"Lata.. Latata.."
Kepala Solar, Puan Sara dan Tuan Haikal tergeleng melihat Gempa yang tengah menyiram pokok bunga sambil menari.
"Jadi, kamu tak bagitau dia lagi?"
"Tak, Solar belum sedia lagi nak tengok reaksi dia dan penerimaan dia nanti. Solar takut dia akan jauhkan diri bila tau identiti Solar sebenarnya."
Tuan Haikal mengeluh, dia mengusap bahu Solar.
"Bukan salah kamu nak, semua ni terancang disebabkan papa. Kamu taukan ramai kat luar sana tu mahu hancurkan syarikat papa dan keluarga kita sebab jeles, tambahan lagi bila dapat tau papa ada anak lelaki yang autistik. Lagi senang lah diorang nak jatuhkan papa, tapi sebenarnya diorang tu kena tipu aje."
"Termasuk menantu kesayangan mama." mereka bertiga mengeluh, anak mata mereka memandang Gempa yang sibuk dengan dunianya sendiri.
"Papa dah jumpa maklumat atas kematian ibu bapa Gempa?" soal Solar pada papanya.
"Belum lagi, hajatnya esok papa mahu selidik kat rumah mak saudara Gempa. Nak cari sesuatu, mana tau ada pertunjuk ke apa ke. Lagipun, papa dah dapat info dari orang papa yang mereka berdua melarikan diri ke luar negara selepas jual Gempa pada Ahlong, si ketua tempat pelacur itu.
Tapi, kamu tak payah risau. Papa dah suruh orang papa untuk menjejaki mereka di sana dan bawak mereka ke sini semula. Kita akan bawak diorang ke depan pengadilan."
"Oh macam t.."
"Ha! Bual apa aje ha? Serius aje muka? Tak ajak Gem pun."
Mereka bertiga tersentak kaget, lalu mendongak memandang Gempa yang kini berdiri bercekak pinggang di hadapan mereka.
"Tak ada apalah, kamu dah siap siram pokok?" Puan Sara bertanya sekaligus menukar topik.
"Emm, dah!" sahut Gempa dalam senyuman lebarnya.
"Baguslah, ohya Gem. Malam ni, kamu nak ikut ke majlis kawan papa tak? Diorang buat makan besar, sempena menyambut bakal cucunya yang akan lahir nanti." kata Tuan Haikal.
"Boleh ke? Boiboy dan mama ikut ke?"
"Diorang pun ikut, boleh aje. Jangan lupa pakai cantik-cantik ya? Kalau boleh, suruh mama tolong make over kamu tu."
"Boleh aje!"
Gempa berdeham, "Ishhh! Gem kan lelaki, pakai cantik buat apa? Ingat Gem pompuan ke apa? Karut lah papa ni, kan Boiboy?"
Solar menjongket bahunya acuh.
"Boiboy setuju dengan papa, lagipun akak selalu aje pakai baju t-shirt lusuh dan seluar trek. Tak ada style lah." omel Solar selamba.
Wajah Gempa masam, "Ooo, sekarang Boiboy nak kata yang akak ni hodohlah eh? Tak apa, it's okey. Kita tengok malam ni, akak akan buat Boiboy jatuh cinta dengan akak berkali-kali. Jom mama, Gem perlukan pertolongan mama."
Gempa terus menarik tangan ibu mertuanya untuk beredar dari situ meninggalkan dua beranak itu.
Solar dan Tuan Haikal tergelak kecil melihat reaksi Gempa.
"Alahai, comel aje menantu papa ni. Mesti cucu papa nanti comelkan Solar?" kata Tuan Haikal sambil menjongketkan keningnya beberapa kali dengan senyuman penuh makna.
Solar berdeham dia seolah tahu apa yang mahu disampaikan oleh papanya, dia menyebak rambutnya ke belakang.
"Semestinyalah, tengoklah bakal daddynya ni. The most worldwide handsome."
Tuan Haikal buat muka bila perangai lama anaknya muncul sudah.
"Tak pernah nak berubah, taunya nak perasan. Pigidah!" cebik Tuan Haikal.
Solar menolak bahu papanya dengan bahunya dengan wajah mengejek.
"Jeles cakap."
"Tak ada maknanya."
Tuan Haikal menonyoh dahi Solar. Tidak lama kemudian, mereka berdua tergelak kecil dengan telatah masing-masing. Sudah lama mereka tidak begini.
"Dah lama kita tak berbual begini kan papa, Solar harap semua ni dapat berakhir secepatnya. Solar dah muak jadi fake, Solar dah tak sabar nak jadi diri Solar semula. Mungkin sudah tiba masanya, untuk Solar menentang kejahatan orang diluar sana."
Tuan Haikal tersenyum, kepala anak lelaki tunggalnya dibelai penuh kasih sayang.
"Papa akan beritahu kamu nanti bila sudah tiba untuk heronya bertindak menjadi hero yang sebenarnya."
Solar membalas senyuman papanya. Kepala diangguk semangat.
"Sure papa. Solar pun sudah tak sabar menunggu hari itu akan tiba."
Tbc...
KAMU SEDANG MEMBACA
Autistic Husband (SolGem) [C]√
Fanfiction"Walau apa pun keadaan kau, aku terima dengan seadanya." Warning! Yaoi! Uke!pregnant Don't like, don't read! Start : 30/12/2019 End : 6/3/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!