Third Person POV
Ali sudah melaporkan diri selepas insiden di Akademi M.A.T.A.. Dia dan Alicia ditempatkan di sebuah safe house yang baharu supaya misi mereka kembali lancar.
Lima hari selepas insiden itu berlaku, Ali, Bakar, Alicia bersama mentor yang lain pergi ke Akademi semula untuk melihat keadaan. Mereka bertujuh menaiki sebuah pesawat dan mendarat di pantai pulau tersebut. Masih terdapat tinggalan bangunan yang rosak akibat tembakan dari satelit.
Ali dan yang lain sedang berjalan ke Akademi dan melihat kemusnahan yang sangat dahsyat. Mereka semua cuba mencari apa yang boleh diselamatkan. Semasa sedang berjalan di tapak Akademi, Ali ternampak sebuah benda yang berkilat di tanah. Dia pun ambil dan bila dia perhatikan betul-betul dia amat terkejut.
"Ini, pedang Uno!" dia godek sikit pedang tu dan bilah pedang tu terkeluar. Ali pun terperanjat dan melompat terkejut. Alicia dan mentor perasan dan mengalihkan pandangan pada Ali. Ali cepat-cepat menyorokkan pedang tersebut dari diketahui oleh mereka.
Alicia hanya buat poker face dia terus berjalan meninggalkan Ali dan ikut mentor. Ali senyap-senyap ambil pedang itu dan sembunyi di dalam beg galas dia.
Mereka ambil masa sekitar 3 jam untuk memantau kawasan tersebut. Semasa sedang berjalan ke kapal, Ali sekali lagi ternampak sesuatu yang bersinar di tanah. Apabila dia datang dekat, dia terkejut sebab benda itu ialah pistol Ejen Zain. Dia pun ambil dan letak dalam beg senyap-senyap.
Alicia yang perasan Ali tak mengikut dia terus ambil perhatian dia.
"Ali! Cepatlah nanti tertinggal!" dia kena tinggikan suara sebab jarak dia dengan Ali agak jauh. "Ha, sekejap." Ali dengan sifat clumsy dia cepat-cepat lari ke Alicia macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Bila Ali mendekati Alicia, Alicia pun bersuara, "Apasal kau berhenti tadi?" Ali cuba sorok sikit perkara sebenar. Dia tak nak orang tahu yang dia ada senjata dari Ketua Teras Neuro dan Inviso. "Tak ada apa lah. Aku nampak burung je tadi. "
Alicia pun ragu-ragu dan tanya Ali lagi. Kalau kau tengok burung, mesti kau dongak. Tapi, tadi kau tunduk bawah. " Ali garu pipi dia dengan jari telunjuk dia dan cuba cari jawapan lain. "Ali, Alicia, cepat masuk. Dah nak berlepas dah ni." Bakar yang berdiri di depan pintu pesawat memanggil mereka berdua. Para mentor sudah berada di dalam pesawat. "Ha, jom pergi." Ali pun meninggalkan Alicia tanpa jawapan. Alicia pun gulingkan mata dia dan ikut Ali ke pesawat.
Alicia yang agak sceptical dengan Ali hanya merenung Ali. Mesti Ali ada sembunyikan sesuatu dari dia.
DI AKADEMI M.A.T.A. 2.0
Akademi yang baharu telah pun dibina dalam masa yang singkat. Semua ini boleh berlaku dengan teknologi yang canggih disebabkan oleh pembangunan yang pesat di Cyberaya. Sistem pertahanan juga telah ditingkatkan dengan menambahkan bilangan drone, droid dan busterdriod M.A.T.A. kepada beberapa lapisan. Perisai plasma juga diletakkan sebanyak tiga lapis.
Suasana di akademi baharu agak lengang sebab ejen yang lain masih belum hadir. Ali yang baru pulang dari melawat tempat runtugan akademi yang lama pergi ke makmal Ejen Tekno. Dia mahu memperbaiki senjata Uno dan Zain.
YOU ARE READING
Ejen Ali Misi: Shadow
FanfictionSelepas kehancuran Akademi, mereka telah membina sebuah Akademi yang baharu dan mempunyai sistem pertahanan yang lebih canggih dari yang sebelumnya. Tetapi, kekalahan Numeros telah menyebabkan sebuah organisasi rahsia yang bernama Shadow Union bera...