I.R.I.S Neo

829 34 9
                                    

Kajian yang dibuat oleh Ejen Geetha adalah kajian yang Ali paling tak masuk akal. Dia merasakan mustahil manusia biasa dapat minun cecair yang membunuh.

"Baiklah, itu sahaja kajian kami. Saya & Jeneral minta izin untuk undur diri." Ejen Geetha keluar dari bilik tersebut meninggalkan Ali, Iman, Alicia & Rudy bersama Ketua Teras.

"Baiklah, seperti yang kamu tahu, kita tidak mampu untuk menjalankan proses seperti yang mereka jalankan, mengubah struktur organ dalaman & mengubah genetik, kami hanya akan berikan kamu gajet yang boleh menyamai kemampuan mereka." kata Ejen Dayang.

"Oleh itu, saya telah melakukan sedikit penelitian untuk memberikan kepada Ali...." Ejen Dayang menekan butang hologram dan terpapar, "I.R.I.S Neo."

Iman, Alicia & Rudy terpegun. Sebuah I.R.I.S berwarna kuning jingga dengan rekaan yang lebih minimalistik terpapar di hadapan mereka.

"I.R.I.S Neo adalah I.R.I.S telah ditambah baik dari pelbagai ciri. Dengan I.R.I.S ini, sensor pada I.R.I.S ini juga lebih sensitif & mampu untuk mengesan pergerakan dengan lebih pantas. Override Mode juga sudah dapat dikawal dengan lebih bagus. Hasilnya, kami dapat mengaktifkan Override Mode secara manual.

Penerangan Ejen Dayang mengagumkan Ali.

"Sebelum itu, kami akan mengekstrak data pada I.R.I.S kamu yang lama. Dengan itu proses sync data dapat dijalankan dengan mudah." Ejen Dayang membuka sebuah compartment supaya Ali dapat meletakkan I.R.I.S-nya.

"Ujian akan dijalankan selepas data dari I.R.I.S lama kamu selesai diekstrak. Ujian kamu akan dibahagi kepada dua. Misi berkumpulan dan misi secara solo."

"Tapi sebelum itu, saya mahu cakap sesuatu. Iman, Alicia & Rudy, kamu bertiga akan dapat gajet baharu untuk menggantikan gajet kamu yang lama."

Ejen Dayang mengeluarkan hologram gajet baharu mereka. "Untuk Alicia, kamu akan diberikan pisau dan anak panah. Kamu juga akan diberikan tali pinggang untuk menyimpan pisau tersebut dan penembak anak panah di tangan dan di kaki." data gajet tersebut terpapar di hadapan Alicia.
(kalau korang tahu watak Mai dalam cerita avatar, senjata Alicia lebih kurang macam tu)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 01, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ejen Ali Misi: ShadowWhere stories live. Discover now