chapter 26

2.2K 217 42
                                    

Beberapa hari kemudian, saya hanya bersendirian seja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa hari kemudian, saya hanya bersendirian seja. Leo lebih banyak habiskan masa dia dengan kerja dan itu suda cukup mengembirakan saya. Sekurangnya saya nda perlu berhadapan sama dia. Atau Shawn di dalam ini rumah. Saya hanya berborak dengan Mary dan dia nampak gembira bila saya mau keluar dari bilik dan bercakap sama dia. 

Sudah dua tiga hari ini, saya dan Mary bikin satu rutin. Selepas makan tengahari, dia akan bawa saya ke dapur dan ajar saya beberapa resipi masakan dia. Dia juga kasitau saya mana satu makanan kegemaran Leo. Teda pun saya mau kisah sebenarnya. Macam-macam yang kami ceritakan sambil dia ajar saya resipi masakan dia. Dia kasitau yang dia ada anak perempuan berusia 19 tahun bernama Emily. Betul-betul dia bangga oh bila cakap tentang anak dia. Anak dia sekarang belajar di kolej di luar negara. Semua belas ihsan dari Leo. Patut juga mereka tahan kerja di sini. 

Pernah saya terfikir dulu, kenapa pasangan yang baik hati begini bekerja di bawah boss yang kejam seperti Leo? Tapi saya nda pernah tingu Leo marah sama Guilimore atau Mary. Betul kah ada sisi lain Leo yang saya belum nampak?

Sudah beberapa hari juga saya berperah otak untuk laksanakan plan saya untuk melarikan diri. Saya kaji segala kemungkinan yang ada dan jalan-jalan yang saya dapat gunakan untuk loloskan diri.

Ada 20 orang guards semua. 5 di depan. 5 di belakang. 5 di kiri dan 5 di kanan. Dan kalau kamurang rasa tu nda cukup lagi, cctv di seluruh ceruk istana. Senang cerita la, kalau mau lari keluar dari sini mimang sangat mustahil. 

Melihatkan semua ini membuatkan saya lebih takut. Adakah hidup Leo terlampau terancam dan berbahaya sampaikan perlu sekuriti banyak begini? Ataupun semua ini untuk saya seja?

Walau apapun alasan dia banyak sekuriti begini, saya tetap rasa nda selamat. Saya mesti mau keluar dari sini. Saya nda bulih mau lama-lama di sini. Saya akan menunggu peluang. Walaupun hanya satu peratus seja peratusan untuk berjaya pun saya akan cuba.

~~~~~~~~~~

Malam  ni Christmas eve tapi teda langsung persediaan untuk krismas dibuat. Istana Leo tetap nampak megah dari luar tapi suram di dalam.  Krismas sepatutnya mengembirakan tapi sebaliknya pula terjadi sini. 

Mary dan Guiliore pun nampak sugul bila malam krismas menjelang. Tergaru-garu hati saya jadi saya terus ja tanya sama Mary. 

"Dirumah ini mimang teda sambut Krismas anak.. Krismas adalah masa untuk kami berkabung dan dulu kejadian yang dashyat pernah terjadi pada hari krismas.. Sejak itu, rumah ini teda sambut krismas lagi.."Mary bilang sambil mengelap airmata yang mengalir di pipi dia.

"Apa yang terjadi?"Saya cuba lagi mau korek.

"Maaf anak.. Ini bukan hak saya mau kasi cerita sama kau.. Tunggu lah satu hari nanti.. Kau akan tau juga.."Mary bilang dan terus masuk ke dalam bilik dia sendiri.

Petang suda menginjak pukul 4 petang tapi saya masih teda benda mau bikin. Mary pun teda kelihatan membuatkan saya semakin bosan. Saya masuk ke dalam library dan cari buku untuk dibaca tapi kebanyakkan nya bahasa engeris. 

BLINDED HEARTSWhere stories live. Discover now