Part 5

1.1K 93 7
                                    

Suasana ruang makan pada pagi itu sedikit sepi, selalu bising sahaja dengan telatah dua pasangan muda itu namun tidak pada hari ini. Mereka hanya senyap, mungkin bergaduh? Itulah yang bermain difikiran Tuan Haikal dan Puan Sara.

"Makan yang banyak ya, anak-anak mama." kata Puan Sara.

"Mama, papa Gem pergi kerja dulu." Gempa bangun dari duduknya dan mahu berlalu pergi namun terbantut bila tangannya dipegang oleh Solar.

"Akak, Boiboy tak nak akak pergi.." genggaman Solar pada tangan Gempa makin kemas.

Gempa mencuba meleraikan genggaman Solar pada tangannya akan tetapi tidak berhasil.

Tuan Haikal dan Puan Sara hanya memandang mereka berdua.

"Gempa, papa tak izinkan kamu untuk pergi. Kan papa dah cakap, untuk berhenti. Kalau kamu nak kerja sangat, cukup jaga Boiboy atau kerja dengan mama kat butik atau kerja dengan papa. Macam mana?"

"Tapi, Gem baru aje kerja kat sana 3 bulan. Kat.."

"Kamu suka ke kena goda dengan pakcik tua tak sedar diri tu? Kamu suka ya? Meh sini papa pula yang goda kamu, mesti kam-aduh!"

Puan Sara buat muka tidak bersalah selepas melempang kepala suaminya, suka hati saja nak menggoda menantu sendiri, depan isteri pula tu.

Solar sudah merenung papanya tajam.

"Papa nakal."

Tuan Haikal tersengih sahaja sambil mengusap kepalanya.

Gempa hanya menggeleng kepala melihat kelakuan mereka tiga beranak.

"Tapi, kenapa papa nak Gempa berhenti? Bos Gem tu memang miang tapi.."

"Tapi ambil kesempatan pada isteri orang? Papa tetap tak bagi, mama pun setuju. Kamu tau kan, bos kamu tu guna ilmu hitam. Kalau dia guna-gunakan kamu macam mana? Tunggu kamu kena dulu baru kamu nak menyesal? Please dengar cakap papa, papa buat ni untuk kebaikan kamu juga.

Tolong hilangkan sifat degil kamu tu. Kalau kamu pergi juga, papa tak teragak-agak pergi boom kafe orang tua tu. Jangan cabar papa, sebab apa yang papa cakap papa akan buat. Kamu mesti pernah tengok papa mengamuk kan? So, jangan bagi papa naik darah."

Gempa terdiam, dia pandang wajah serius bapa mertuanya. Dia tahu, jikalau Tuan Haikal kata A, mesti harus A. Kalau tidak, malapetaka akan datang.

Dia menunduk, memandang tangannya yang masih dipegang oleh suaminya.

"Baiklah, tapi Gem kena bagi surat.."

"Yang tu, biar papa settle." kata Tuan Haikal tegas.

"Baik."

Puan Sara dan Solar hanya diam sambil memandang mereka berdua.

"Akak jomlah makan, akak makan sikit aje. Nanti masuk angin macam mana?"

"Betul tu, makan lagi ya sayang. Mama tengok kamu nampak kurus aje, nak kata mama tak bagi makan mama bagi aje?"

"Gem tak ada selera, Gem naik dulu ya." Gempa melerai paksa genggaman Solar pada tangannya, lantas dia beredar untuk ke bilik. Dia sungguh tiada mood.

Solar hanya memandang kepergian Gempa. "Akak.."

"Boiboy gaduh dengan akak ya? Kamu ada sakitkan hati dia ke, badmood aje papa tengok? Kan papa dah pesan, kalau buat salah kena.."

"Kena minta maaf. Nanti Boiboy pujuk akak, Boiboy sakitkan hati akak semalam sebab Boiboy diamkan akak. Boiboy minta maaf."

Tuan Haikal dan Puan Sara tersenyum. Tuan Haikal mengusap kepala anaknya.

"Pujuk akak ya?"

Solar mengangguk laju dengan senyuman lebar. "Hmmm!"

•••••

Solar melabuh duduk di sebelah Gempa yang sedang menonton televisyen yang ada di dalam bilik mereka berdua. Dia mengerling Gempa yang hanya membisukan diri.

Solar mencuit-cuit bahu Gempa sambil memeluk patung Shinchan.

"Akak, akak tak nak main dengan Boiboy dan Shinchan ke? Shinchan kata dia rindu akak. Kan Shinchan kan?"

Solar mengangkat patung Shinchan dan menghalakan pada Gempa. Lalu dia mengoyang patung itu di hadapan Gempa sekaligus menghalang pandangan Gempa dari televisyen.

Wajah Solar berubah, bila Gempa menepis kasar tangannya dan membuatkan anak patung yang dia pegang terlepas dari tangannya.

"Akak kenapa ha? Akak marah pasal semalam ke? Tu pun nak emo!" suara Solar naik satu oktaf.

Gempa terkesima, tidak pernah-pernah budak tiga suku ni nak tinggikan suara padanya. Sengal betul.

Gempa tetap mendiamkan diri, tidak sedikit pun dia pandang wajah Solar. Dia bangun tapi tangannya dipegang Solar.

"Akak..ki..kita minta maaf. Kita janji tak kan sakitkan hati akak lagi. Kita sayang akak, maafkan Boiboy akak... Maafkan kita.."

Gempa hela nafas, lemah betul hatinya bila mendengar suara sayu lelaki itu. Dia berpaling menghadap ke arah Solar yang duduk di sofa.

"Fine, akak maafkan Boiboy.. Kalau Boiboy buat lagi, akak belasah Boiboy." kata Gempa berbaur ugutan.

Solar tersengih, kepalanya diangguk.

"Baik akak, terima kasih sebab maafkan kita. Kita sayang akak." kata Solar jujur.

Gempa tersenyum, dia mengusap kepala suaminya.

Solar mendepakan tangannya. "Akak, nak peluk."

Gempa tergelak kecil, lantas tubuh Solar dipeluknya erat.

"Akak pun sayang Boiboy."






Tbc....

Autistic Husband (SolGem) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang