BAB 02

42 0 0
                                    

TANGGAL 29 Oktober. Hari ini adalah hari bersejarah buat Maryam. Hari konvokesyennya. Seorang Sarah Maryam sudah berjaya menghabiskan ijazah pertamanya. Selepas tiga setengah tahun berhempas pulas berjuang menuntut ilmu. Akhirnya!

"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah."

"Congratulations, you did it, Ara." Suara Naufal kedengaran teruja dan gembira.

"Tahniah cucu tok ma."

"Terima kasih abang Fal, tok ma."

Jambangan coklat dan patung beruang comel dihadiahkan Naufal kepada Maryam. Maryam menyambut jambangan tersebut dengan hati yang gembira. Kedua pipi tok ma di tepi dikucupnya perlahan dan lama. Menzahirkan rasa syukur dan bahagia.

Meskipun tidak lengkap bahagia itu tanpa mama dan abah. Setelah hampir tujuh tahun kepergian mereka ke rumah abadi. Tanpa tonggak utama kejayaan dia. Tapi Maryam tetap masih punya tok ma dan Naufal. Juga sahabat baiknya, Najiha di hari ini.

"Tahniah untuk kau, Ara."

Najiha memeluk tubuh sahabat baiknya Maryam ketat. Maryam turut membalas pelukan Najiha kemas dan erat. Akhirnya setelah bertahun-tahun mengejar cita-cita di menara gading, akhirnya mereka berdua telah berjaya menamatkan pengajian.

"Tahniah untuk kau jugak Jia dan terima kasih sebab selalu ada dengan aku selama ini."

"We did it, Ara. Akhirnya susah senang kita paid off." balas Najiha gembira.

"Yes. We did it, Jia." Maryam menyeka air mata yang jatuh. Sebak dan terharu.

Lama mereka berpelukan erat. Najiha sudah selangkah ke hadapan apabila sudah mendapatkan pekerjaan apabila tamat belajar tempoh hari. Dan Maryam rezeki bekerja dalam bidang yang sama dengan ijazahnya masih tidak berpihak kepadanya. Tapi Maryam kini bekerja di restoran makanan segera sebagai krew restoran. Rezekinya di situ.

Mereka berdua melepaskan pelukan. Memandang antara satu sama lain lama sebelum Najiha meminta diri untuk kembali kepada ahli keluarganya yang lain yang turut hadir meraikan hari bahagia dan bersejarah mereka pada hari itu. Dan kawan-kawan mereka yang lain turut berada di situ pada hari bersejarah mereka dengan ahli keluarga masing-masing.

"Okeylah, aku pergi jumpa family aku dulu."

Najiha meminta diri. Tangan tok ma dicium lembut. Maryam mengangguk dan mengerti. Melontar pandangan kepada Najiha yang menuju kepada kedua ibu dan bapanya sambil tersenyum.

Bersyukurlah kepada mereka yang masih punya orang tua, emak ayah, ibu dan bapa. Tangan tok ma dipaut kembali dan digenggam erat. Tapi Maryam tetap bersyukur masih punya tok ma dan Naufal.

"Tok ma, biar Fal ambilkan gambar tok ma dengan Ara." Suara Naufal memecah lamunan Maryam.

Naufal mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Bersedia untuk merakam kenangan manis nenek dan adiknya di hari bersejarah itu. Lensa kamera dari telefon pintar itu ditekan berulang kali. Senyuman manis Naufal tidak lekang dari bibir.

Melihatkan Maryam benar-benar gembira hari ini, Naufal turut merasakan hal yang sama. Sungguh Naufal merindukan senyuman itu. Manis seorang Maryam tidak pernah hilang. Tawa seorang Maryam tidak pernah berubah. Masih seperti dulu. Tetap sama pada pandangannya.

"Senyum tok ma." Gurau senda Naufal mebuatkan Maryam dan tok ma tergelak halus memandang Naufal di hadapan. Berkeping-keping gambar Maryam dan tok ma diambil oleh lelaki itu.

"Tangkap gambar kamu dengan Ara pulak, Fal. Asyik ambik gambar tok ma aje. Kawan kamu Raihan ke mana? Suruh dia tangkapkan. Tok ma ni tak pandai nak mengambilnya." Seloroh tok ma.

DIA MARYAMKU (Sudah Terbit) Where stories live. Discover now