BAB 04

40 0 0
                                    

AYDEN bangun dari tidurnya, terpisat-pisat cuba membuka mata. Dengan kepala yang berdenyut-denyut dan terasa sakit. Dia benar-benar sakit kepala sejak dua tiga hari ini. Mungkin kesan hantukan keras hasil dari pergaduhannya dengan lelaki itu tempoh hari. Ayden tidak peduli sakit yang mencucuk-cucuk dan diri cuba digagahkan untuk bangkit dari katil.

Bunyi telefon pintarnya di sisi katil berdering kuat. Panggilan dari Adrean, abangnya diangkat kasar. Kedengaran dengusan yang keluar dari butir bicaranya.

I’m okay. Don’t worry about me.”

Talian terus dimatikan. Telefon pintarnya dilemparkan kembali ke katil. Abangnya itu risau tidak bertempat. Dia hanya baik-baik sahaja. Kaki digerak menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Menghilangkan sakit di kepalanya.
Selesai bersiap, Ayden menutup suis lampu kondominiumnya sebelum melangkah keluar dan turun ke bawah menuju ke kereta Audi Q3 berwarna kelabu metalik miliknya sebelum pancuan empat roda itu bergerak menyusuri lebuh raya. Menderu deras ke destinasi yang dituju.

Where are you, bro?”

Kedengaran suara Shawn di hujung earphone, dengan bunyi bingit yang berlagu itu Ayden sudah dapat meneka di mana keberadaan sahabatnya itu.

Malam minggu seperti ini apa lagi mereka lakukan jika tidak menghabiskan masa berada di tempat yang dipenuhi orang yang bersuka ria dan bersenang-senang menghabiskan waktu dengan minum dan menari seperti tiada hari esok. Kelab malam sudah menjadi sebahagian dari hidupnya. Sejak masih remaja. Sehinggalah kini seorang Ayden tidak pernah berubah. Dia tidak punya komitmen lain selain kerja dan kerja. Tiada ibu dan bapa. Cuma ada Adrean sahaja.

Dan hidupnya cuma ada Adrean, abangnya satu satu ahli keluarga yang dia masih punya. Ibu dan bapanya sudah lama mati. Mati mereka membawa sekali jiwanya. Kini yang tinggal hanya jasad tak berjiwa. Seorang Ayden yang kontang dan kosong. Seorang Ayden tanpa rasa. Raganya lompong.

“Aku tengah drive-thru McDonald’s, bro. Hen kuai jiu hui daolai. (Aku akan sampai nanti.)”

Alright, Ayden.”

Talian telefon kembali dimatikan.

Ayden memberhentikan kereta di lorong drive-thru McDonald’s mengambil pesanan yang telah dibayar tadi. Matanya tekun memandang skrin telefon sambil menunggu pesanannya disiapkan. Seorang gadis yang memakai headphone di kepala yang sedang menyiapkan pesanan dipandang. Dipandang sekilas sebelum pandangan itu terpana lama tanpa kelip. Ayden terpasung lama pada warna mata gadis itu.

Mata biru kristal itu!

Hello sir, sir… your order.”

Oh, sorry.”

Ayden memohon maaf di atas keterlanjuran pandangannya pada gadis itu. Dia sehinggakan tidak mendengar gadis itu yang dari tadi memanggil dan melambai-lambaikan tangan kepadanya sambil menghulurkan beg kertas berisi makanan yang dipesan.
Ayden menggaru kepala yang tidak gatal. Dia benar-benar terpukau dengan mata itu. Terlalu asyik dengan mata biru kristal itu sehingga Ayden tidak sedar pada si dia yang sedang memanggil tadi. Bungkusan kertas diambil oleh Ayden dengan sengihan malu.

Namun pandangannya pada gadis itu tidak lepas. Wajah gadis bertudung itu dipandangnya lama memerhati. Bebola mata biru itu memukau anak mata lelakinya yang melihat. Ayden rasa ada sesuatu pada mata itu.

Thank you, sir. Please come again.”

Welcome.” balas Ayden perlahan sebelum cermin kereta dinaikkan.
Suara dan senyuman manis sempat gadis itu hadiahkan kepadanya, sebelum kereta Ayden berlalu pergi meninggalkan restoran makanan segera dan gadis pemilik mata biru kristal.

DIA MARYAMKU (Sudah Terbit) Where stories live. Discover now