31 (pembedahan) 'Lena

391 17 2
                                    

Balai polis
9: 28 p.m

Changwook berlari masuk ke pintu utama balai polis, 2 orang detektif menunggu di sebuah lorong.

"Macam mana tuan? Betul ke telefon itu sudah dikesan? " Soal Changwook sedikit semput. Kedua detektif itu angguk kepala.

Mereka bertiga masuk ke pejabat, detektif menunjuk sesuatu yg terkandung pada komputer riba . Ianya peta.

"Tuan tahu ke tempat ini? " Soal Changwook.

"Tempat lokasi ini adalah tempat hutan yg tebal. Agak jauh dari tempat kita lebih kurang 10 km dari sini.. " Kata salah seorang detektif itu..

Datang seorang detektif , menarik perhatian kes yg disiasat oleh rakan sekerja nya. Memandang lama ke arah komputer riba.

"Oh? Hutan ni agak dekat dengan rumah Mr.... Apa hah? Aku lupa.. Lebih kurang 4 km dari rumah dia.. " Kata detektif itu.

"Siapa ? Kau kenal ke? "Soal sorang lagi detektif.

"Korang pun kenal. Yg baik dengan kita tu." Katanya lagi..

"Ohh ! Mr.Lay kan? Ahh betul²! Rumah dia agak dekat dengan lokasi ni.. " Detektif.

Changwook diamkan diri. Tak silap apa yg dia dengar tadi, itu nama guru kolej nya ..

"Maksud tuan Mr.Lay guru kolej tu ke?" Soal Changwook.

"Haa! Betullah tu.. Guru kolej yg baik hati bagi derma beribu dollar untuk baik pulih balai polis ni.." Jelasnya.

Changwook berfikir segenap. Memang dia rasa, kes ini ada kaitan dengan Lay..

"Saya rasa Mr Lay ada kaitan dengan kes ni.. " Kata Changwook.. Ketiga polis itu pandang nya lalu gelak.

"Mr Lay itu baik orangnya. Kamu tu budak lagi, tak baik tuduh menuduh. " Kata salah seorang detektif.

"Kalau bukan dia pun, kita kena siasat kan? Tidak kira juga, saya nak tuan siasat Mr Lay tu. Dia guru saya, guru kolej. Untuk pengetahuan tuan saya tahu perangai dia macam mana . Dia pun ada perasaan dekat Lyia dan dia jahat tuan. " Kata Changwook geram..

"Ehh budak ni ! Kata guru sendiri, takde adab langsung.. " Kata salah seorang detektif , hampir kepala Changwook ingin dipukul namun disekat oleh kawannya.

"Kami boleh buat, tapi bukan hari nilah. Esok ikut kami pergi ke rumah Mr.Lay untuk soal selidik pasal kes ni.. " Kata detektif itu. Terus Changwook angguk kepala.
____________________________________
9:30 p.m

Lyia seorang diri dalam bilik, merenung jauh di hujung katil memikirkan nasib salah seorang kawannya yg akan mati nanti..

Seseorang mengetuk pintu lalu masuk, Lyia pandang Jackson di sebalik pintu itu sambil membawa sekotak kecemasan.

Lyia abaikan Jackson, dia merenung lagi

Jackson duduk di sebelahnya ,kotak kecemasan letak ditepi.

"Kenapa ni? " Soal Jackson

"Kenapa? Awak tanya saya kenapa? Macam lah awak tak tahu kawan saya mati malam ni.. " Tambah geram Lyia dibuatnya.

Jackson mengeluh, kedua pipi Lyia dipegang nya.

"Ehh jangan main!" Rungut Lyia.

"Muka awak tu luka, nak kekal parut macam tu ke ? " Soal Jackson sedikit tegas.. Lyia jelingkan mata.

Ubat luka disapu lembut pada muka Lyia. 5 pelekat kecil ditampal pula pada mukanya.

Baru sahaja Jackson merapatkan dirinya dengan Lyia, hon kereta milik Lay berbunyi di luar sana.

Killers (Psycho) 2Where stories live. Discover now