chapter 54

2.1K 194 47
                                    

Zac yang terlebih dulu habis makan dan dia bangun jalan ke arah saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zac yang terlebih dulu habis makan dan dia bangun jalan ke arah saya. Saya terus berdiri menghadap Zac tapi si Leo masih nda mau kasi lepas tangan saya.

"Thanks for the breakfast Sunshine.."Zac bilang dan dia terus kiss dahi saya lembut. Terus teringat saya masa saya ikut si Zac ke apartment dia dulu. Begini la dia kiss dahi saya. Tapi lamunan saya terhenti bila saya dengar batuk pura-pura dari Leo di belakang saya dan genggaman tangan dia pada saya semakin kuat. Saya pandang muka Leo dan saya perasan yang dia sedang menjeling tajam ke arah Zac. Seakan memberi amaran.

Terketawa seja ba si Zac sana. Bulih lagi dia tak endahkan jelingkan Leo sana. Mimang kebal ba si Zac ni.

"Terus terang saya katakan, breakfast yang kau bikin mimang sangat sedap.. Mungkin akan jadi breakfast faveret saya baini nanti.."Zac bilang sambil mata dia tingu si Leo. Apa baini diurang bikin? Tapi saya dingar si Leo pula ketawa kecil di belakang saya. Besar mata saya dingar si Leo pandai ketawa begitu. Kalau beli nombor, silap-silap menng jackpot ba saya ni hari kan?

"Sangat sedap sampai buat saya mau kiss tangan kau.."Zac bilang lagi dan saya dapat rasakan genggaman Leo makin kuat lagi. Saya terus pandang Leo balik. Senyuman di bibir dia tadi hilang mengejut.

"I'll kiss her for u.. Now fuck off.. I'll see you downstairs.."Leo bilang seakan menyalak. Si Nick ketawa lagi.

"Can't say i didn't try.. Bye sunshine.. Jumpa lagi ya.. Jaga diri baik-baik.. Kalau Leo buli kau, kasitau sama saya.. Nanti saya buli dia balik.."Zac bilang dan belai rambut saya perlahan.

"Bye Zackie.."saya bilang dan lambai sama dia. Betul bikin ceria hidup ba si Zac ni.

"Fuck off already Zachary!"si Leo bilang lagi dan si Zac ketawa lagi. Sebelum masuk ke dalam lif, sempat lagi dia kasi flying kiss sama saya. Si Leo terus pigi depan saya dan bikin tangan gaya kipas.

"Apa kau buat ni?"saya tanya Leo. Hairan betul sama gaya ni orang gila.

"Tu si buduh tu kasi kau flying kiss kan.. Saya nda mau tu flying kiss  dia kena kau.."Leo bilang dengan muka serius. Terdiam terus ba saya. Serius kaini si Leo bikin begitu sebab nda mau tu flying kiss sampai kepada saya? Otak dia suda sot kaitu?

"Kau.. Panggil dia Zackie?"Leo tanya saya perlahan. Saya angguk dan senyum.

"Ermm.. Masa kau suruh dia jaga saya tu, dia balik-balik panggil saya dengan pelbagai nama jadi saya pun cari la nama yang sesuai untuk dia.. Masa kami pigi amusement park tu, saya nampak ada permainan bertulis Zackie besar sana.. Jadi saya kasitau dia, nama dia dan tu permainan macam sama ba.. Jadi saya panggil dia Zackie la.."Saya bilang dengan panjang lebar. Muka Leo berubah 100%.

"Kau.. Dia bawa kau ke amusement park?"Nada Leo juga berubah seratus peratus. Dari banyak-banyak benda saya cerita, hanya itu yang melekat di dalam kepala otak dia?

Matilah.. Saya terlampau siuk bercerita sampai saya nda ingat yang kemungkinan benda ini ialah rahsia antara saya dan Zac. Kalau lah Zac belum turun tentu saya bulih tapuk belakang Zac dari panahan mata si Leo.

BLINDED HEARTSWhere stories live. Discover now