chapter 56

1.8K 143 26
                                    

Terpampang papan tanda LAS DELUXES Club di hadapan Club yang bakal kami masuki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terpampang papan tanda LAS DELUXES Club di hadapan Club yang bakal kami masuki. Di bahagian hadapan pintu masuk, punya lah panjang barisan manusia mau masuk seakan orang di bank mau keluar duit bantuan. Pamela terus tarik tangan saya ke arah lelaki berbadan besar yang jaga pintu sana. Tu lelaki badan tagap nampak muka Pamela, terus dia kasi buka pintu tanpa banyak soal. Saya agak-agak mungkin ini club milik Leo juga. Menjeling tu sumandak sexy yang berbaris sana tingu kami masuk tanpa perlu berbaris.

Bila masuk, baru saya perasan yang ni club pun ada dua tingkat. Bahagian bawah untuk orang biasa-biasa dan bahagian atas pula untuk golongan VIP. Saya juga diberitahu bahawa majlis hari jadi si Zac diadakan di atas iaitu bahagian Vip. Maklum la kan, orang kaya pula si Zac.

Keindahan di dalam club Las Deluxes ni dihiasi dengan citarasa mewah dan elegan. Tangga pun ada lampu berwarna ungu gelap dan merah. Fuhhhh.. Mau naik tangga pun takut orang bawah nampak santut.

"Bahh.. Jum kita naik atas.."si Pamela bilang. Terbayang yang saya akan berhadapan sama Leo di tingkat atas membuatkan saya kecut perut. Adakah dia akan suka dengan penampilan saya? Tekak saya rasa kering membayangkan renungan mata dia yang bulih kasi tembus dinding. Serangan panik mulai menguasai saya. Saya nda bersedia mau jumpa Leo!

Mungkin Pamela perasan perubahan pada riak wajah saya da dia terus genggam jari jemari saya.

"Atauu.. Kita pergi bar untuk minum dulu? Haus bah.."Pamela bilang dan saya laju angguk. Ya.. Saya perlukan minuman beralkohol. Sekurangnya saya bulih abaikan tenungan Leo kalau saya minum arak. Saya nda mau fikir akibatnya. Saya cuma mau tenangkan fikiran dan hati saya sekarang.

Pamela order 2 gelas air yang berwarna biru. Saya minum ja tanpa banyak soal. Rasanya sedap tapi mimang kuat sikit rasa arak tu. Dua kali teguk suda habis tu air sebab saya terlampau kering tekak mengenangkan si Leo yang ada di tingkat atas. Saya suruh si Pamela order lagi. Dalam masa 20 minit kami di bar sana, suda empat gelas saya habiskan. Baru saya rasa siok sikit kepala berada di tempat yang bising begini. Patut lah orang suka minum arak bila masuk ke club begini. Si Pamela sana tengah pilih air lain dan sambil-sambil tu saya dingar dia tanya tu tukang bikin air dimana dia bikin tu nenen jadi lebih besar. Apa punya topik ba si Pamela ni?

Saya kasi habis arak yang di tangan saya. Tiba-tiba saya rasa ada orang sentuh belakang saya dan panggil nama saya. Suara si Zac. Punya bikin bahagia dingar suara dia ba.

"Sunshine.. Kau kaitu? Saya hampir nda kenal kau tadi.. Kau punya penampilan malam ini bulih bikin kaum jantan buaya pupus ni malam.."Zac bilang sambil tersenyum manis. Nasib ba saya teda perasaan sama Zac. Kalau nda mimang  berkali-kali saya jatuh sinta sama senyuman dia.

"Zackie!!!"saya terus depakan tangan dan peluk Zac.

"Teruk kan pakaian saya.. Suda saya kasitau sama Pam tapi dia tetap mau suruh saya pakai juga.."saya merungut sambil tarik kain bahagian paha supaya menutupi paha saya.

BLINDED HEARTSWhere stories live. Discover now