BAB 08

51 0 0
                                    

HIDUP ini adalah perjalanan. Perjalanan demi perjalanan. Dari suatu tempat ke tempat yang lain. Kita tidak akan terus berada pada satu tempat yang sama. Begitu juga dirinya kini. Maryam sedang beranjak. Dari tempat itu ke tempat ini. Dari Maryam yang remaja kini menjadi dewasa.

Dari gadis yang selalu lemah menjadi lebih kuat. Menangis itu biasa. Kerana tidak semua air mata itu tanda kelemahan. Kadang-kadang air mata lebih membuatkan kita untuk terus kuat. Tetap bertahan. Tetap berdiri. Tetap berjalan dan melangkah. Maju ke depan.
Yang lepas pasti sudah berlalu. Meninggalkan dirinya tak menghampiri lagi. Sepahit manapun ujian, Maryam yang kini lebih baik. Ia mungkin setidaknya lebih baik.

So far macam mana Sarah? Okey tak kerja sini?” Suara yang bertanya itu adalah ketua editor dari jabatannya.

Puan Suri atau lebih afdhal dengan panggilan Kak Suri. Wanita cantik itu sangat peramah orangnya. Ketua editor di Karya Kita Publishing. Berumur pertengahan 30an dan sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Tapi raut wajah itu seperti sebaya dengannya.

Orangnya sangat baik dan lemah lembut. Bercakap pun itonansi suaranya sangat halus dan berbudi. Masa dia mula-mula kerja di syarikat ini, Kak Suri adalah orang yang paling banyak membantu dan memberi tunjuk ajar selain daripada rakan rakan sekerjanya yang lain. Maryam berasa sangat bersyukur dan selesa bekerja di sini. Itu juga adalah satu nikmat. Mendapatkan rakan rakan sekerja yang baik dan tidak kedekut pengetahuan.

“Alhamdulillah, so far so good Kak Suri. Terima kasih kerana banyak membantu Sarah.”

Sungguh Maryam benar-benar menghargai segala tunjuk ajar Kak Suri kepadanya. Kalau tiada Kak Suri, mungkin susah jugak baginya untuk mengadaptasikan diri dengan semua kerja baru ini. Betul dulu dia pernah menjalani latihan praktikal ketika belajar, tapi sungguh bekerja dan menjadi pelajar itu lain.

Alhamdulillah, tapi dengan tunjuk ajar dan bantuan semua dia dapat belajar dan bekerja baik di sini. Dengan jawatan writer dan junior editor. Minatnya dalam bidang penulisan, sejarah dan sastera membawa dia ke sini. Jika diingatkan kembali zaman persekolahannya, Maryam banyak menghabiskan waktu itu dengan menjadi penulis untuk ruangan majalah sekolah dan banyak menyertai pertandingan menulis esei, puisi dan sajak.

Minat itu telah membawa dia tempat di mana dia sedang duduk sekarang. Itu adalah cita-cita yang diimpikan sejak berada di sekolah menengah sehinggalah ke universiti.

Kak Suri tersenyum kepadanya. Tanda memberi semangat dan dukungan kepada Maryam. Sebagai pekerja yang lebih berpengalaman begitulah yang sepatutnya diteraskan di mana-mana organisasi.

“Kak Suri ada meeting luar petang nanti. Maybe tak sempat masuk office. Apa-apa hal nanti Sarah boleh  Whatsapp yer.”

“Okey, kak Suri.” balas Maryam pendek.

“Ini fail untuk next issue punya topik sempena hari Ibu. Akak pergi dulu.”

Maryam memandang Kak Suri yang berlalu pergi. Fail yang diletakkan di mejanya itu diselak perlahan. Topik sempena hari Ibu. Benar-benar topik yang menarik. Meskipun di dalam hatinya ada getaran yang bertandang.

“Ibu kaulah ratu hati. Ibu.” Perkataan itu diungkap perlahan dengan rasa sebu di dada.

Sebelum Maryam menyambung kembali kerjanya yang terhenti tadi. Pandangan penuh perhatian diberikan pada skrin komputer di hadapan. Meneliti setiap tulisan-tulisan yang terpapar. Melupakan semua rasa yang menyesakkan dada. Mengembalikan semula Maryam pada hakikat dan masa yang sedang beranjak.



JARI yang mulai lenguh itu dibetulkan. Diurut-urut perlahan menghilangkan lenguh yang bertandang. Jam pada pergelangan tangan ditatap sekilas lalu. Sudah menghampiri waktu makan tengah hari.

DIA MARYAMKU (Sudah Terbit) Where stories live. Discover now