Part 4

1K 88 7
                                    

Tok! Tok!

"Masuk!"

Pintu bilik pejabat pengarah dikuak perlahan, dia menutup kembali pintu tersebut lantas bergerak mendekati meja si pengarah syarikat itu.

"Bos saya dah dapat sedikit maklumat mereka." ucapnya sopan.

Tuan Haikal mengangkat wajah, dia tersenyum kecil. "Mana?"

Anak buahnya menghulurkan sebuah fail merah pada Tuan Haikal.

Lelaki berusia separuh abad itu membelek fail tersebut lalu diletak ke atas meja, pandangannya jatuh pada anak buahnya.

"So, dia tak tau yang saya ni kawan kepada Amato? Dia jual anak sedara dia sendiri pada kawan kepada ayah budak tu? Tch! Dia nak bolot warisan yang jatuh pada budak tu seorang diri. Nasib baik saya senang hati nak bela dia bahkan kini dah jadi menantu saya. Kalau tak, saya tak taulah apa yang jadi pada Gempa kalau dia masih kat sana. Saya tak boleh bayang."

Dia memandang anak buahnya yang bernama John itu.

"Saya nak kamu suruh orang kamu perhatikan mereka sekeluarga, saya pasti diorang akan cari Gempa. Dan juga kamu dah jumpa bukti kematian ibubapa Gempa? Saya nak cari keadilan ke atas kematian mereka yang masih misteri itu. Ohya, kamu dapat info pasal abang saya?"

John mengangguk. "Mengikut apa yang saya tahu, dia nak hancurkan hubungan anak dan menantu Tuan. Sasaran utamanya Gempa, sebab dia tau yang Gempa ni anak Amato serta waris sah kepada harta pusaka yang keluarga dia ada. Sebab tulah dia asyik kacau Gempa.

Dia juga berniat nak ambil hak waris Tuan muda Solar, memandangkan Tuan muda Solar kurang upaya dan tidak layak untuk dapat semua tu. Dia juga sepertinya akan ambil kesempatan ke atas Tuan muda."

Tuan Haikal mengusap dagunya.

"Baiklah. Teruskan pemantauan korang pada mereka. Jangan sesekali lepas pandang, faham?"

"Faham Tuan!"

"Eh jap! Pakcik ronggak yang menggatal kat kafe tempat Gempa kerja tu? Kamu dah dapat info?"

"Mengenai itu, saya dapat tau dia mengamalkan ilmu hitam. Sebaiknya Tuan, kita harus jauhkan Gempa atau keluarkan Gempa dari terus kerja kat sana. Saya tak jamin dia akan selamat kerja kat sana. Tuan tau kan, orang yang amal ilmu hitam ni bila-bila masa aje dia boleh buat pada benda yang dia suka or benci. Sebelum tu terjadi, ada baiknya Tuan bertindak segera."

Kata John panjang lebar dengan raut wajah serius.

Tuan Haikal hela nafas. "Saya dah bincang benda ni dengan dia, tapi kamu taulah kan budak tu degil. Tapi, kali ni akan saya cegah dia dari kerja kat sana walau apa pun terjadi."

"Tuan, bila plan Tuan yang sudah bertahun lama tu nak jalankan?"

Tuan Haikal tersenyum senget.

"Tunggu masa yang sesuai."

•••••

Gempa mencuit dan mencubit pipi Solar yang sedari tadi hanya diam sambil bermain dengan anak patungnya. Boikot cakap.

"Boiboy, janganlah diam. Tak kesian kat akak ke?" pujuk Gempa, dia mengkuis-kuis rambut lebat suaminya itu namun ditepis oleh empunya. Dia terkedu.

"Jangan kacau kitalah!" bentak Solar sejurus mengesotkan tubuhnya menjauh dari Gempa.

Gempa terdiam bila mendengar bentakkan dari Solar. Dia pejam mata lalu helaan nafas berat terhembus dibelah bibirnya.

"Boiboy merajuk sebab akak pergi kerja tanpa beritahu Boiboy ya? Tapi kan mama dah kasi tau? Kenapa nak merajuk lagi?"

Tiada respon dari Solar buatkan Gempa hela nafas sekali lagi.

"Tak apalah, Boiboy selalu aje macam ni! Akak letih tau, balik kerja aje kena hadap perangai Boiboy yang suka palau orang ni. Ingat akak tunggul kayu? Suka hatilah! Akak nak tido!"

Gempa terus berganjak dari lantai bilik ke atas katil. Dia terus menyelimuti tubuhnya hingga paras kepala.

Solar mengerling ke arah katil, lalu beralih pada anak patungnya.

"Shinchan, akak dah tak sayang kita kan? Dia marah kita tadi, macam mana ni?" soal Solar pada anak patungnya.

"Shinchan, nak kita pujuk akak ke? Okey!"





Tbc...

Autistic Husband (SolGem) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang