"Kau degil sangat keluar semalam kenapa?!" suara kilat Yoon Jeonghan di buat tak endah.
Seungcheol mengerling sekilas. Dia yang sakit atau Jeonghan yang sakit sekarang? Kenapa nak kena melebih sangat?
Kaki sendiri!
Suka hatilah!
"Aku punya kaki suka hati akulah."
Jeonghan mengetap bibir. Nafas ditarik dalam-dalam. Jika diikutkan amarahnya, ada juga manusia yang terlantar je nanti.
Sabar Han. Sabar.
"KALAU JADI APA-APA MACAM MANA?!"
Aireen menggiling perlahan. macam-macam hal betul dua orang manusia ni.
Sesekali bibirnya melakar senyuman nipis, nak ketawa pun ada. tapi Seungcheol sendiri memang layak kena marah pun, ada ke patut semalam dia tiba-tiba je menghilang.
Kacau-bilau rumah mereka dibuatnya. Hyunjae sampai sanggup memandu jauh semata-mata untuk pulang setelah mendengar pasal kehilangan daddynya.
Yoon Jeonghan?
Semua orang kena marah dengan dia. Dengan guart depan rumah yang baru masuk tak tahu menahu pun kena marah sekali.
Last sekali selepas setengah jam keluar, Hyunjae balik bersama Seungcheol, itu pun mereka tak cerita apa-apa.
"Marah betul Han nampaknya..." Aireen tersengih.
"Biasanya dia tak pernah pula marah macam tu." ungkap Kang Seoyun perlahan sambil tersengih.
"Ha! Awak berdua kat sana jangan nak membawang sangat. Makan tengahari dah siap ke?"
Aireen dan Seoyun memandang sesama sendiri.
"Dah lapar ke?"
Jeonghan menjeling tajam.
Kedua mereka ketawa besar.
"Dah jom masak. Nanti marah pula pakcik tua tu." Aireen mengangguk sambil tersengih. Matanya sempat mengerling ke arah Seungcheol di katil.
"Saya pergi dulu." ucapnya tanpa suara.
Seungcheol mengangguk perlahan.
"Hyung baring aku check kau."
Kedua mereka berpaling ke arah pintu bilik.
"Wonu kau datang dengan siapa?"
Jeon Wonwoo adalah seorang doktor di hospital besar seoul. Juga salah seorang di antara mereka. Kesibukannya mengurus kehidupan seharian menyebab dia sukar untuk meluangkan masa bersama.
"Aku datang dengan Joshua hyung." tunjuknya ke arah Joshua yang muncul di sebelah.
Jeonghan mengangguk perlahan. Mata mengerling ke arah Seungcheol di katil.
"Tolong tengokkan dia ni. Kalau boleh cucuk ubat tidur banyak sikit!"
"Woi! Kau jangan Han!"
Buk!
Sebiji bantal selamat mendarat pada wajah cantik Jeonghan.
"Busuk woi! Eeiisii!"
Bantal itu di Baling semula ke arah Seungcheol.
"Sudah! Aku cucuk dua-dua kan!" tegas wonu.
Joshua tersengih. Lama tak tengok drama CheolHan, last mereka tengok sewaktu di kolej masa semua belum matang.
"Hyung baring!"
Seungcheol terus berbaring tanpa banyak soal. Matanya menjeling Jeonghan.
"Cucuk mata dia wonu! Bagi tertutup terus je senang!"
YOU ARE READING
YOON JINWOO.
Random"Kita tak sempurna kerana setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri. Usah takut dengan badai yang datang, ia hanyalah sekadar halangan untuk kau terus kuat." - Yoon Jeonghan. "ketahuilah bahawa setiap manusia akan melalui pelbagai fasa hidup...