Part 16

1.2K 95 4
                                    

Solar membetulkan sut putihnya, rambutnya disebak kebelakang. Dia mengerling ke arah papanya yang bersandar dibadan kereta.

"Mana diorang ni?"

"Entahlah.. Lama betul bersiapnya."

Solar mengeluh, dia berpaling ke belakang mahu masuk ke dalam rumah sekadar menjenguk Gempa dan mamanya. Namun terbantut bila kelibat orang yang mereka tunggu keluar dari rumah.

"Sorry buat korang tertunggu, jom gerak?" Gempa tersenyum bersalah, dia mengerling Solar yang tampak terkaku sambil memandang ke arahnya dengan mata terkebil-kebil.

"Ha, macam mana pendapat korang dengan penampilan Gempa? Macam mana Boiboy?"

Solar berdeham, dia memandang Gempa dari hujung rambut hingga hujung kaki. Lelaki itu hanya mengenakan baju fluffy sweater berwarna neon pink yang oversize dan dipadankan pula dengan seluar skinny putih.

"Emmm.. Okey aje." jawab Solar seadanya. Puan Sara mencebik.

"Heleh! Okey aje? Tipulah." sindir Puan Sara, dan disambut sokongan dari Tuan Haikal.

"Betul tu, comel aje menantu papa malam ni. Dah jom gerak, nanti terlambat pula."

Mereka semua mengangguk kepala dan bergegas masuk ke dalam kereta.

•••••

Mereka berempat tiba disebuah dewan Moonlight tepat pukul 8 malam. Mereka keluar dari perut kereta.

"Jom masuk." ajak Tuan Haikal, dia berjalan masuk bersama isterinya meninggalkan pasangan muda itu di belakang.

"Jom Boiboy ma.."

"Tunggu."

"Ya?"

Solar berdiri menghadap isterinya, dia pandang wajah manis Gempa sejenak. Dia tersenyum seraya meraih tangan Gempa dan satu ciuman dia daratkan pada tangan Gempa lalu dia mendekatkan wajahnya pada Gempa sehingga hidung mereka berdua saling bersentuhan.

"Ke-kenapa Boiboy pandang akak macam tu?" soal Gempa gugup bila melihat renungan mata Solar padanya. Pipinya berona merah.

"Akak nampak manis dan comel aje malam ni. Boiboy suka." jujur Solar menuturkan kata-kata itu, dia tersenyum manis bila mendapati wajah Gempa yang memerah itu.

"I-Ish! Mana ada, dahlah jom masuk." kata Gempa seraya menjauhkan sedikit jarak mereka berdua.

"Yelah tapi.." Solar menunjuk lengannya pada Gempa.

Seolah faham maksud Solar, Gempa tersenyum sejurus mengaitkan lengannya pada Solar.

"Jom."

Mereka berdua mengorak langkah menuju ke pintu utama dewan.

"Boiboy nak tau satu perkara tak?"

"Apa?"

Gempa mendekatkan bibirnya pada telinga Solar lalu dia bisikkan sesuatu. Solar tersenyum.

"Boiboy nampak hensem ngam-ngam malam ni."

Tbc...

Autistic Husband (SolGem) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang