Di sebuah pangkalan di pinggiran
"Nampaknya, mereka semakin hebat berbanding 2 tahun lepas." kata Saber yang melihat mereka menerusi cermin satu hala.
Kelihatan empat orang, 2 lelaki & 2 perempuan sedang berlatih. Mereka sedang berlatih pertempuran tangan kosong. Tetapi, setiap daripada mereka mempunyai kelebihan masing masing.
Celeritas, seorang lelaki berambut layer hitam pendek & mempunyai parut di pipi. Berbadan sedikit sasa & seorang yang sangat tangkas. Sesuai dengan gelaran dia yang bermaksud pantas dalam bahasa Latin. Dia mahir melakukan parkour & menggunakan senjata cakar kerana ringan yang menggunakan besi yang ringan tetapi kukuh, titanium. Memakai hoodie dan berseluar jeans hitam, dia boleh bergerak tanpa gangguan. Dia juga mahir mengodam sistem.
Fortis, seorang lelaki berambut uppercut & berbadan sasa. Terdapat parut di matanya. Berpakaian jaket kulit, baju kelabu & berseluar hitam. Dia mahir menggunakan pedang berkembar pada satu batang. Dia sangat mahir dengan pelbagai martial art dan yang paling hebat antara mereka berempat sesuai dengan nickname dia yang bermaksud kuat dalam bahasa Greek.
Minjie, seorang perempuan berambut blonde yang diikiat ponytail. Berpakaian hitam ketat. Dia mahir menggunakan senjata melontar seperti shuriken, kunai & jarum. Dia seorang yang mahir aekrobatik & pergerakan yang amat pantas & suka menyerang dengan senyap sebab itu gelarannya Minjie yang bermaksud lincah dalam bahasa Cina.
Doku, seorang perempuan berambut hitam yamg yang diikat menjadi bun dan berpakaian ketat serba gelap. Dia mahir dalam menggunakan pisau dan juga pandai membuat racun yang boleh membunuh dalam masa yang sangat singkat. Doku bermaksud racun dalam bahasa Jepun.
Bunyi pengera berbunyi di ruang latihan mereka. "Tuan dah sampai." Celeritas mengingatkan. Mereka bertiga mengangguk dan berhenti dari berlatih. Mereka basah bermandikan peluh. Celeritas dan Fortis memakai baju sleeveless dan berseluar panjang manakala Minjie dan Doku memakai sport bra & tight.
"Selamat pagi semua." kata Saber. "Selamat Pagi Tuan Saber." kata mereka berempat sambil menundukkan sedikit badan. "Nampaknya, prestas kamu berempat semakin bagus dari hari ke hari. Ryan Saber, mahu mereka teruskan misi yang kita dah pada mereka?" kata pembantu pusat latihan.
Mereka berempat hanya tercengang dengan apa yang pembantu itu katakan. "Ya, mereka telah bersedia dengan potensi yang luar biasa. Saya mahu kamu persiapkan mereka sebelum kita balas serangan." belum sempat Saber memalingkan badan untuk keluar, Fortis mencelah.
"Hmm, tuan misi apa ni?" Saber menghadap mereka semula. "Misi untuk hancurkan M.A.T.A! " mereka berempat memandang sesama sendiri dan Saber berjalan keluar bersama dengan pembantu pusat latihan tersebut.
Nak hancurkan M.A.T.A? misi yang agak mustahil.
YOU ARE READING
Ejen Ali Misi: Shadow
Hayran KurguSelepas kehancuran Akademi, mereka telah membina sebuah Akademi yang baharu dan mempunyai sistem pertahanan yang lebih canggih dari yang sebelumnya. Tetapi, kekalahan Numeros telah menyebabkan sebuah organisasi rahsia yang bernama Shadow Union bera...