Saber memasuki sebuah bangunan yang yang terletak di tengah Cyberaya. Dia kemudian berjalan ke lif dan menekan butang ke tingkat 20. Sampai sahaja, dia berjalan ke pejabat yanh berdekatan dengan lif. Tiba sahaja di depan pintu dia ditahan oleh pengawal. "Encik, identiti."
Dia mengeluarkan dompet yang mempunyai sebuah logo padanya. Pengawal tersebut mengimbas logo tersebut dan membenarkan dia masuk.
Semasa memasuki pejabat yang besar tersebut, "Apa khabar, Saber? Lama tak jumpa." Saber hanya senyum disapa oleh kawan lamanya, Vikram.
"Saya baik sahaja. Macam mana dengan kamu? Apa cerita kegiatan senjata haram kamu?" Saber jalan & mengambil tempat duduk di hadapan neja Vikram. Vikram yang sedang bediri melihat permandangan malam Cyberaya memandang Saber dan berjalan sebelum mengambil tempatnya.
"Macam biasa. Banyak senjata kita dah buat, termasuk beberapa robot pemusnah. Baju perisai juga dah ditambah baik. Senjata juga sudah ditambah dengan kuasa dari Azurium. Kita perlu cari cara untuk hancurkan pemimpin Cyberaya, sekali dengan agensi rahsia dia." seusai cakap Vikram berjalan ke hulu ke hilir. Semestinya, dia rasa tidak senang dengan Dato Othman.
"Hebat juga kau ni. Walaupun kerja dengan D. Mala, still tak kantoi langsung kau buat semua senjata ni kat Menara Beta ni." Saber memuji. Vikram hanya senyum.
"Kejap, tadi kau kata agensi rahsia kan? Kau maksudkan M.A.T.A ke?" Saber kebingungan. Dia tak tahu pula orang macam Vikram ni tahu pasal agensi rahsia tersebut.
"Ya. Aku tahu dengan cara aku mengintip. Diorang buat misi di kawasan yang sangat tertutup. Dan biasanya, waktu malam. Kau tahu kan sebab apa?" Saber mengangkat mukanya memandang Saber dan mengangguk. Kejahatan biasanya muncul pada waktu gelap.
"Jadi, apa tujuan sebenar kau nak jumpa aku sebenarnya, Saber?" Vikram memandang Saber. Tangannya berada di belakang badan.
"Aku nak kau tolong organisasi kitorang dengan bekalkan senjata & keperluan untuk menentang M.A.T.A & hapuskan Dato Othman." jawab Saber. Jelas ada kebencian dalam kata-katanya.
"Baiklah. Kalau itu yang mahukan, aku boleh tolong. Tapi dengan syarat. Kau kena sediakan seberapa banyak yang boleh orang yang berpotensi untuk gunakan keperluan yang ada." kata Vikram dengan angkuh.
YOU ARE READING
Ejen Ali Misi: Shadow
FanfictionSelepas kehancuran Akademi, mereka telah membina sebuah Akademi yang baharu dan mempunyai sistem pertahanan yang lebih canggih dari yang sebelumnya. Tetapi, kekalahan Numeros telah menyebabkan sebuah organisasi rahsia yang bernama Shadow Union bera...