Serangan

687 20 1
                                    

Ali, Rudy, Iman & Alicia berkumpul untuk mendengar taklimat misi dari Jeneral. "1 jam lepas, kami mendapat sebuah signal bahawa terdapat pencerobohan oleh orang pinggiran. Dan mungkin itu adalah orang dari Shadow Union. Tugas kamu adalah untuk memintas mereka supaya mereka gagal untuk menyempurnakan misi mereka. Bertindak segera!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pada masa yang sama di Bangunan Perdana

Dato Othman sedang mempersiapkan bahan untuk dibentang semasa mesyuarat nanti. Dia bersama Peneraju Cyberaya yang lain akan membincangkan tentang projek baharu yang akan dijalankan.

Kilang Pintar Tercanggih Di Dunia

Beliau memasuki bilik mesyuarat & semua Peneraju dan orang bawahan mereka telah tiba dan berdiri bagi menghormati Dato Bandar mereka. Mereka duduk selepas Dato Othman duduk.

"Baiklah, kita akan bincangkan tentang projek yang akan kita jalankan, Kilang Pintar Tercanggih. Jadi saya mahu progres dari kamu semua." Dato Othman memandang para Peneraju Cyberaya. "Kami telah cuba dapatkan jentera untuk melakukan kerja, tapi bayarannya agak mahal untuk dibayar." penerangan dari D. Ghazali mengerutkan dahinya. Dia mengurut dahinya. "Saya mahu progres ini berjalan dengan lancar. Kamu boleh gunakan semua dana tang ada." D. Ghazali berasa tidak senang & terpaksa akur.

"Baiklah, D. Mala, bagaimana?" "Semua bahan binaan telah kita siapkan tuan. Struktur yang diperbuat daripada aloi dan dikuasakan dengan tenaga dari logam Azurium akan digunakan pads kilang tersebut." Dato Othman tersenyum. "Bagus, macam tulah yang kita mahukan. Bagus D. Mala. D. Tong, macam mana progres?"

Dato Othman mengalihkan pandangan pada D. Tong. "Semua pekerja kita telah cari dan sumber manusia telah sedia untuk menjalabkan tugas pada bila-bila masa sahaja." Dato Othman tersenyum gembira "Bagus, macam ni lah saya mahukan." Dato Othman memberikan jelingan pada D. Ghazali. "Apapun progres, kita mesti lancarkan semua gerak kerja dan tiada halangan boleh menghentikan kita, faham semua?" mereka semua mengangguk.

Tanpa disedari oleh sesiapa, kepala Dato Othman dijadikan sebagai sasaran oleh seseorang yang berada di salah sebuah bangunan yang sedehana tinggi. Memakai hoodie dan menutup kepalanya dengan hood serta memakai topeng mulut. Dia sedang menyasarkan sasaran pada skop di snipernya. "Haish, Dato. Tak habis lagi dengan projek kau tu. Memang banyak perangai betullah orang tua ni." dia sudah bersedia untuk menarik picu snipernya. Belum sempat dia menarik picu, dia dapat rasakan perubahan pada angin. Dengan sekelip mata, dia mengelak dan menembak pada arah angin tersebut. Penyerang tersebut sempat mengelak sebelum memutarkan badannya di udara dan melakukan posisi menyerang.

Ejen Ali Misi: ShadowWhere stories live. Discover now