Part 7

1K 89 6
                                    

Puan Sara mengusap kepala Gempa, dia tersenyum pada menantunya yang tampak muram itu. Mungkin masih mengingati kejadian petang tadi.

"Mama, papa bawa pakcik pergi mana? Papa tak akan buat benda jauhkan?"

Gempa bertanya pada mak mertuanya. Selepas kejadian tadi, dia terus menelefon kedua mertuanya untuk pulang dan beritahu apa yang terjadi.

Tuan Haikal murka selepas mendengar itu, bapa mertuanya tanpa banyak suara terus menyuruh anak buahnya membawa Hamid ke sesuatu tempat yang mereka tidak tahu di mana terletak lokasinya.

"Kamu jangan risau, kamu pun tahu kan kalau papa kamu tu dah naik darah semua benda boleh berlaku. Mama cuma harap papa tak bertindak bodoh dengan cara bunuh saudara kandungnya sendiri. Dahla, daripada kamu risaukan pakcik tak guna tu lebih baik kamu risaukan diri kamu tu. Mama risau tau dengan kamu."

Puan Sara membelai pipi Gempa penuh kasih sayang. Gempa tersenyum, hatinya sedikit merasa kehangatan dari seorang yang bernama ibu. Dia sudah lama tidak merasai belaian dari orang yang bernama ibu. Tanpa dipinta, setitis air mata jatuh ke pipinya.

Puan Sara panik, "Kamu kenapa menangis sayang? Beritahu mama emm?"

Gempa tanpa berkata apa-apa terus mendakap tubuh Puan Sara.

"Gemgem rindu mama dan papa.." bisikan sayu daripada Gempa menyapa cuping telinga Puan Sara.

Belakang tubuh lelaki muda itu, dia usap perlahan. Mencuba untuk menenangkan Gempa yang sedang dilanda perasaan rindu pada insan yang sudah bertahun lamanya pergi dari muka bumi.

"Shh jangan nangis, mama kat sini sayang." pujuk Puan Sara.

Solar yang sedari tadi menjadi pemerhatian hanya diam sambil merenung wajah pilu isterinya yang mampu menyayatkan hatinya.

"Akak.." Solar bangun dan melabuh duduk di sebelah Gempa, tubuh lelaki itu dipeluk dari sisi.

"Akak jangan sedih, Boiboy kan ada juga kat sini. Jangan biarkan perasaan yang mengawal emosi. Ingatlah, walaupun mama dan papa kakak dah tiada di depan mata, tapi mereka berdua sentiasa ada di hati kakak. Mama dan papa kakak ada kat atas sana tu, mereka mungkin tengah perhatikan kakak. So, kakak janganlah sedih. Nanti mama dan papa kakak juga akan sedih."

Gempa tersenyum dalam raut wajah sedihnya, dia melepaskan pelukan pada Puan Sara lalu berbalik mengadap Solar. Tubuh suaminya, dipeluknya pula.

"Terima kasih Solar."

Solar terkedu bila mendengar nama aslinya meniti dibibir Gempa. Namun dia hanya tersenyum sahaja.

"Sama-sama akak."





Tbc...

Maaf jikalau chapt ni sedikit hambar, mood Sya kurang baik sikit. Btw enjoy it. 🙂

Autistic Husband (SolGem) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang