Dalam perjalanan Fira ke Tealive, Sara menelefon Fira. Pada masa yang sama juga, Zati menelefon. Fira tahu bahawa sahabatnya itu ingin mengenakan dia. Akhirnya, dia nekad tidak mengangkat kedua-dua panggilan sahabatnya itu.
Setelah tiba di Tealive, Fira mencari kelibat sang sahabat. "Fira, sini!", ujar Sara. "Haa, ape yang korang nak dengan aku ni?", dengan wajah yang di pantulkan oleh Fira, mereka akhirnya mengeluarkan satu notis.
"Ape ni? Eeh, seriously!? Korang biar betul? Aku tak sangka korang jumpa notis ni. Aku memang dah lama tunggu untuk mereka lancarkan pertandingan ni. Waaah, aku sayang korang berdua", bebel Fira pada sahabatnya itu. "Tengoklah sape yang dapatkan, ini Sara Qheya la,aku boleh dapatkan bende ni sekelip mata je", riak Sara besertakan hidung yang kembang. "Dah lah. Jangan memain lagi. So, jadi tak nak take part dalam pertandingan ni?"."Uuuh,aku memang dah tak sabar nak masuk ni. Jom!". Akhirnya mereka mengambil bahagian.
°~°~°~°
°~°~°~°
"Boleh lah cikgu, selepas tiga bulan saya pulangkan semula alat tu. Saya janji saya akan jaga dengan baik", merayu Fira kepada cikgu Hayati. "Hurm, baiklah. Cikgu amanahkan kamu untuk jaga alat ni. Ingat! Jika hilang, kelab yang kamu cipta itu akan dibubarkan".
"Hah! Eee, kalau macam tu, saya janji tidak akan hilangkan nya", jawab Fira setelah mendapat kebenaran. Dalam perjalanan ke makmal komputer, mereka teserempak dengan kumpulan budak-budak nakal yang amat gemar mengganggu pelajar perempuan. Maklumlah, mereka bertiga itu amat comel dan canti belaka.
"Nak kemana tu?", seorang daripada mereka berkata.
"Meh la temankan kami di sini", kata seorang lagi."Hahaha! Ingat diaorang nak ke kat korang?", ketawa seorang daripada lagi.
Mereka cuba untuk menghiraukan budak-budak itu tapi Sara menjadi pelik dan hanya tersenyum ketika mereka mengacau Fira dan sahabatnya itu.
"Ish, jangan kacau lah! Kitorang ade bende penting yang nak dibuat ni", ujar Fira beserta nada yang tergesa-gesa. Mereka pun terus berjalan ke makmal.
Sesampai di makmal, Zati yang tadinya asyik memerhati tingkah laku Sara, bertanya "Sara, kau suka mamat tadi kan?", Sara terkejut. "Mana ade lah. Humm, sikit je". "Aku dah agak dah. Kau dari tadi asyik tersengih - sengih je dalam perjalanan ke sini selepas lalu depan mamat tu. Kau mesti ada pape ni. Tapi, kenapa kau pilih mamat tu? Dah tak ade orang lain ke? Atau sebab mamat tu handsome and sexy?", panjang lebar Zati bertanya.
" Entah lah, aku tak tahu kenapa. Mungkin aku dah jatuh cinta kat mamat tu".
Ish, kau ni. Menga..... ", belum sempat Zati bertanya apa lagi, Fira menyampuk sebaik sahaja pintu makmal sudah terbuka." Jom kita mulakan! Yeah, aku sudah tidak sabar ni", api semangat Fira tidak henti-henti membara kerana dia memang telah lama menunggu pertandingan itu diadakan di Malaysia.
°~°~°~°
°~°~°~°
"Susah betul cara nak main bende ni", kata Sara sambil merungut. "Takpelah Sara. At least kita cuba dulu, manalah tahu kita terus jadi expert dalam game ni", nasihat Zati di terima dengan cara malas malasan.
"Tapi aku tak pandai", Sara merungut lagi.
"Kalau kau tak boleh aku pon tak boleh", kata Zati.
"Dalam team kita ni hanya seorang sahaja yang tahu cara bermain bende ni", anak mata Zati dan Sara terus tertumpu ke arah Fira yang asyik melihat YouTube tentang pertandingan itu. "Apa? Korang nak aku terangkan cara bermain ke? Baik lah, mari aku terangkan", Fira mengambil tiga buah Navegear untuk setiap daripada mereka memakainya
"Caranya senang sahaja. Sebaik sahaja korang hidupkan Navegear, ia akan menyuruh korang memberikan detail-detail untuk korang membuat account. Korang boleh memilih watak yang korang mahu. Watak itu boleh mengikut rupa paras kita juga. Selepas itu, korang akan diberi pilihan samada nak guna pedang,sniper,panah,dan magik penuh",terang Fira.
"Kalau begitu,fungsi alat yang dipilih akan dinyatakan dalam game nanti? Betul kan?",tanya Sara dengan riak wajah yang mula memahami cara bermain.
"Betul,tapi korang hanya boleh pilih satu daripada empat alat tu,alat tambahan akan diberikan sebagai hadiah apabila korang berjaya habiskan misi. Aku sudah tahu cara mainnya kerana bapa saudaraku telah menghadiahkan aku sepasang Navegear untukku",ujar Fira.
"Tapi bukan ke game ini ambil masa yang panjang?",tanya Zati yang tadinya duduk mendengar sambil memandang Navegear."Tu betul. Jadi,dengan usaha gigih aku memujuk Sara Qheya kita ni,dia akhirnya berjaya membuat cikgu memberikan kebenaran untuk kita bawa Navegear ni pulang. Dan disebabkan kita ada dua hari persekolahan sebelum musim cuti,kita dapat gunakan navegear ni sehingga awal pagi",kata-kata Fira membuatkan Sara kembang."Cikgu ada pesan padaku,jika antara kita menang dalam pertandingan itu,kita boleh ambil Navegear tu sebagai hak milik".
"Seriously!?Fira Wati,kami letak harapan yang tinggi pada kau untuk menang dalam pertandingan itu.Kau pun sudah tahu kan harga Navegear tu sama mahal harganya dengan telifon jenama Iphone?Tambahan pula kami baru sahaja belajar cara bermain daripada kau sebentar tadi.Tolong ya,Fira?",panjang lebar Zati berkata lalu dipersetujui oleh Sara.
"Hah?Korang jangan main-main.Bagaimana jika aku gagal laksanakan tugas untuk menang itu?Please,aku tidak mahu dihukum",rayu Fira pada sahabatnya itu.
"Don't worry,okay?We will always back you up from behind,keep fighting,Fira",nasihat Sara kepada Fira terus dalam bahasa inggeris.Zati turut setuju dengan kata-kata Sara walaupun kurang memahami erti ayat itu.
°~°~°~°
YOU ARE READING
Gamers! Lets do this!!(hiatus)
Adventure'Virtual Reality Game' dah announced kat Malaysia!! 3 sekawan, Fira, Sara, and Zati memang gemar dengan tajuk tournament yang akan berlangsung 5 bulan lagi dari sekarang. Bertungkus lumus juga mereka mencari ahli nak cukupkan kumpulan mereka. Belum...