setelah pasti akan tujuannya, dia memulakan langkah. Penutup kepala parka berwarna hitam dipasang di kepala supaya tiada yang mengecam. Kiryu ada ramai pengikut di Tokyo biarpun dia baru sahaja berkuasa di wilayah itu. Datang dari Kobe beberapa tahun yang lalu, sekejap sahaja Kiryu meluaskan jajahannya. Dia adalah orang kanan Akitai-sama. Reina tidak mahu tertangkap. Amat buruk padahnya.

Dia mengambil Shinkansen yang paling laju, supaya dia akan tiba di Osaka dalam waktu yang singkat. Perjalanan dengan bullet train Nozomi akan memakan masa selama dua jam setengah. Reina pejam mata, membayangkan hidupnya bebas daripada bayangan Kiryu .

***

Reina berlari-lari anak ke arah sekumpulan bas pelancong yang sedang dikerumuni ramai orang. Sekarang dia tidak pasti bas mana yang harus dia naiki. Setiap destinasi yang tertulis di bas diperiksa. Tiba-tiba, telefonnya berdering.

Kiryu!

Jantung Reina hampir terputus dari tangkai apabila melihat nama lelaki itu tertera di skrin telefon.

Jawab, atau tak jawab? Jika dia langsung tidak menjawab, Kiryu pasti akan menghantar satu skuad untuk mencarinya. Itu tak boleh berlaku! Pantas, telefon dijawab dengan tenang.

"Moshi moshi," Pangilan telefon dijawab dengan begitu tertib setelah dia mengambil nafas beberapa saat.

"Ima, dokoda?" (Kau di mana?) Kiryu terus bertanya setelah mendengar suara Reina.

Pertanyaannya, bukan seperti bertanya. Ia lebih kedengaran seperti menjerkah, dengan suara bernada tinggi. Tidak bolehkah dia bercakap perlahan sedikit? Rengus Reina di dalam hati, namun dia tidak mampu untuk meluahkannya.

"Chotto okaimono." (Aku keluar sekejap)

"Omae wa inai, tte Kenji ga iutteru kedo?" (Kenji kata kau tak ada dengan dia!)

Aduh, Pakcik Naga ni! Selalu cakap membentak begitu. Kebengisannya itu langsung tak boleh dirunding!

Berdesing telingnya mendengar suara Kiryu mengaum di telinga. Seperti raungan naga yang sedang marah sahaja nada suaranya. Reina ambil nafas sekali lagi, bagi memastikan suaranya masih manis.

"Okaimono tte itteru desho!" jawab Reina, merujuk kepada pesanan teks tadi. (Kan aku dah beritahu, aku pergi membeli belah?)

"Dakara, issho janai, tte Kenji ga itteru kedo yo!" (Tapi Kenji cakap kau tak pergi dengan dia!)

Kenji ialah salah seorang pengawal peribadi yang ditugaskan untuk mengikutinya ke mana sahaja dia pergi, kecuali ke tandas.

"Ah... Kenji tu... dia terlalu risau! Aku terlupa untuk memberitahunya bahawa aku ambil teksi."

PEREMPUAN YAKUZA ITUWhere stories live. Discover now