BAB 03

43 0 0
                                    

SEBAB ujian hidup itu adalah fitrah. Bait-bait kata dari Ustaz Pahrol yang Maryam dengari dari radio subuh tadi pagi masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Melekat terus di ingatannya. Terpaku di jiwa seorang Maryam kerana bait-bait perkataan itu terasa dekat dan sama dengan apa yang Maryam lalui.

Jangan minta hidup yang mudah. Tapi mintalah hati yang tabah. Sebab ujian hidup itu adalah fitrah.

Dan Maryam tak akan berputus harap meskipun hidup kadang menduga. Meranap semua rasa. Membelah seluruh jiwa. Bukankah dia hanya hamba pada pencipta. Jadi selagi Tuhan memberi nyawa, dia adalah Maryam yang kuat. Sebagaimana Maryam itu.

“Ara, baru break ke?” Suara Dahlia mengejutkan Maryam dari tangan yang sedang membuka penutup Tupperware.

Gadis berbaju merah bertudung hitam itu mengaris senyum dan duduk berhadapan dengannya di crew room restoran makanan segera McDonald’s.

Selepas menghabiskan ijazah sarjana mudanya, Maryam terus bekerja sepenuh masa di restoran makanan segera McDonald’s. Mencari pengalaman dan rezeki untuk menampung perbelanjaan dan kehidupan dia dan tok ma. Tidak mahu terus menganggur dan tidak melakukan apa-apa.

Dengan keadaan ekonomi sekarang serta peluang pekerjaan yang terhad. Maryam perlu merebut peluang. Selain mendapatkan pengalaman. Sedar tidak sedap hampir tujuh bulan sudah Maryam mula bekerja di sini.

Maryam angguk kepala.

“Kau pun baru break jugak ke?” soal Maryam kembali.
Dahlia turut sama mengangguk.

“Ramai gila orang hari ni. Sama dengan kau jugak, aku pun baru dapat break. Dari tadi menahan lapar.”

Dari tadi Dahlia sibuk di ruang luar restoran makanan segera itu membersihkan meja, lantai dan sampah serta mengangkat sisa-sisa makanan dan bekas makanan yang ditinggalkan oleh pelanggan. Penatnya tidak usah diberitahu. Kerana itu memang tugas dan kerja mereka sebagai krew restoran makanan segera.

Maryam turut mengeyakan.

Ya, hari ini memang ramai sungguh pelanggan yang datang sehingga Maryam seperti tidak sedar waktu yang beranjak. Sakit kakinya tidak usah cerita. Meskipun bekerja di dalam keadaan pendingin hawa bajunya sudah mula basah dan lencun kerana berpeluh.

“Sangat ramai gila. Sakit kaki aku dibuatnya.”

“Sama beb.” Maryam memandang Dahlia yang turut mengangguk lagi sekali. Dahlia turut merasakan hal yang sama sepertinya.

Mereka berdua menghabiskan waktu rehat tiga puluh minit sambil berborak dan makan. Bertukar cerita dan ketawa tak berhenti. Di sini macam-macam mereka lalui. Dimarahi oleh pengurus, ditengking oleh pelanggan. Bekerja di bawah tekanan. Dan itu biasa bagi mereka. Bagi mereka, kerana tidak semua manusia sama. Ada yang baik ada juga yang garang. Rambut pun tidak sama warna, apa lagi hati dan raga? Manusia memang berbeza.

“Kenapa kau tak apply kerja lain? Sayanglah, kau ada degree tiba-tiba kerja kat sini pulak. Tak pun kau mintak jadi manager? Baru sesuai dengan kelayakan kau tu. Macam tak sesuai pulak orang yang belajar tinggi kerja kat tempat macam ni jadi krew biasa. Aku ni lainlah sebab memang krew biasa je mampu. Belajar pun tak tinggi mana.”
Sendu suara Dahlia mengenangkan nasib diri.

Maryam ketawa kecil dengan kata-kata Dahlia yang sengaja bernada begitu. Bukan Maryam tidak tahu lagak gadis bernama Dahlia itu yang sudah seperti seorang pelakon drama. Melebih-lebih pula. Tapi sungguh Maryam tidak mengambil hati sedikitpun dengan kata-kata Dahlia itu. Sebab Maryam tahu Dahlia hanya sekadar bergurau.

“Aku percaya pada rezeki yang Allah telah aturkan. Kau tau tak berapa ramai lagi yang menganggur kat luar sana? Ini kita semua nasib baik ada kerja. McDonald’s dah cukup bagus nak bagi kita kerja tau.”
Maryam memberi pandangan.

DIA MARYAMKU (Sudah Terbit) Where stories live. Discover now