chapter 18

2.2K 235 30
                                    

"Kita tingu serita hantu la

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kita tingu serita hantu la.."saya bilang lagi. Ada satu serita hantu urang putih saya pilih.

"Ko paham juga kaini nanti?"Zac angkat kening tingu movie yang saya pilih.

"Ada sarikata ba kan? Bulih set suruh bahasa melayu ka?"saya tanya lagi dan Zac ketawa.

"Typical betul.. Ko nanti bukan tingu movie tapi ko sibuk membaca subtitle ja nanti.."Zac bilang tapi dia setuju juga sama movie yang saya pilih.

"Diam la Zackie.."Saya campak sebiji bantal ke arah dia dan dia sempat elak.

Selepas pilih movie, Zac bawa saya keluar untuk beli makanan. Walaupun saya berabis kasi alasan nda mau keluar, dia paksa juga. Siap bikin muka itik lagi dia mau merajuk kalau saya nda ikut dia keluar. Betul-betul gedik ba ni lelaki.

"Pakaian saya ni nda sesuai ba.."saya bilang masih cuba mengasi alasan.

"Kau nampak okay.. orang kalau cantik, pakai guni sampah pun mimang cantik.. Bila kau pakai pakaian saya begini, nampak sangat sexy pula.."Zac bilang dan serta merta saya rasa pipi saya panas. Saya pasti muka saya suda semerah buah tomato. Saya cuba alihkan pandangan dari dia. Bertambah malu saya kalau dia tau saya malu dengan pujian dia tadi. Dia bilang saya sexy? Cantik? Gilak!

"Awww... Ada orang malu ka?"Zac mula suda mau mengejek saya.

"Diam la Zac.."Saya jeling dia terus. Malas oh saya kena ejek begini terusan. 

Selepas dia berhenti ejek saya, kami keluar dari penthouse Zac dan jalan satu blok untuk ke 7 eleven. Nda jauh juga tu. Kami ambil banyak keropok dan chocolate. Tidak lupa juga popcorn. Zac ambil yang belum masak punya sebab dia bilang lebih sedap buat sendiri. Beer dan air manis juga kami angkut. Macam mau memborong sekedai suda kami sana. Hanya untuk tingu movie. Selepas Zac bayar semua barang, kami angkut semua barang. Ada sedikir rasa menyesal juga ikut nafsu angkut barang tadi. Penuh gia tangan kami berdua angkat barang makan. 

Tapi saya happy begini. alangkah indahnya kalau saya bulih terus hidup begini. ini lah kehidupan yang saya impikan untuk saya dan mami. Penuh ketenangan. Bebas. Jauh dari semua syaitan bertopengkan manusia. Jauh dari Joshua dan Leonardo Perez.

"Zackie.. Berapa lama suda kau kenal sama Leo?"saya tanya semasa kami jalan balik ke penthouse Zac.

"Dari kecil.."Dia jawab dengan muka bersahaja. Saya fikir dia akan tanya saya balik tapi dia terus bercakap lagi.

"daddy dia ialah ketua Serbian Mafia.. Daddy saya pula ialah penolong daddy dia.. Diurang kawan baik.. Dan persahabatan yang baik antara mereka diwarisi oleh saya dan Leo..Kami mimang nda bulih dipisahkan lagi sejak kecil.. Dia perlukan saya dan saya perlukan dia.. Saya nda akan pernah khianati Leo.. Selepas kematian daddy kami berdua, Leo dan saya ambil alih tempat diurang.."Zac bilang dengan panjang lebar. Dia seolah langsung teda berahsia dengan saya.

"Oh.."Tu ja yang mampu keluar dari mulut saya bila dingar maklumat tentang Leonardo Perez. Bukan senang mau tau maklumat tentang dia. Joshua sendiri pun bilang maklumat tentang Leo agak mustahil untuk di dapati. Saya ada banyak lagi soalan yang saya mau tanya tentang Leonardo Perez untuk merungkai semua misteri di dalam kepala utak saya tapi semua soalan hanya tersangkut di tekak saya. Saya nda berani mau lebih-lebih. Nanti Zac fikir saya pandai mau pijak kepala pula.

BLINDED HEARTSWhere stories live. Discover now