2 tahun kemudian
Di Pusat Latihan Akademi
Semua ejen muda sedang berkumpul untuk menunggu giliran untuk latihan simulasi. Ujian simulasi yang dilakukan adalah ujian kepantasan masa. (musim 2 episod 5)
Selepas semua ejen selesai lakukan ujian simulasi, hanya tinggal Rudy fan Ali sahaja yang belum. Rudy memulakan ujian dahulu. Semua ejen muda melihat ujian yang akan Rudy lakukan. Rudy memegang rekod terpantas antara semua ejen muda.
"Sedia?" Ejen Leon memeberi isyarat supaya Rudy bersedia. "Mula!" Rudy berlari pantas dan melompat pada platform. Rudy berjalan pada dinding dan apabila platform sudah tiada dan terus berlari ke arah tangga. Di pertengahn tangga, semua tangga menjadi rata. Dia berlari dan mencapai tali dan bergayut untuk melepasi gegelung. Empat droid M.A.T.A sudah bersedia untuk menyerang Rudy, tapi dia lagi pantas. Rudy mencampakkan garinya ke pergelangan tangan droid dan memgawal droid itu untuk menyeramg droid yang lain.
Akhirnya, Rudy berjaya mendapatkan cip Inviso yang terapung di sebuah plat rata.
"Wah!" Semua ejen melihat dengan kagum memberi tepukan. Ali hanya memberi senyuman yang menunjukkan Rudy seorang tang hebat. Dia sudah cuba berbaik dengan Rudy selepas dia,Alicia, Iman & Rudy berjaya kalahkan Uno.
"Masa, 4 minit, 30 saat. 30 saat lebih pantas dari rekod sebelumnya." kata Ejen Leon. "Sekarang, Ali giliran kamu." Ejen Leon memandang Ali dan Ali mengangguk. Ali sudah menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Prestasinya sudah meningkat dan dia tidak lagi dibuli oleh ejen lain.
Ali mengambil tempat dan bersedia. "Sedia?" Ejen Leon memberi isyarat. "Mula!" Ali berlari dengan pantas & melompat pada platform. Apabila platform sudah tiada, dia berlari pada dinding dan dan gunakan aeroboot dia untuk sampai ke bahagian tangga. Dia berlari dan tangga tu menjadi rata.
Dia melompat & berlari pada dinding. Dia aktifkan semula aeroboot dan mencapai tali sebelum bergayut dan dan melepasi gegelung. Droid M.A.T.A mengaktifkan laser. Ali gunakan yoyo dia untuk pertahankan diri. Dia melompat sebelum melibas yoyo dia & hancurkan lagi 2 droid. Dia kemudian menjunam & mencapai cip Tekno yang terapung. Bunyi soren menunjukkan masa telah berhenti & telah tamat.
Semua ejen muda terlopong mulutfan kemudian bersorak melihat Ali yang berjaya tamatkan ujian simulasi. Yang paling mengagumkan, Ali tak pakai I.R.I.S.
"Bagus Ali! Kamu berjaya habiskan ujian ini dengan catatan masa, 4 minit 15 saat. Tahniah! Kamu adalah yang paling pantas antara semua ejen." kata Ejen Leon. Ejen Geetha menekan tablet dan terpaparlah semua masa yang diperoleh oleh ejen untuk habiskan ujian simulasi.
"Wah, hebat ah Ali." semua ejen muda memuji Ali. Ali hanya memberi senyuman tang biasa sahaja. Rudy datang ke Ali dan memaut leher Ali. "Ha macam tu ah hebat." Ali hanya gelak kecil. Walaupun dia dengan Rudy tak rapat, Rudy tidak lagi pandang rendah pada Ali.
"Hehe, kau juga yang banyak tolong aku. Kalau tak, tak ada aku sampai tahap ni." "Ah, tak ada apa lah. Kau juga yang banyak usaha sebelum ni kan? Aku bagi semangat je."
Ali sudah berumur 14 tahun, sama dengan Alicia. Dia lebih matang, berotot dan paling penting lebih tinggi. Ali juga sudah mahir dalam menggunakan I.R.I.S. Setiap misi yang Ali dan kumpulannya jalankan, kebanyakannya berjaya.
Tanpa Ali sedar, beberapa meter di belakang dia, sepasang iris mata coklat yang indah sedang melihat Ali dengan senyuman kekaguman. Seorang ejen perempuan berteras Kombat yang bertudung kuning.
Iman.
YOU ARE READING
Ejen Ali Misi: Shadow
FanfictionSelepas kehancuran Akademi, mereka telah membina sebuah Akademi yang baharu dan mempunyai sistem pertahanan yang lebih canggih dari yang sebelumnya. Tetapi, kekalahan Numeros telah menyebabkan sebuah organisasi rahsia yang bernama Shadow Union bera...